Penubuhan Suruhanjaya Diraja Tidak Akan Selesai Masalah Imigran, Kata Hishammuddin
KLUANG, 13 Feb (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan masalah imigran di Sabah.
Katanya cadangan penubuhan suruhanjaya sebagaimana yang disuarakan oleh Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok itu tidak akan membawa sebarang penyelesaian terhadap permasalahan imigresen di Sabah.
"Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan," katanya di sini.
Hishammuddin, yang juga Anggota Parlimen Semberong, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parlimen Semberong di Kahang.
Katanya kerajaan telah pun menubuhkan sebuah makmal bagi mengkaji tentang permasalahan imigran di Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Makmal terbabit, katanya, telah pun mengemukakan cadangannya kepada kabinet Sabah dan sedang menunggu reaksi balas daripada pemimpin-pemimpin negeri itu.
Mengenai dakwaan seorang ahli perniagaan yang juga bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Sabah yang diisytiharkan sebagai pemerintah di wilayah Sulu di selatan Filipina, Hishammuddin berkata, dakwaan terbabit tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masalah imigran di negeri terbabit.
Katanya, terdapat tiga laporan polis dibuat terhadap ahli perniagaan itu dan siasatan sudah dimulakan.
----
Ya, kita memerlukan cara yang lebih berkesan, Suruhanjaya Diraja ini tidak semestinya boleh menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin.
BalasPadamjika Penubuhan Suruhanjaya DiRaja tidak akan selesai masalah imigran, kerajaan persekutuan perlu mencari langkah yang benar-benar dikatakan berkesan bagi menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamharap masalah pendatang asing yang berlaku di Sabah akan dapat diselesaikan. masalah ini telah lama berlaku.
BalasPadam"Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan,"
BalasPadamSaya setuju dengan kenyataan ini. Diharapkan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja dipertimbangkan lagi.
Semoga kerajaan persekutuan dapat mencari cara penyelesaian untuk isu ini.
BalasPadamwalau apapun pendekatan yang digunakan oleh kerajaan, yang penting pelaksanaannya benar2 dapat menyelesaikan masalah PATI di Sabah.
BalasPadamsaya harap penubuhan makmal itu bukan setakat mengkaji masalah imigran di Sabah, malah bertindak menyelesaikan masalah itu sepertimana yang dituntut oleh rakyat dan ahli2 politik di negeri ini.
BalasPadamJadi apa cadangan datuk Hissamudin pula??apa yang beliau dapat lakukan untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Selama ini kerajaan persekutuan tidak bertindak apa-apa pun untuk meyelesaikan masalah ini.
BalasPadamMasalah PATI ini perlu ditangani. Harap Kementerian dalam negeri akan mencari jalan penyelesaian. Rakyat Sabah merana dengan kehadiran mereka ini.
BalasPadamMungkin perkara ini perlu dikaji semula. Suruhanjaya diraja tidak semestinya dapat menyelesaikan masalah ini sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh menyelesaikannya.
BalasPadambetul juga apa yang dilkatakan oleh Hishammudin. Kita mesti mescari idea yang solid untuk menyelesaikan masalah PTI.
BalasPadambelum pun saranan ini digunapakai sudah cakap tidak akan berhasil..cuba dulu baru tahu.
BalasPadamsaranan Dompok ini adalah penambahbaikan kepada usaha2 yang sedia ada..mungkin dengan adanya SSD isu imegresen di sabah dapat diselesaikan..
BalasPadamjika kerajaan persekutuan khasnya pihak KDN terus-menerus menolak saranan dan permintaan dari pemimpin2 sabah dan rakyat sabah, mengapa tidak sabah menolak kerajaan pada masa PRU akan datang? hal ini harus dipertimbangkan..
BalasPadamPenubuhan s/jaya ni OK juga cuma terpulanglah pada cara pelaksanaannya. Namun jika ada langkah yang lagi praktikal, y not guna cara tu kan. hehe
BalasPadamPaling penting smua pihak mainkan peranan masing-masing bagi memastikan masalah imigran di Sabah dapat diselesaikan.
BalasPadamUnicorn saya pun setuju dengan kenyataan:
BalasPadam"Suruhanjaya Diraja tidak akan membawa kita ke mana-mana kerana kita mahu penyelesaian...kita mahu sesuatu yang praktikal yang boleh diselesaikan, suatu imbangan antara ekonomi dan syarat keselamatan..."
Tapi saya pun mahu tahu apa lah kunun langkah praktikal tu. hehehe
Saya cuma harap isu imigran dapat diselesesaikan. Buatlah apa saja yang patut asalkan hal ni selesai.
BalasPadamKalau tak juga selesai, jom ramai2 kita kasi selesai. Kuasa kan ada di tangan rakyat. jeng, jeng, jeng. hehe
BalasPadamSebaiknya jabatan imigresen meningkatkan pengawalan kemasukan warga asing.
BalasPadamAdakah dia benar2 ambil berat tentang masalah yang dihadapi?
BalasPadamWhy we should wait for their instructions?
BalasPadamMereka memang langsung tidak berniat untuk menolong kita di sini.
BalasPadamHisammuddin simply rejects the motion, citing this method is not working well.
BalasPadamHarap tiada pihak yang sengaja menggunakan suruhanjaya diraja ini untuk dipolitikkan.
BalasPadamapapun penyelesaiaan yang benar berkesan perlu ada bagi masalah ini.
BalasPadamLebih baik jika kerajaan negeri meneroka cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamsuruhanjaya di raja ini boleh dipertimbangkan kerana mgkin juga satu cara yng baik untuk selesaikan masalah immigran di sabah.
BalasPadam