Ahad, Januari 02, 2011

TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG?

Kenaikan Harga Barang

TAHUN 2011 AKAN ‘DIMERIAHKAN’ DENGAN KENAIKAN HARGA BARANG

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Jika rakyat tidak memprotes dari awal, kita akan melihat tahun baru ini menyaksikan kenaikan harga barang yang membimbangkan. Kesannya akan dirasai oleh rakyat bawahan terutama mereka yang berpendapatan rendah. Para peniaga di pelbagai peringkat akan mengambil kesempatan dalam hal ini. Maka beberapa perkara berikut perlu saya katakan;

1. Pihak kerajaan; jika mereka tidak mengambil langkah yang berkesan dalam mengawal kenaikan harga barang bererti slogan 1Malaysia: ‘rakyat didahulu’ bermaksud rakyat yang didahulukan dalam menanggung beban hidup, sedangkan golongan pembesar negara dan istana terus kemewahan dan pelbagai peruntukan, mereka dikemudiankan.

2. Golongan agama; jangan menyempitkan Islam dalam batasan yang terhad. Jangan hanya ceramah agama di media elektronik dan cetak sekadar menekan orang bawahan semata, tetapi melupai ‘kerakusan’sesetengah golongan atasan. Ceramah dalam isu yang remeh temeh tetapi membiarkan rakyat hidup dalam‘social justice’ yang tidak seimbang. Para penceramah jangan sekadar ‘guna agama untuk cari makan’, tetapi hendaklah agama berfungsi dalam menegakkan hak dan keadilan.

3. Golongan peniaga; mereka wajib beretika dalam perniagaan mereka. Kerakusan peniagaan akan merosakkan negara dalam jangka masa panjang dan akhirnya tiada pihak yang dapat hidup senang. Bagi yang muslim, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dalam urusan perniagaan mereka.

4. Media massa; hendak pro-aktif menentang usaha kenaikan harga barang ini. Golongan yang menindas rakyat bawahan ini hendaklah dikecam dan didedahkan bahaya mereka kepada masyarakat.

5. Rakyat; Pastikan anda menjadi pembeli yang bijak dalam memilih kedai atau pasaraya. Di samping itu, anda juga mesti menjadi pengundi yang bijak yang bersedia menghukum pihak yang membiarkan kenaikan harga barang dan ‘mengumpulkan’ kekayaan negeri atau negara dalam kalangan mereka sahaja.

Selamat Tahun Baru

-----

Bekalan minyak masak dijangka berkurangan

KOTA KINABALU 2 Jan. - Selepas Perlis, negeri ini turut mula mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak ekoran tindakan pembekal mengurangkan bekalan bahan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu mendapati tempat simpanan minyak berkenaan telah mula kosong.

Seorang peniaga runcit di Sabanah Store di sini yang enggan dikenali berkata, bekalan berkenaan telah mula berkurangan sejak seminggu lalu.

"Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan sebanyak 10 kotak sehari berbanding sebelum ini mendapat sekurang-kurangnya 50 kotak sehari.

"Keadaan ini memberi masalah kerana ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seluruh pengguna di bandar raya ini," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan, Mohd. Noh Mohd. Adnan, 53, berkata, meskipun tidak terputus bekalan, stok minyak masak yang diperolehnya kini adalah terhad.

Diners pay more for noodle dishes

Posted on January 2, 2011, Sunday

SIBU: Diners here started the New Year with having to pay between 30 and 50 sen more for noodle dishes.

GETTING PRICEY: Consumers are unhappy with the increase in price for noodle dishes like kampua and laksa.

Some consumers were caught off guard yesterday, as they had to fork out the extra amount.

“This is without doubt the highest single price hike of noodles in recent years,” one consumer lamented, adding food operators should stop hiking prices without real justification.

A bowl of laksa now costs RM5 following a 50 sen hike, while egg noodle dishes increased by 30 sen to RM3.

Rice noodles, vermicelli and other noodle dishes have also gone up in price.

Kampua, the favourite local noodle dish, has also increased by 10 to 20 sen.

Depending on the locality of the eatery, a plate of kampua with meat now costs between RM2.20 and RM2.60.  A food stall operator at Tunku Osman Road said she had no choice but to increase prices as her raw materials cost more than double now.

“The 30 sen increase in price is peanuts compared to the price hike of the raw materials,” she said.

However, Guinness World Records holder for the number of times as a best man, Ting Ming Siong, who operates several kampua stalls under the brand name ‘Siong Kee’, said he would not change his prices for now.

Ting did not dismiss the possibility that he might be forced to raise prices in future, if the cost of raw materials continues to soar.

He said price adjustments should not exceed 20 sen.

“An increase of 40 or 50 sen is a bit too much. It would severely burn the pockets of consumers and could even affect the business of the food stall operators themselves,” he added.

A check by thesundaypost yesterday found that price increases varied among food stall operators, with no proper guidelines on standardised prices.

Come Jan 15, it is believed that the price of drinks would also increase.

16 ulasan:

  1. diharapkan tiada lagi kenaikan harga barang selepas ini.

    BalasPadam
  2. peniaga juga hendaklah tidak mengambil kesempatan dengan semudahnya menaikkan harga barang.

    BalasPadam
  3. Not another price hike.. sigh. Hopefully there be no more increase of price after this.

    BalasPadam
  4. Everyone should learn to spend money wisely.

    BalasPadam
  5. kerajaan kena bijak dalam menguruskan ekonomi dan mengawal harga barangan di negara kita.

    BalasPadam
  6. I'm worried too. How are we going to go trough this life with the inflation rate keeps going up?

    BalasPadam
  7. Kita kenalah bersedia dengan kenaikan harga barang. Kenaikan ini memang tidak dapat dielakkan lagi.

    BalasPadam
  8. Harap kerajaan dapat membantu rakyat.

    BalasPadam
  9. We must be ready to face the price hike and be prepare to adapt to it.

    BalasPadam
  10. Kerajaan sudah pun menjamin bahawa harga minyak tidak akan dinaikkan buat masa ini dan bekalan masih mencukupi. Tapi mengapa masih berlakunya perkara seperti ini?

    BalasPadam
  11. sepatutnya pendapatan rakyat lah yang perlu ditingkatkan, bukannya menurunkan harga barangan. semua negara mengalami kenaikan harga barangan, dan jika kerajaan menanggung subsidi secara berterusan bayangkan lah berapa banyak hutang negara selepas 20 tahun akan datang. pembangkang tidak tahu mentadbir ekonomi negara melainkan membangkang apa sahaja yang terlintas difikiran mereka.

    BalasPadam
  12. ada baiknya jika kerajaan dapat menubuhkan satu market untuk menjual barang2 subsidi atau barang kawalan terutamanya barang2 keperluan harian disemua daerah. tujuannya adalah untuk mengelakkan orang tengah atau pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barangan tersebut.

    BalasPadam
  13. Apa pun semoga harga barang akan dapat dikawal. Mungkin BN akan mendapat bantahan besar sekiranya perkara ini berterusan.

    BalasPadam
  14. Isu ini masih diperkatakan lagi sehingga kehari ini. Sememangnya harga ini akan meningkat jika bukan pada hari ini tetapi juga masa2 akan datang.

    BalasPadam
  15. Kita buat perbandingan pada zaman2 80-an 70-an dan masa skang? sudah berapa banyak nilai yang berubah dari segi matawang. Suka atau tidak, peningkatan harga itu tetap akan berlaku.

    BalasPadam
  16. Diharap kenaikan harga barang sejajar dengan kenaikan pendapatan pekerja. Jangan tahun dulu gaji permulaan RM1200, tahun ini masih RM1200.

    BalasPadam