Ahad, September 05, 2010

ZAM PERTAHANKAN KENYATAANNYA

Zam Pertahankan Kenyataannya Mengenai Pemimpin PAS

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin pada Ahad menegaskan kenyataan beliau bahawa pemimpin PAS telah meminta Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman merampas harta orang-orang Cina selepas berlakunya Peristiwa 13 Mei, 1969, bukan sesuatu yang baru.

"Ini bukanlah suatu kenyataan baru tetapi telah diberitahu oleh Tunku dalam pertemuan eksklusif saya dan Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu, Osman Abadi, dengannya lebih 40 tahun dahulu," katanya ketika mengulas laporan polis terhadap beliau berhubung kenyataannya itu.

Zainuddin yang juga dikenali dengan panggilan "Zam" turut menunjukkan gambar temu bual beliau dengan Tunku kepada pemberita di kediamannya di sini. Ketika itu, Zainuddin merupakan wartawan di Utusan Melayu.

Mengimbau pertemuan dengan Tunku Abdul Rahman ketika itu, beliau berkata: "Apabila kami masuk menemui Tunku di pejabatnya di Jalan Dato Onn beberapa bulan selepas kejadian 13 Mei, Tunku memberitahu bahawa seorang pemimpin PAS baru sahaja keluar dari menemuinya dan dia telah menyatakan kepada Tunku, "Inilah masanya untuk tentera merampas kuasa dan mengambil alih semua harta benda orang Cina."

Beliau kemudian telah bertanya kepada Tunku : "Apa kata Tunku, dan jawab Tunku...gila, orang susah payah mencari harta tiba-tiba kita hendak rampas dan lagipun orang Melayu bukan tahu berniaga."

Zainuddin berkata kenyataan Tunku Abdul Rahman itu telahpun tersiar dalam akhbar itu dan juga tercatat dalam buku "Di Sebalik Jendela Utusan" yang diterbitkan bersempena dengan Utusan Melayu 50 Tahun pada Mei 1989 dan diulangi di dalam beberapa tulisan beliau berikutnya.

13 ulasan:

  1. sebelum ini PAS telah membuat laporan polis kerana kenyataan Zam yang mendakwa PAS meminta Tunku ‘merampas’ harta-harta orang Cina semasa Tragedi 13 Mei 1969 dan PAS juga didakwa menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia ketika Konfrantasi Malaysia-Indonesia... apa kesudahan laporan polis itu? kalau Zam sanggup pertahankan kenyataannya, ini bermakna dakwaan beliau benar dan ada bukti.

    BalasPadam
  2. pasti PAS sedang tertekan dengan pendedahan ini. tidak selama2nya PAS boleh menipu rakyat dan menyembunyikan agenda politik PAS yang sebenar.

    BalasPadam
  3. berani kerana benar, takut kerana salah..

    BalasPadam
  4. Zam memang seorang yang berani, belaiu mempertahankan kebenaranya. Bukti pasti sudah ada dengan Zam. Ini sungguh memalukan PAS dengan kenyataan Zam, PAS melakukan perkauman menghasut Tunku untuk melakukan kejahatan, Nasib Tunku adalah seorang yang baik.

    BalasPadam
  5. Kalau PAS berani cubalah dakwah mahkamah?mungkin PAS tidak akan berani kerana bukti sebenar ada dengan Zam. Jadi PAS terima dengan tuduhan yang benar.

    BalasPadam
  6. PAS harus tampil memberikan penjelasan bagi perkara ini, jika mendiamkan diri, maka benarlah dakwaan ini.

    BalasPadam
  7. I wonder whether this story is true...

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. zam mempertahankan kenyataannya..mungkin beliau yakin dengan apa yang beliau nyatakan..

    BalasPadam
  10. jika benar perkara ini, nampaknya PAS ni bukanlah parti yang baik.

    BalasPadam
  11. Bagi saya kita menilai melalui apa yang berlaku pada hari ini, kita mencari sumbangan yang telah diberikan PAS kepada negara dan rakyat. Hal ini kerana apa yang dikatakan, saya mahupun anda tidak mengetahui perkara sebenarnya yang berlaku... Dan untuk kepastian itu, analisis apa yang telah PAS lakukan untuk kebaikkan bersama, segala sumbangan dan segala jasa dalam menyelesaikan maslah bersama.

    BalasPadam
  12. PAS,, jangan hanya pandai berceramah. bangunkan ekonomi, sosial, prasarana, kebajikan dan pencapaian di Kelantang.. bagi nasihat dengan DAP supaya bersikap adil dengan orang melayu di Pulau Pinang..

    BalasPadam