Bekalan Minyak Masak Seluruh Negara Pulih Sepenuhnya
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa kawasan bulan lepas kini pulih sepenuhya, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tiada rancangan untuk menaikkan harga barangan subsidi itu yang dibekalkan kepada peruncit pada harga RM2.40 sekilogram berbanding harga sebenar RM3.50 sekilogram.
"Jadi kita sangat berharap agar rakyat tidak lagi panik sebab kita takut berapa banyak kita lambak dalam pasaran pun tapi kalau ada 'panic buying' (pembelian secara panik) lagi kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini," katanya.
Bercakap keapda pemberita selepas melawat Pasar Jinjang Utara dan Pasa raya Giant, Brem Mall Kepong di sini bagi memantau Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baru Cina, Tan berkata sebanyak 64 salah laku berkaitan minyak masak dilaporkan sepanjang bulan ini.
"Ini termasuk peruncit menjual secara borong, berniaga tanpa lesen, menafikan memiliki barangan kawalan, memindahkan barangan kawalan ke tempat lain dari dalam stesen, memiliki barangan kawalan secara tidak sah dan pemborong menyimpan melebihi kapasiti dibenarkan," katanya.
----
KPDNK&K MEMBERI JAMINAN BAHAWA HARGA MINYAK MASAK TIDAK AKAN DINAIKKAN BUAT MASA INI
Baguslah kalau masalah bekalan minyak dah diselesaikan. Harap pembeli jangan lagi 'panic buying'.
BalasPadamI'm glad this issue has been solved.
BalasPadambgslah jika masalah ini dah selesai. minyak masak adalah barangan yang amat diperlukan sebagai barangan asas.
BalasPadamNasib baik masalah kekurangan bekalan minyak masak dapat diselesaikan. Semoga tiada isu seperti ini berlaku lagi.
BalasPadamMasalah Minyak ini dapat diselesaikan oleh pihak tertentu. Setelah baru-baru ini masalah yang kekurangan minyak berlaku.
BalasPadamTidak perlulah penik dengan kekurangan harga minyak. Mungkin ini hanya sesetengah pihak yang cuba untuk menghebohkan khabar angin yang bukan-bukan. Apa pun kerajaan telah menyelesaikan masalah berkenaan. Maka para pengguna tidak perlulah risau dengan masalah ini.
BalasPadambaguslah jika bekalan minyak masak sudah pulih seperti biasa.
BalasPadamselain itu, pemantauan juga perlu dilakukan bagi memastikan tiada peniaga yang menaikkan harga barangan sesuka hati.
BalasPadamSyukur...akhirnya mimpi buruk rakyat sudah berakhir.
BalasPadamBerharap agar tidak akan ada lagi ketegangan. Semua berjalan seperti biasa. Tambah satu lagi kredit kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan.
BalasPadamjadi masalah ini bukanlah disebabkan oleh kerajaan tetapi dilakukan sendiri oleh peruncit dan pemborong. saya harap selepas ini tidak berlaku lagi masalah kekurangan bekalan seperti sebelum ini.
BalasPadamHarap bekalan minyak mencukupi sekarang.
BalasPadamTerutamanya bila dekat musim perayaan.
BalasPadamJangan percayakan khabar angin yang mengatakan sumber minyak akan habis.
BalasPadamBaguslah kalau begitu. Pengguna tak perlu risau sekarang.
BalasPadamLain kali jangan panik.
BalasPadamNever trust on rumors.
BalasPadamRajin2 la updatekan diri dengan membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa.
BalasPadam别困扰。部长不会随意涨价的。
BalasPadamSelagi tiada berita yang mengatakan tentang kenaikan barang, jgn taksub dengan kata orang.
BalasPadamLain kali jangan terlalu cepat panik. Relax dulu dan sentiasalah ikuti perkembangan semasa supaya tak ketinggalan info. hehe
BalasPadamApapun, bagus jugalah hal ni dah selesai.. Tak perlu lagi pengguna bimbang.
BalasPadamtidak perlu panik...bekalan minyak masak cukup.
BalasPadam