Sarawak Akan Pertahankan Kedudukan Sebagai Deposit Tetap BN
DARO (SARAWAK), 2 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak yang diterajui Tan Sri Abdul Taib Mahmud selaku Ketua Menteri, Pengerusi BN negeri dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan memastikan Sarawak kekal sebagai deposit tetap kepada BN pada pilihan raya negeri dan umum akan datang.
Anggota Parlimen Igan Datuk Wahab Dollah berkata hakikatnya Sarawak masih lagi menjadi kubu kuat BN dan kedudukan itu harus dipertahankan pada pilihan raya negeri ke-10 yang mungkin akan diadakan dalam tempoh masa terdekat selain pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Pada pilihan raya umum lalu jika dikira undi BN di Semenanjung pastinya kurang, namun Sarawak dan Sabah telah memastikan BN kekal memerintah dan PBB sebagai komponen BN mempunyai jumlah anggota Parlimen yang ketiga terbesar iaitu 14 anggota selepas UMNO dan MCA," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ambang Tahun Baru di Kampung Tian di sini Sabtu.
Ketika ini BN Sarawak menguasai 29 daripada 31 kerusi di Dewan Rakyat dan 62 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Tempoh penggal DUN Sarawak dijangka berakhir pada penghujung Jun tahun ini.
Dalam pada itu Wahab berkata semua anggota Parlimen BN dijangka akan berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Jan ini yang antara lain untuk membincangkan isu tertunggak yang dihadapi di setiap kawasan Parlimen.
BN sememangnya mempunyai sokongan yang kuat di Sabah dan Sarawak.
BalasPadamUsaha untuk mengukuhkan BN perlu sentiasa dilakukan agar sokongan daripada rakyat semakin bertambah.
BalasPadamBN mmg kuat di Sabah dan Sarawak, namun BN jgn leka dan terus berusaha untuk mempertahankan Sabaha dan Sarawak.
BalasPadamThe people know what is right for them. And there's no doubt BN has many supporters in Sabah and Sarawak, that is why BN always remain strong.
BalasPadamHowever, BN must continue their effort to gain more supporters in Sabah and Sarawak. Who knows, the people in Sabah and Sarawak might have a change of mind and vote for the opposition instead.
BalasPadamBN memang diperluakn rakyat dalam pemerintahan ini.
BalasPadamWe need to know that BN has been very supportiuve towards the country. We as the nation need to be one and support them.
BalasPadamSokongan rakyat sangat diperlukan.
BalasPadamWell, only the people can decide which party will continue to lead the country.
BalasPadamjika BN ingin rakyat terus menyokongnya, BN kena sentiasa membantu rakyat.
BalasPadamBiar rakyat sendiri yang menentukannya. Undilah jangan tak undi.
BalasPadamjangan terlalu yakin. sokongan rakyat boleh berubah bila2 masa. yang penting teruskan usaha dan selesaikan semua masalah rakyat sebelum PRU13.
BalasPadamItu sudah pasti BN di Sabah dan sarawak merupakan deposit tetap BN.Tapi jangan lalai sekiranya tidak ada perubahan yang berlaku tidak mustahil sebaliknya akan berlaku.
BalasPadamYang penting mereka tidak abaikan Sabah dan Sarawak.
BalasPadamJika banyak yang mengundi bermakna mereka melakukan tugas dengan baik.
BalasPadamharap mereka membalas jasa sabah dan swak.
BalasPadam