Isnin, September 06, 2010

BERBALOIKAH PEMIMPIN SABAH BERSIKAP LEBIH VOKAL ?

Tiada Lagi Kelewatan Projek Fasa 2 KKIA - Kementerian Pengangkutan

"Kelewatan ini mendapat perhatian serius kerajaan khususnya kepimpinan atasan dan sedang menimbang pelbagai opsyen bagi memastikan ia tidak menjadi projek sakit dan terbengkalai,"

"Pihak Kementerian mengambil maklum secara serius teguran dan pelbagai saranan yang telah dikemukakan.

Abdul Rahim berkata kelewatan itu amat dikesali dan didapati merugikan secara tidak langsung ekonomi pelancongan negeri Sabah.

Abdul Rahim mengulas rungutan pelbagai pihak termasuk kepimpinan tertinggi negeri Sabah baru-baru ini mengenai kelewatan projek pembesaran KKIA.

~~~~~

Najib Beri Tumpuan Yang Lebih Kepada Sabah Dan Sarawak, Kata Pairin

KENINGAU, 5 Sept (Bernama) -- Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jauh berbeza dengan pemimpin terdahulu terutama daripada segi layanan yang diberikan kepada Sabah dan Sarawak, kata presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata Najib lebih banyak memberikan tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak, dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta penglibatan daripada semua pihak menerusi konsep 1Malaysia.

Katanya sokongan padu rakyat di negeri Sabah kepada Barisan Nasional dan pucuk kepimpinan adalah atas keyakinan rakyat bahawa Sabah akan mencapai transformasi kemajuan di bawah kerajaan sekarang.

Menurutnya berbeza dengan kepimpinan terdahulu, Perdana Menteri sekarang banyak memberikan tumpuan yang khusus kepada negeri Sabah dan Sarawak, dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta penglibatan daripada semua pihak menerusi konsep 1Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Sook yang diadakan di sini.

~~~~~

Dompok Sedia Bantu Penggiat Seni Sabah Dapat Slot Drama Di RTM

Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) menyamakan masalah yang dihadapi oleh penggiat seni di Sabah terutama pembuat drama Kadazandusun dengan masalah yang dihadapi oleh parti-parti politik di negara ini.

"Saya sedih melihat masalah yang terpaksa dihadapi oleh para penggiat seni di Sabah dan saya akan berusaha untuk membantu mereka.

"Kita akan berbincang dengan pihak berkenaan tentang bagaimana kita boleh membantu meringankan masalah yang dihadapi oleh warga seni di Sabah dengan harapan kita dapat kongsi budaya Sabah melalui drama di seluruh Malaysia,"

"Saya sebagai seorang ahli politik dan presiden salah satu parti politik yang berasal dari Sabah merasakan bahawa masalah yang dihadapi oleh penggiat seni di Sabah mirip kepada masalah yang ada dalam politik, masalah ini bukan masalah baru bagi saya.

"Walaupun banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para penggiat seni di Sabah (belum ada slot untuk drama etnik) tetapi Tony tidak berputus asa dan kini berjaya menerbitkan drama ini yang hanya menunggu slot di TV2,"

~~~~~

24 ulasan:

  1. Diharapkan semua pemimpin akan teruskan usaha untuk menyuarakan kehendak rakyat dan menjaga hak dan kebaikkan rakyat.

    BalasPadam
  2. memang menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menjaga kepentingan rakyat. setiap permasalahan rakyat perlu diselesaikan dengan sebaiknya. semoga pemimpin-pemimpin dapat terus menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

    BalasPadam
  3. Utama memang diberikan kepada sabah dan sarawak, tapi jangan salah gunakan kelebihan itu untuk diri sendiri. Kita harap para pemimpin akan dapat membantu yang terbaik untuk rakyta mereka sendiri.

    BalasPadam
  4. Sabah tidak patut terpinggir dari pelbagai aspek. keperihatinan PM Najib amat diperlukan dalam memajukan negeri Sabah setanding dengan negeri2 maju di SM.

    BalasPadam
  5. adalh satu perkara baik keutamaan telah diberikan kepada Sabah dan Sarawak, dgn keutamana ini, ia bakal membawa lebih kemajuan dan pembangunan terhdap kedua negeri ini.

    BalasPadam
  6. Memang berbaloi untuk menyuarakan keinginan rakyat sendiri. Itu gunanya pemimpin bagi rakyat.

    BalasPadam
  7. pemimpin memang berperanan dalam menyuarakan kepentingan rakyat. pemimpin yang sentiasa menjalankan peranannya dengan baik akan dapat membawa kemajuan kepada masyarakat.

    BalasPadam
  8. Sabah dan Sarawak mmg perlu diutamakan, kedua negeri ini juga hendak maju seiring dgn negeri2 lain.

    BalasPadam
  9. I don't know other people views but i have to agree to what been said by Datuk Joseph. Najib is kind enough to Sabah and Sarawak. But to be honest, we still need more!!!

    BalasPadam
  10. rakyat sabah kehausan pembangunan terutama di kawasan pedalaman. perhatian haruslah diberikan beserta dengan tindakan..

    BalasPadam
  11. pemimpin2 sabah harus terus bersuara menyatakan kehendak serta keperluan rakyat sabah kepada peringkat atasan.

    BalasPadam
  12. pemimpin2 sabah juga harus sentiasa peka dengan isu2 rakyat agar isu2 ini dapat diketengahkan oleh pemimpin2 sabah dalam mesyuarat kerajaan untuk tindakan lanjut.

    BalasPadam
  13. setuju dengan ulasan linda di atas. pemimpin2 sabah harus menjalankan peranan mereka sebaik-baiknya kerana hanya mereka lah tempat bagi rakyat sabah mengadu/bersandar.

    BalasPadam
  14. memang ada baiknya pemimpin2 sabah sentiasa menyuarakan isu2 rakyat sabah. dan adalah lebih baik jika disusuli oleh tindakan yang sewajarnya..

    BalasPadam
  15. diharapkan agar pemimpin2 sabah terus lantang menyuarakan isu2 rakyat/negeri sabah agar mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

    BalasPadam
  16. The state ministers have done their parts. 'Worthy' issue shouldn't be raised.

    BalasPadam
  17. Ini menunjukkan bahawa menteri menteri Sabah tidak kaku seperti yang diwar2kan.

    BalasPadam
  18. What's wrong being vocal? This is a leader, should be!

    BalasPadam
  19. Sikap vocal harus ada dalam diri pemimpin masing2. Berbaloi atau tidak, itu bukan ukuran.

    BalasPadam
  20. Syukur PM kita memberikan perhatiannya kepada Sabah & Sarawak, namun S&S masih jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia.

    BalasPadam
  21. Ratusan masalah yang dihadapi Sabah selain yang dinyata oleh menteri diatas. Seperti harga barangan keperluan harian dan peluang pekerjaan yang kurang.

    BalasPadam
  22. Pemimpin Sabah harus berani menyuarakan suara rakyat kepada Kerajaan Pusat. Itu adalah tugas dan mandat yang diberi oleh rakyat Sabah.

    BalasPadam
  23. Sekiranya mereka berani membela hak rakyat Sabah, kita sokong denh=gan satu hati pada mereka.

    BalasPadam