Tertuduh Marah Aaliyah Kencing Merata – Emak Mangsa
Mohannad Taha dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah.
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh, Aaliyah Ayman Hussin Abdullah dimarahi oleh teman lelaki ibunya, seorang warga Sudan hanya kerana kelakuannya membuang air kecil merata-rata.
Ibu kepada Aaliyah, Ellina Maulad Mahather, 25, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada tertuduh, Mohannad Taha Ismail pada pukul 11.30 pagi, 12 Oktober lalu yang menjaga anaknya semasa dia keluar bekerja.
“Tertuduh kata nak beri dia pengajaran. Saya beritahu tertuduh supaya biarkan kerana saya akan cuci (air kencing) selepas saya pulang,” katanya di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alfred Egin.
Mengimbas kejadian yang berlaku pada hari tersebut, Ellina yang merupakan bekas setiausaha di sebuah syarikat pembinaan memberitahu, dia sekali lagi menerima panggilan telefon daripada tertuduh pada jam 2.30 petang.
Semasa itu tertuduh yang cemas memaklumkan keadaan Aaliyah yang tidak dapat melihat telah melanggar pintu gelongsor.
Tertuduh yang tidak bekerja juga memberitahu mahu mengambil lampu suluh bagi memeriksa mata Aaliyah.
Menurutnya, semasa dia keluar untuk ke tempat kerja pada jam 5.30 pagi, mangsa sedang menghisap botol susu dalam keadaan baik melainkan beberapa kesan kecederaan yang lama.
“Pada pukul 4.30 petang, tertuduh sekali menghubungi saya dalam keadaan gelisah memberitahu anak saya koma. Tertuduh juga memberitahu akan menjemput saya dengan menaiki teksi. Saya beritahu majikan saya mahu mengambil cuti kecemasan,” tambah Ellina.
Katanya lagi, dia dan tertuduh telah singgah di pasaraya dengan tujuan mahu membeli lampin pakai buang dan ubat untuk mangsa, tetapi mereka akhirnya tidak membeli ubat.
Aaliyah yang sepatutnya menyambut ulang tahun ke-empat pada 27 September ini semasa itu ditinggalkan keseorangan di rumah.
Ellina (berselendang) memberi keterangan berhubung perbuatan teman lelakinya terhadap Aaliyah.
“Kami sampai di rumah pada pukul 7.30 petang. Saya nampak Aaliyah terbaring di atas tilam dalam keadaan serius, sukar bernafas dan muka lebam, bengkak serta berdarah.
“Saya cemas. Saya dan tertuduh menangis selama lebih kurang 15 minit. Saya tengok anak saya dah tak bernafas. Tertuduh memberi bantuan pernafasan kecemasan,” tambah Ellina, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua dalam perbicaraan yang baru bermula Isnin.
Dia menambah, terdapat darah yang keluar daripada telinga Aaliyah. Tertuduh bagaimanapun menghalang dia daripada membawa mangsa ke hospital kerana bimbang akan ditangkap dan dituduh mengakibatkan kecederaan tersebut.
“Tertuduh takut dan kata our life will be over (hidup kita akan berakhir). Tertuduh kata dia tak bersalah tetapi takut,” tambah saksi.
Ceritanya lagi, setelah berbincang, dia mencadangkan kepada tertuduh supaya memberi alasan bahawa mangsa dipukul oleh orang gaji, sedangkan hanya mereka bertiga yang tinggal di rumah tempat kejadian.
Cadangan itu dipersetujui dan tertuduh kemudiannya merangkul mangsa dan berlari ke lif sebelum seorang lelaki menghantar mereka ke Hospital Kajang, dekat sini.
Ellina yang tenang sepanjang prosiding juga memberitahu, hubungan mangsa dengan tertuduh yang dipanggil ‘babah’ baik pada awalnya, iaitu semasa dia, ibu bapanya dan dua rakan ayahnya berpindah masuk ke rumah sewa tertuduh yang terletak di Bukit Jalil, dekat sini.
Hubungan itu berubah selepas dia, tertuduh dan mangsa berpindah ke rumah lain ekoran wujud salah faham yang timbul berkaitan kewangan antara tertuduh dan ayah Ellina yang semasa itu tidak bekerja.
“Tertuduh mula marah dan menampar anak saya atas kesalahan kecil. Mula-mula menggunakan tangan tetapi kemudian guna penyangkut baju dan pembaris. Kebanyakkannya masa saya bekerja. Anak saya akan mengadu apabila saya pulang,” katanya.
Tambah Ellina, dia juga ada melihat sendiri perbuatan tertuduh selain terdapat kesan lebam pada badan Aaliyah.
Mengenai hubungannya dengan tertuduh, Ellina memberitahu dia dan tertuduh berkenalan sekitar 2008, iaitu selepas dia bercerai dengan suaminya dan mengakui mereka tinggal bersama.
Tambahnya, Aaliyah merupakan anakmya bersama bekas suami Ayman Hussin. Mereka berkahwin pada tahun 2005 dan bercerai tiga tahun kemudian. Mohannad Taha yang masuk ke negara ini dengan menggunakan visa pelajar dibicarakan atas tuduhan membunuh Aaliyah pada antara pukul 7.30 dan 8.30 malam, 12 Oktober lalu di kediaman bernombor 9/D3/9 Palazzo Tower, Venice Hill Condominium, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, dekat sini.
Dia yang diwakili peguam J. Kuldeep Kumar kini berhadapan dengan hukuman mati jika disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah bersambung Selasa.
Kesian anak kecil ini. Diharapkan perkara diberikan tumpuan yang sewajarnya. Dan tindakan keras diambil terhadap tertuduh jika disabit kesalahan.
BalasPadamJanganlah dera anak-anak kecik. sungguh kesian mereka diperbuatkan sebegitu. Harap keluarga haruslah menyayangi dan memdidik mereka dan bukannya mendera mereka.
BalasPadamsangat menyedihkan...kanak-kanak sepatutnya dijaga dan dilindungi..tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pesalah.
BalasPadamKenapa warga asing ini sanggup melakukan perkara sebegini. Memang patut hukuman mati yang diterima oleh warga Sudan ini. Membunuh, mendera dengan sesuka hatinya, begitu kejam. Berikan hukuman yang berat kepada pesalah sebegini.
BalasPadamsungguh kejam, anak kecil didera sebegitu kejam, tertduh ini patut diberi hukuman berat, dia sungguh tak berperikemanusiaan
BalasPadam“Saya cemas. Saya dan tertuduh menangis selama lebih kurang 15 minit. Saya tengok anak saya dah tak bernafas. Tertuduh memberi bantuan pernafasan kecemasan,” tambah Ellina, yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan kedua dalam perbicaraan yang baru bermula Isnin.
BalasPadamMenangis selama lebih kurang 15minit???? Why waste time crying??? They should have quickly call the ambulance or drive her to hospital within the 15mins.
Ellina should also be charge guilty for helping to cover her bf's murder by suggesting that their "maid" is the one who abused her daughter. What kind of mom would let her daughter to die just like that and protect the man who killed her daughter? Imagine what they could have done in 15 mins time. Hopefully Mohannad Taha will get the punishment he deserve.
BalasPadammungkin kalau terus dihantar ke hospital, anak itu masih boleh diselamatkan. semasa ibu dan tertuduh sampai, anak itu masih hidup. hanya kerana takut diketahui yang tertuduh telah mendera anak itu, mereka sanggup membiarkan anak itu bertarung dengan maut. dalam hal ini, si ibu juga patut dikenakan tindakan.
BalasPadamtindakan terhadap kanak-kanak tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. hukuman yang tegas perlu diberikan kepada pesalah.
BalasPadamkenapa ibu kanak2 tersebut nak membela tertuduh yang terang2 mendera anaknya, ia seharusnya membawa terus anaknya ke hospital, ini tidak, dibiarkan anaknya hingga meninggal dunia. kedua mereka ini harus diambil tindakan tegas. sunguh malang nasib kanak2 tersebut memiliki ibu seperti ini.
BalasPadamSangat menyedihkan.. Tertuduh pasti akan mendapat balasan yang setimpal.
BalasPadamTiada rasa simpati terhadap kanak-kanak sehingga diperlakukan sebegini. Pihak berkuasa harus menjalankan siasatan kepada tertuduh kerana menyebabkan mangsa mati.
BalasPadamKes ini sama seperti kes-kes sebelumnya yang telah berlaku kerana kematian kanak-kanak disebabkan memberi kebenaran teman lelaki untuk menjaganya. Harap kes ini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada pesalah mengikut akta undang-undang perlingungan kanak-kanak 1991 yang telah ditetapkan.
BalasPadamTidak sepatutnya berlaku, kedua2 mereka harus dikenakan hukuman yang setimpal...
BalasPadamSetuju KORN... Buat apa buang masa lagi... Kalau betul sayangkan anak, tak perlu fikir pasal alasan kononnya mangsa dipukul oleh orang gaji. huhuhu
BalasPadamSetuju kili. Hal ni takkan berlaku kalau ibu mangsa tak biarkan anaknya didera sebelum ini. Naa sekarang menangis pun takda guna, bgs sumbat diri sendiri masuk penjara. huhuhuhu
BalasPadamKesian tu budak :(