Isnin, Januari 31, 2011

PENDAPATAN PEKEBUN KECIL GETAH MENCECAH RM15,000 SEBULAN - RISDA

Pendapatan Pekebun Kecil Getah Mencecah RM15,000 Sebulan - RISDA

KOTA BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata pekebun kecil getah yang mengusahakan tanah seluas dua hektar kini mempu memperoleh pendapatan sehingga RM15,000 sebulan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ali Nordin Whiduddin berkata pekebun mampu memperoleh pendapatan harian sebanyak RM496 berdasarkan hasil 80 kilogram getah dijual pada harga RM6.20 sekilogram.

"Pendapatan harian itu adalah bagi kawasan dua hektar yang mereka usahakan...kalau mereka mempunyai kebun yang lebih luas, maka pendapatan mereka juga lebih besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Mengoperasikan Amanat Ketua Pengarah 2011, di sini.

Ali Nordin berkata kebanyakan pekebun kecil mempunyai tanah seluas dua hektar dan mengusahakannya sendiri berikutan peningkatan harga bahan komoditi itu di pasaran dunia.

"Di Kelantan harga getah lebih tinggi iaitu RM8 sekilogram, bererti pendapatan pekebun kecil di Kelantan lebih banyak, yang kita kira tadi purata harga di peringkat nasional," katanya.

Beliau mensasarkan menjelang 2020 pendapatan golongan pekebun kecil di negara ini lebih besar ekoran kenaikan harga getah di pasaran yang kini mencecah RM16.46 sekilogram.

Ditanya mengenai perbezaan harga di pasaran (RM16.46 sekilogram) dengan harga yang dijual oleh pekebun iaitu RM6.20 sekilogram, beliau berkata "umpama jual padi dengan jual beras, mesti jual beras lebih mahal dari jual padi," katanya.

Ali Nordin berkata jumlah pengeluaran getah negara pada tahun lepas bernilai RM25 bilion berdasarkan harga RM10 sekilogram dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan kenaikan harga di pasaran dunia.

-----

Bayaran jual getah perlu disegerakan - Raimi

SEBULAN"GETAHWAN" PEROLEH RM1,500-RM15,000 SEBULAN

20 ulasan:

  1. Harga getah sangat tinggi sekarang. Baguslah kalau mereka mampu mengaut keuntungan yang baik.

    BalasPadam
  2. nampaknya kini pendapatan pekebun getah jauh lebih tinggi daripada pekerja pejabat. ini boleh menggalakkan lagi lebi hramai golongan belia melibatkan diri dalam bidang pertanian.

    BalasPadam
  3. baguslah jika pekebun kecil getah mampu memperoleh pendapatan yang tinggi.

    BalasPadam
  4. golongan belia seharusnya melibatkan diri dalam penanaman getah kerana aktiviti ini mampu memberikan pendapatan yang lumayan.

    BalasPadam
  5. Sungguh menguntungkan untuk para pekebun getah..

    BalasPadam
  6. RM15000 sebulan..sungguh menguntungkan..Ini kerana permintaan getah dan harganya yang melambung tinggi..

    BalasPadam
  7. Satu berita yang memberansangkan. Tidak tahu bagaimana pula keadaan di sabah?

    BalasPadam
  8. Pendapatan ini dapat mengurangkan bilangan penduduk yang berpendapan kurang dari 1500 sebulan. Selain itu ini juga dapat menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan bersama.

    BalasPadam
  9. adakah kenaikkan ini disebabkan oleh faktor cuaca? jika benar, bermakna selepas ini harga getah akan diturunkan semula selepas negara ini melepasi tempoh cuaca buruk(hujan) yang dijangka berakhir antara bulan Mac dan April..

    BalasPadam
  10. Harap kenaikan harga getah ini boleh membantu pekebun kecil meningkatkan kualiti hidup mereka.

    BalasPadam
  11. Wah!Bisnes yang amat menguntungkan.

    BalasPadam
  12. Harap harga getah akan terus meningkat mengikuti harga pasaran sedunia.

    BalasPadam
  13. Rubber has been a good side of income.

    BalasPadam
  14. Ini dapat membantu pemotong getah di kampung2 untuk menampung hidup.

    BalasPadam
  15. Yes, indeed. Sabah will be prospering.

    BalasPadam
  16. Nampaknya industri penanaman getah semakin menarik. Jangan biarkan peluang ini lari. Beri la kepada pengusaha2 di kg2.Mereka amat memerlukannya.

    BalasPadam
  17. Wa tingginya... Kalau aku ada tanah, aku pun mahu tanam getah oo. hehhe

    BalasPadam
  18. Betul amir. Kenaikan harga ini banyak membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk:)

    BalasPadam
  19. adakah perkiraan ini mengambil kira seluruh negara atau di semenanjung sahaja? bagaimana pula dengan yang hanya menyewa?

    BalasPadam
  20. apa pun, kenaikan harga getah sedikit sebanyak membantu penoreh getah menikmati hasil yang lebih banyak untuk kehidupan lebih baik..namun sejauh mana harga ini akan bertahan tidak diketahui..bila2 masa saja harga getah akan jatuh..oleh itu peluang harus digunakan sebaiknya.

    BalasPadam