RTM Sedia Beri Ruang Untuk Tayangkan Drama Etnik Sabah, Sarawak
KOTA KINABALU, 7 Sept (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia untuk memberi ruang yang lebih luas kepada para karyawan terutama dari Sabah dan Sarawak untuk menayangkan drama etnik karya mereka apabila sistem pendigitalan RTM dilaksanakan sepenuhnya.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata dengan terlaksananya sistem digital yang sepenuhnya, RTM mempunyai saluran yang banyak untuk menayangkan drama etnik dari Sabah dan Sarawak.
"Masa itu ada beberapa saluran yang boleh dipakai untuk tayangkan program yang bercorak etnik atau drama-drama dari kedua-dua negeri ini.
"Saya juga bersetuju dengan saranan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok yang juga sering dibangkitkan oleh ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak yang meminta supaya lebih banyak tayangan drama televisyen untuk menunjukkan kepelbagaian kaum di Malaysia," katanya.
Joseph berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dompok yang beliau bersedia mengadakan perbincangan dengan pihak tertentu termasuk Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi para penggiat seni di Sabah terutama dalam mendapatkan slot drama dari Sabah dan Sarawak untuk disiarkan di RTM.
Dompok dipetik sebagai berkata ia bagi membolehkan budaya asal rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak dapat ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia di Semenanjung.
Salang berkata buat masa ini saluran atau slot sedia ada di televisyen RTM agak terhad dan tidak dapat menayangkan semua program etnik bukan sahaja dari Sabah dan Sarawak tetapi juga dari wilayah lain di Semenanjung.
"Slot yang ada agak terhad namun berita penting dari Sabah dan Sarawak masih diberi ruang untuk ditayangkan melalui program berita untuk membolehkan seluruh rakyat negara ini mengikuti perkembangan di kedua-dua negeri itu," katanya.
usaha ini baik untuk merapatkan jurang komunikasi dan info antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung Malaysia. tidak patut ada negeri2 yang terpencil dalam sesebuah negara pada hari ini dan pendedahan sebegini sepatutnya telah bermula sejak penubuhan RTM bagi memberi gambaran jelas tentang etnik dan keadaan sebenar Sabah/Sarawak, lebih2 lagi dengan fizikal geografinya yang terpisah antara SM dan kepulauan Borneo.
BalasPadamini baik bagi membolehkan seluruh masyarakat Malaysia dapat mengetahui tentang budaya etnik-etnik yang terdapat di Sabah dan Sarawak..
BalasPadamia satu usaha yang baik, mmg tidak dinafikan selama ini amat jarang drama2 dari sabah dan sarawak ataupun yang berkisarkan masyarakat negeri sabah dan sarawak disiarkan di TV. dengan peluang dan ruang yang diberikan kepada karyawan sabah dan Sarawak ini. ini boleh memperkenalkan budaya dan gaya hidup masyarakat sabah dan sarawak kepada orang ramai.
BalasPadamcadangan yang baik untuk RTM. Kerana ini akan dapat meperkenalkan lagi budaya dan kaum bagi orang Sabah dan Sarawak keseluruh Malaysia.
BalasPadam"RTM SEDIA BERI RUANG UNTUK TAYANGKAN DRAMA ETNIK SABAH, SARAWAK"
BalasPadamMemang patut RTM beri ruang untuk tayangkan drama etnik Sabah dan Sarawak. Support our locals!
Bagus juga kalau macam ini.
BalasPadamSaya suka candangan ini...
BalasPadamTahniah! At last, a bright side news. Thank you RTM. Enhance more and more efforts in this.
BalasPadambaguslah jika lebih banyak ruang untuk rancangan etnik Sabah dan Sarawak. ini membolehkan budaya masyarakat di kedua-dua negeri ini diketahui oleh seluruh lapisan masyarakat.
BalasPadamThis is a good suggestion. With this idea, Sabah and Sarawak culture could be expose to the whole of Malaysia.
BalasPadamruang seperti ini telah lama dinantikan oleh karyawan Sabah dan Sarawak. ini memberi peluang kepada kita memperkenalkan bakat2 dari kedua negeri ini serta memperkenalkan gaya hidup masyarakat Sabah dan Sarawak.
BalasPadamsemoga siaran lebih untuk etnik Sabah dan Sarawak akan dapat dilaksanakan kelak oleh RTM. Rakyat akan menantikan tindakkan RTM.
BalasPadamIni macam bagus. Ia memberi ruang kepada penggiat seni tempatan untuk menerbitkan karya2 unggul.
BalasPadamtahniah.. teruskan usaha2 yang menjurus kepada pelaksanaan konsep 1Malaysia.
BalasPadamFinally. I hope it will be a continuous effort to promote more local made products.
BalasPadamUsaha ini sepatutnya dilakukan dari dulu lagi, tapi masih belum terlambat lagi untuk melakukan semua ini. Saya amat menyokong usaha ini, bukan sahaja kita dapat mengembangkan seni perfileman tetapi juga pada masa yang sama, rakyat di seberang akan dapat melihat Sabah dengan lebih jelas melalui filem2 yang akan ditayangkan. Selain itu, mereka juga tidak akan tertanya2 persoalan seperti =adakah orang2 sabah masih lagi menetap di atas pokok??= dan lain2 persoalan... Semoga usaha ini akan meningkatkan lagi imej sabah dan membawa pulangan yang banyak dari segi ekonomi, perlancongan dan pembangunan dari semua aspek. Selamat Maju Jaya.
BalasPadamBaru sekarang Sabahan diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya. Alangkah kasihannya.
BalasPadamRTM has given this chance so grab it. Lots of Sabahans are potentially great and gifted.
BalasPadamMajulah industri seni Sabah.Nescaya ia setanding dengan dunia luar.
BalasPadamBukankah agak lambat berbuat demikian setelah kita menyertai keluarga besar Malaysia selama 47 tahun?
BalasPadamDengan tindakan dan program yang bakal dijalankan, jurang persefahaman antara Semenanjung dan Sabah dapat dikurangkan dan rakyat dari Semenanjung dapat lebih memahami budaya dan kehidupan rakyat Sabah.
BalasPadamWa baguslah.. Memang patut pun bagi ruang.. Siapa lagi yang mahu support localpunya drama kalau bukan RTM kan. hehee
BalasPadamSemoga budaya etnik Sabah dapat dikenali di seluruh negara:) Sekurang-kurangnya orang luar dari Sabah tahu lifestle Sabahan.
BalasPadamIdea yang baik. Keep it up!
BalasPadamSaya harap ruang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan budaya dan negeri Sabah dikenali ramai.
Harap masalah yang dihadapi para penggiat seni di Sabah terutama dalam mendapatkan slot drama dari Sabah dan Sarawak untuk disiarkan di RTM dapat diselesaikan secepat mungkin:)
BalasPadamTak sabar rasanya mahu tengok drama dari etnik di kedua-dua negeri (Sabah khususnya). hehe
Waa good2. Ba apa tunggu lagi, kali inilah Sabah malatopsssssssssss... Yeah, buktikan wahai karyawan Sabah, Sabah boleh. Aramai tiii!!!!!!!
BalasPadamWalau lambat tatapi lebih baik dari tidak buat apa-apa.
BalasPadamselepas ini tidak ada lagi negeri terpencil atau terpinggir dari pengetahuan seluruh rakyat Malaysia. tahniah dan laksanakannya secepat mungkin..
BalasPadam