Sistem Biometrik Di Setiap Pintu Masuk Negara Mulai Oktober
KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sistem biometrik akan dilaksanakan di setiap pintu masuk negara mulai Oktober ini bagi membolehkan identiti setiap pelawat ke dalam negara direkodkan dengan efisien.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pelaksanaan sistem itu juga dapat memastikan mereka yang dilarang memasuki negara dapat dikenal pasti, selain memudahkan gerakan penguatkuasaan secara menyeluruh.
Beliau berkata dengan pelaksanaan sistem biomterik ini juga, yang difahamkan tidak akan memakan belanja besar, para majikan tidak lagi sewenangnya dapat mengambil pekerja tanpa izin untuk bekerja dengan mereka.
Katanya satu pangkalan data majikan juga akan dibangunkan bagi merekodkan segala maklumat berkaitan majikan supaya pengambilan dan pengurusan pekerja asing oleh seseorang majikan itu akan dapat dibuat dari semasa ke semasa, khususnya ketika majikan memohon untuk mengambil pekerja asing baru.
"Dengan pemantauan dan kawalan rapi, masalah yang begitu kompleks boleh ditangani," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program "Countdown Famine 30 Hours" yang disertai 8,000 peserta dari kaum Cina dan India di Bukit Jalil di sini.
Bagaimanapun menurutnya dalam menangani masalah pekerja asing, ia memerlukan kerjasama di kalangan semua agensi yang terbabit dalam mengawal sempadan seperti imigresen, marin, dan tentera, selain kerjasama dua hala dengan unit penguatkuasaan negara-negara jiran.
-----
500 Penumpang Ke Nunukan Tersadai Enam Jam Di CIQ Tawau
Kira-kira 500 penumpang dan bertan-tan barangan kargo tersadai di pusat pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) sehingga enam jam berikutan penguatkuasaan peraturan baru melarang penumpang membawa barangan kargo ke dalam feri penumpang untuk ke Nunukan, Indonesia.
ini merupakan idea yang baik. sistem ini dikatakan efisen dan tidak melibatkan kos yang besar..
BalasPadambagus cadang biomterik ini, untuk menggelak kemasukan orang yang dilarang yang telah direkodkan masuk kedalam negara ini. harap biomterik ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
BalasPadamSemoga dengan cara ini, kita boleh merekod semua orang yang masuk negara kita.
BalasPadamWith the number of people going in & out is increasing everyday, there's a good chance that one or two of these people are wanted criminals or terrorist in their country...using this kind of method will surely can make the law enforcement task even easier in monitoring the in & out going traffic of people...
BalasPadamsatu cadangan yang sgt baik, ia memudahkan kerajaan memantau kedatangan warga asing ke negera kita.
BalasPadamharap para pekerja tanpa izin yang telah disenarai hitam akan mudah untuk dikesan dan dikenal pasti dengan adanya biomterik ini. Ini akan mengurangkan pendatang tanpa izin di malaysia.
BalasPadamsaya sangat setuju penggunaan teknologi ini disetiap pintu masuk negara. sistem biometrik bukan lagi merupakan satu sistem yang baru bagi industri teknologi yang mana ia telah diterima pakai di pelbagai negara dalam menuju era teknologi siber. teknologi ini sangat berkesan untuk tujuan pengenalan dan pembuktian.
BalasPadamdgn ini, kita dpt mengesan kemasukan pendatang asing ke negara kita, selain itu, ia juga memudahkan kerajaan mengawal kemasukan pekerja asing. hrap sistem ini dpt dilaksanakan dengan segera.
BalasPadamA new method..finally...something new come out.. well, we'll see if this kind of tech can help us solving the issue...
BalasPadamWaa sokong sangat idea ni. Dengan adanya sistem ni saya yakin masalah pati dan masalah yang berkaitan denggannya dapat ditanggani dengan lebih baik.
BalasPadamSo, all the best Gov. Rakyat pasti menanti-nantikan hasil yang cemerlang daripada penggunaan sistem ini :)
BalasPadam