Rabu, September 08, 2010

“PIHAK YANG BERJAYA MERAIH SOKONGAN PENGUNDI MUDA DALAM PILIHAN RAYA UMUM KE-13 AKAN MEMENANGI PILIHAN RAYA UMUM.” - SAIFUDDIN

Saifuddin bentang laporan separuh penggal jadi MP, syor BN pikat ‘orang muda’

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah membentangkan laporan separuh penggal menjadi Ahli Parlimen - dipercayai wakil rakyat pertama mengambil pendekatan sedemikian dengan meletakkan harapan agar Barisan Nasional (BN) melipatgandakan program memenangi hati pengundi muda.

“Pihak yang berjaya meraih sokongan pengundi muda dalam pilihan raya umum ke-13 akan memenangi pilihan raya umum.

“Oleh itu, BN perlu melipatgandakan program-program memenangi hati pengundi muda.

“Satu daripada langkah utamanya ialah dengan melaksanakan resolusi-resolusi Makmal Pemuda BN yang diadakan baru-baru ini,” kata beliau dalam satu kenyataan media sempena pembentangan laporan beliau kepada pengundi kawasannya hari ini.

Saifuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata antara realiti politik hari ini ialah kebangkitan pengundi muda.

“Jumlah pengundi muda berumur 21 hingga 35 tahun dijangka menjadi kuasa penentu pada pilihan raya umum ke-13 iaitu seramai 7.36 juta orang atau 49.7 peratus daripada pemilih. Ini lebih besar daripada 40 peratus pada pilihan raya umum ke-12.

“Justeru, BN perlu memahami partisipasi politik kumpulan ini,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Menurut Saifuddin, hubungan pengundi muda dan politik yang bersifat multidimensi dan parti-parti politik perlu memahami keadaan sosial dan politik semasa dan setempat serta pandangan pengundi muda terhadap politik.

“Bentuk, makna dan alasan pengundi muda untuk berpartisipasi dalam politik.

“Kita perlu memahami cara pengundi muda berpartisipasi dengan aktif dalam politik dan bagaimanakah mereka menilai pelbagai bentuk partisipasi politik,” katanya.

Selain itu kata beliau, BN juga perlu mengenal pasti bagaimana pengundi muda belajar tentang partisipasi politik.

“Kita perlu memahami peranan dan keberkesanan ibu bapa, rakan sebaya dan pendidikan formal terhadap partisipasi politiknya,” kata beliau lagi.

Selain itu, katanya, dari segi kesaksamaan gender iaitu dari segi partisipasi pengundi muda wanita, BN perlu memahami kefahaman dan amalan politik pengundi muda wanita untuk melihat persamaam atau perbezaannya daripada pengundi muda lelaki.

Esok genap separuh penggal bagi 217 ahli Parlimen. Baki empat wakil rakyat iaitu mereka dari bahagian Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu dipilih menerusi pilihan raya kecil.

Pilihan raya umum diadakan 8 Mac 2008 dengan BN memenangi 140 kerusi.

“Sempena dengan itu, saya membentangkan Kad Laporan Separuh Penggal Ahli Parlimen Temerloh,” kata Saifuddin sambil menjelaskan beliau menggariskan kerja-kerja yang telah telah dilaksanakannya dalam tempoh tersebut.

Ia adalah kad laporannya yang ketiga iaitu selepas kad laporan setahun dan dua tahun sebagai Ahli Parlimen Temerloh.

Laporan hari ini dibentangkan dalam persidangan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) Keempat, bertujuan untuk muhasabah dan penilaian secara objektif tentang kerja-kerjanya sejak Mac 2008.

“Saya mengalu-alukan apa-apa maklum balas daripada semua pihak, terutamanya para pengundi dan penduduk kawasan parlimen Temerloh.

“Maklum balas boleh disampaikan kepada saya melalui persidangan MPPT, perwakilan MPPT, pemimpin-pemimpin tempatan daripada pelbagai sektor atau secara langsung kepada saya, sama ada melalui pertemuan atau facebook/fan page (saifuddin abdullah), twitter (saifuddinabd) dan emel saya (saifuddin61@yahoo.com),” katanya lagi.

Kata Saifuddin sejak dipilih sebagai wakil rakyat pada beliau telah memberikan fokus kepada enam bidang pembangunan tumpuan sebagai satu daripada kaedah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk kawasan ini.

Bidang-bidang itu ialah pendidikan dan latihan, kesihatan, kecergasan dan kebajikan, pekerjaan dan ekonomi, jati diri, sosiobudaya dan bina insan, partisipasi dan masyarakat sivil serta prasarana dan kemudahan awam.

Di samping itu kata beliau, beliau telah melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Temerloh (TKRA) di persidangan MPPT Ketiga pada 6 Mac lalu.

Ia adalah terjemahan kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). TKRA terdiri daripada 6 perkara iaitu: mengurangkan jenayah; membanteras rasuah; mempertingkatkan pencapaian pendidikan; mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah; mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar; dan memperbaiki pengangkutan awam Bandar.

35 ulasan:

  1. pengundi muda mungkin akan menjadi penentu dalam PRU akan datang. BN perlulah berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada golongan ini.

    BalasPadam
  2. Bijak. Memandangkan jumlah pengundi lebih banyak daripada golongan remaja, cepat-cepat ambil hati remaja sebelum terlambat.

    BalasPadam
  3. kebanyakan pengundi muda hari ini mengambil pendirian 'non-partisan' (tidak memihak) berhubung politik negara. Pengundi muda kini lebih berpandangan terbuka dan membina dan mereka tidak menilai sesuatu isu berdasarkan ideologi politik. Sokongan mereka mudah berubah atau bertindak kepada situasi pada bila2 masa. generasi muda tidak lagi berpegang kepada kata2 atau janji ahli politik tetapi sebaliknya menilai bagaimana parti2 berkenaan menangani pelbagai isu. Bagi memenangi hati pengundi muda, BN tidak mempunyai masa tetapi sebaliknya perlu mempunyai rancangan drastik bagi mengejar usaha pembangkang mendaftar pengundi baru. selain itu pemimpin juga perlu menyelami kebimbangan golongan muda ini dengan memenuhi keperluan mereka dari segi pendidikan, pekerjaan, keselamatan, kualiti hidup yang lebih baik dan urus tabir yang cekap.

    BalasPadam
  4. pengundi muda memainkan peranan penting dalam menentukan arah tuju politik negara, mereka ini juga perlu diberi keutamaan.

    BalasPadam
  5. apa pun, bersaingalah dengan cara yang bersih dan betul. Cuba yang terbaik BN untuk menambat hati pengundi Muda.

    BalasPadam
  6. pengundi muda merupakan golongan yang perlu didekati. berusaha lah untuk memenangi hati golongan ini. golongan muda juga bakal menerajui negara ini pada masa depan.

    BalasPadam
  7. pengundi muda ni kebanyakaan berada di atas pagar, mereka inilah penentu hala tuju dan masa depan politik tanah air, mereka tak boleh diabaikan.

    BalasPadam
  8. Nampaknya golongan pengundi muda akan menjadi penentu pemenang pilihan raya nanti. Diharapkan semua pengundi muda bijak memilih calon2x.

    BalasPadam
  9. jika sedar pentingnya sokongan pengundi muda ini sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya akan datang, buatlah persediaan dari sekarang dan jangan sesekali mengabaikan golongan muda ini dalam apa jua dasar dan perancangan kerajaan.

    BalasPadam
  10. Yang paling penting adalah semua parti2x akan bersaing secara adil dan bersih. Diharapkan teda yang akan bawa masuk mana2x PATI untuk mengundi.

    BalasPadam
  11. BN cubalah yang terbaik untuk memenangi pengundi Muda. Kerana mereka inilah yang lebih mempengaruhi undi pada PRU13 akan datang. Apa yang penting Bn haruslah lebih berusaha lebih untuk mendapatkan kejayaan.

    BalasPadam
  12. Rakyat hanya membuat keputusan berdasarkan penilaian terhadap pemerintahan kerajaan yang tepat.

    BalasPadam
  13. Seramai tujuh juta atau 62% pengundi muda akan menjadi faktor penentu dalam keputusan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang.
    Bagaimanapun, kajian tentang pemikiran golongan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil satu tindakkan yang dikatakan tidak memihak berhubung politik negara. Oleh itu, pemimpin memanikan peranan yang penting utnuk memarik minat mereka terhadap parti tersebut.

    BalasPadam
  14. Sebagai seorang yang masih dikategorikan sebagai golongan muda dan mempunyai asas politik yang tidak mendalam, bagi saya tidak ada yang menarik perhatian untuk mengundi mana2 parti tetapi hanya satu yang dititkberatkan iaitu, bagaimana satu2 parti memperjuangkan hak rakyat. Lihat secara menyeluruh dan penilaian dari pelbagai aspek. Jangan hanya melihat kebaiikan tetapi juga kena lihat kelemahan yang mana menjadi ukuran untuk menilai adakah kelemahan itu dominan dalam mempengaruhi undian atau tidak. Golongan muda pada hari ini lebih suka melihat kesenangan dan peningkatan satu2 parti. Jadi tidak perlu terlalu memfokus kepada golongan muda kerana ramai diantara mereka hanya akan melihat satu2 parti secara menyeluruh.... tapi jika ada usaha untuk menarik perhatian mereka, teruskan usaha itu, kerana tidak salah untuk kita mencuba sesuatu sebelum mengaku kalah.

    BalasPadam
  15. We are yet to know which party is going to win. The youngsters are smart now.

    BalasPadam
  16. Anak anak muda sekarang semakin terdedah kepada perkembangan ekonomi semasa.Maka tidak hairan la bahawa pengundi muda dari golongan mereka ini akan mencari pemimpin yang serba boleh.

    BalasPadam
  17. 坦白说,付出是需要的。每个东西都有一个价值。这次的选举,我不担保谁会出局。我也是年轻一份子,然而现在的政治问题简直比天灾还来得更厉害。所以,趁这个机会我想说依据-加油!

    BalasPadam
  18. Ingat bahawa setiap pengorbanan pasti ada hikmahnya. Saya pasti anak2 muda akan mengenal erti mengundi dengan lebih tepat.

    BalasPadam
  19. Menurut SPM, ada lebih kurang 4 juta rakyat Malaysia yang kebanyakannya terdiri dari orang muda yang layak menjadi pengundi belum lagi mendaftar menjadi pengundi.
    Ini adalh genarasi yang mampu menulis muka baru sejarah Malaysia.

    BalasPadam
  20. Idea yang baik.. Anak muda memang patut diberi perhatian kerana golongan inilah yang akan meneruskan generasi Malaysia :)

    BalasPadam
  21. Ada baiknya jika golongan muda didekati dan dimaklumkan mengenai matlamat perjuangan parti agar mereka lebih faham dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan.

    BalasPadam
  22. Logiknya tak kenal, maka tak cinta. So dengan adanya program yang mendekatkan BN dengan golongan muda maka keberangkalian untuk golongan muda menyokong aspirasi kerajaan adalah tinggi. Sudah kenal la katakan, jadi mudah lah jatuh cinta. hehehe

    BalasPadam
  23. Saya menyokong apa yang terbaik untuk negara :)

    BalasPadam
  24. Apapun, selamat berjuang dan lakukan yang terbaik utk rakyat. Saya yakin rakyat pasti akan bagi sokongan penuh jika BN dapat buktikan mereka layak utk dipilih :)

    BalasPadam
  25. Ini adalah hakikat. Golongan muda ini jumlahnya besar dan merupakan 'king maker'.

    BalasPadam
  26. Ramai orang muda bersikap dingin terhadap politik negara. Mereka belum faham sepenuh akan kepentingan mereka menceburi dalam politik.
    Mereka boleh dan mampu membawa transformasi nagara.

    BalasPadam
  27. Generasi baru tidak mudah dipengaruhi kerana menerima taraf pendidikan yang lebih tinggi, lebih terdedah pada dunia luar dan masing-masing mempunyai fikiran sendiri.
    Siapa dapat tawan hati mereka yang berjumlah besar, siapa bakal mengegar arena politik negara.

    BalasPadam
  28. BN agak ketinggalan meraih sokongan golongan muda. Kumpulan sayap seperti pemuda BN mesti beriktiar cara-cara menarik lebih ramai penyokong golongan muda.

    BalasPadam
  29. rasanya pemuda umno pernah membuat kajian terhadap sokongan pengundi muda. jadi gunakan hasil kajian itu untuk menarik lebih ramai pengundi muda..

    BalasPadam
  30. Pengaruh pengundi muda amat besar kerana merangkumi peratusan yang besar dalam senarai pengundi.

    BalasPadam
  31. Jika tiada perubahan atau transfromasi menyeluruh, BN tidak dapat menarik sokongan dari pengundi muda.

    BalasPadam
  32. Parti politik mestilah peka atau sensitif dengan fikiran pengundi muda dan kehendak mereka.

    BalasPadam
  33. Pertarungan pada PRU akan datang dijangka amat sengit, semua undi penting bukan saja undi dari pengundi muda.

    BalasPadam