KUALA TERENGGANU 16 Ogos – Mangsa simbahan asid, Che Ku Zaimah Che Ku Awang bimbang dengan masa depan dua anaknya yang cedera parah ekoran perbuatan bekas suaminya yang juga bapa mereka sendiri, awal pagi semalam.
Che Ku Zaimah, 28, dalam keadaan sugul menyatakan sukar baginya membayangkan nasib anak keduanya, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalib, 8, dan anak bongsunya, Mohd. Irfan Firdaus, 2, yang cedera di muka dalam kejadian itu.
Katanya, Nurul Dahyatul Fazlinda yang cedera teruk di muka dan dada sudah boleh membuka matanya serta mengenal warna dan sebagainya.
“Kami bertiga akan menjalani pembedahan lanjut untuk merawat luka disimbah asid ini esok.
“Doktor memaklumkan akan membuang dan menggantikan kulit yang rosak akibat terkena asid ini,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, hari ini.
Che Ku Zaimah Che Ku Awang memeluk anaknya, Mohd. Irfan Firdaus (kanan) sambil mengusap kepala Nurul Dahyatul Fazlinda dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, semalam.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud turut meluangkan masa melawat Che Ku Zaimah dan dua orang anaknya itu.
Che Ku Zaimah bersama dua anak dan ibunya cedera terkena simbahan asid awal pagi semalam gara-gara bekas suaminya yang juga penagih dadah berang kerana gagal mendapatkan RM30 yang diminta.
Wanita yang berniaga secara kecil-kecilan di pasar itu berkata, dia nekad tidak akan kembali dengan bekas suaminya itu dan tetap meneruskan proses perceraian mereka.
“Tadi saya bertanya kepada Nurul Dahyatul Fazlinda yang sangat rapat dengan bapanya itu, adakah dia sayang lagi dengan bapanya, dia menggelengkan kepala,” ujarnya.
Che Ku Zaimah berkata, dia sudah menyediakan sedikit persiapan bagi menyambut Aidilfitri sebelum ini tetapi dalam keadaan sekarang, mereka mungkin terpaksa melupakannya.
Dalam pada itu, Ahmad yang begitu terharu menyatakan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa empat beranak tersebut.
“Haiwan ganas seperti singa dan harimau pun sangat menyayangi anak mereka. Inikan pula kita sebagai manusia,” katanya.
-----
“Masa di padang bola, saya rasa khayal dengan dadah dan ‘stout’ yang diambil dan tidak berapa ingat apa yang saya buat.
“Saya langsung tidak ingat saya pijak atau tendang (Syafiah Humaira) Piah.
perbuatan yang sungguh kejam, inilah akibat buruk mengambil dadah, sehingga sanggup mencederakan isteri dan anak2. malah ada yang sanggup membunuh.
BalasPadamThis is why it's not good to take drugs. Not only it can harm your health but could also make you harm your the people closes to you without you realizing it.
BalasPadamhanya kerana dadah, manusia hilang pertimbangan diri malah bertindak melampaui batas2 kemanusiaan. kalau gejala pembuangan bayi boleh dikenakan hukuman berat, penagih juga perlu dikenakan hukuman yang sama terutamanya mereka yang melakukan keganasan rumah tangga atau setaraf dengannya.
BalasPadamdadah sepatutnya dijauhi kerana ianya boleh menyebabkan seseorang itu bertindak kejam dan di luar kawalan. akibatnya, isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa.
BalasPadamkepada semua, jauhi lah dadah.....
Once you take drugs, ur life will slowly goes down into the drain. What a waste!
BalasPadamSendiri mau ingat...!!! bukan tidak ada panduan hidup, sendiri yang buat pilihan, dan perbuatan ini tidak boleh dimaafkan, kalau yang kes pertama, saya rasa c ayah perlu menjalani pernjara seumur hidup dan kalau kes kedua yang mana telah berlaku pembunuhan, baik digantung sampai mati...
BalasPadamsungguh teruk pengaruh dadah ni, sehingga ia boleh mendorong seseorang untuk berkelakuan ganas terhdap ahli keluarga sendiri. kita harus jauhilah dadah. ia memberi kesan amat buruk kepada kita dan orang lain.
BalasPadambinatang pun tahu sayangkan anak mereka. Binatang yang tidak ada pemikiran boleh buat, kenapa yang manusia ada fikiran tergamak membuat perkara sebegini. sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan langsung. Bagi hukuman yang setimpal dengan kesalahan. Biar pesalah itu rasa sendiri. kalau tidak, cuba bagi pesalah itu rasa kena simbah asid. macamana rasanya..
BalasPadamini lah kesan daripada pengambilan dadah, sehingga sanggup mencederakan anak sendiri. dadah patut dijauhi..
BalasPadamSimpati terhadap ibu dan anak. Seorang bapa tidak sepatutnya bertindak sedemikian. Sedangkan binatang pun ada perasaan, apatah lagi manusia. Semoga adik Nurul Dahyatul cepat sembuh.
BalasPadamperbuatan yang kejam dari seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi keluarganya...diharap agar hukuman yang berat dijatuhkan ke atas pesalah agar menjadi pengajaran bagi orang lain...
BalasPadamkeganasan seperti ini harus dibanteras demi keselamatan orang ramai..
BalasPadamharus diingat bahwa dadah membawa padah..
BalasPadamdiharapkan agar mangsa akan sembuh sepenuhnya..pihak berkuasa haruslah bertindak seadil-adilnya di mana kanak2 dijadikan mangsa..
BalasPadamMemang tidak boleh dimaafkan, kesian anak-anak dan isteri. Mujur masih sempat diselamatkan, tapi pasti ada trauma yang akan dialami oleh mereka, diharapkan mereka diberikan kaunseling yang sewajarnya dan tindakan tegas dikenakan kepada bapa yang tidak bertanggungjawab ini.
BalasPadam