Ibu Bapa Empat Remaja Simbah Cat Pada Surau Mohon Maaf
SEOW WEI (kiri), Kok Foo (dua dari kiri), Foong Kuen (kanan) dan Teck Ai (dua dari kanan) bersalaman serta memohon maaf kepada Mohd. Hasbi (tengah) berhubung kes menyimbah cat di Surau Taman Pulai Impian, Sikamat semalam. Turut kelihatan Chai Thiam (tiga dari kiri).
SEREMBAN, 26 Ogos (Bernama) -- Ibu bapa kepada empat remaja yang dikaitkan dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol arak pada surau di Taman Pulai Impian, Sikamat, pada Isnin lepas, pada Khamis memohon maaf kepada jawatankuasa surau dan masyarakat Islam akibat perbuatan anak mereka itu.
Cheng Kok Foo, 38, Wong Seow Wai, 43, Loh Teck Ai, 53 dan Leong Foong Kuen, 53, masing-masing memohon maaf dan bersalaman dengan pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, dalam satu pertemuan anjuran MCA Negeri Sembilan di surau itu pagi Khamis.
Yang turut hadir Pengerusi MCA Negeri Sembilan Datuk Dr Yeow Chai Thiam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Panchor Jaya, Arshad Jawi.
Ibu bapa kepada empat suspek itu memohon maaf kepada seluruh umat Islam, khasnya di taman perumahan itu, di atas perbuatan anak mereka yang telah menyinggung perasaan umat Islam.
Mereka melahirkan rasa kesal dan dukacita dengan kejadian itu yang mereka anggap sebagai satu kesalahan besar.
Mohd Hasbi pula berkata beliau dengan rasa hati terbuka menerima permohonan maaf itu.
"Saya harap selepas ini mereka dapat membentuk dan mengubah sikap anak mereka agar perkara ini tidak berulang. Nasihatkan mereka jalan yang benar terutama sekali dalam soal agama kerana ia cukup sensitif," katanya.
Katanya beliau menghormati usaha yang dilakukan oleh MCA kerana ia telah dapat meredakan ketegangan kaum.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku ke atas mana-mana rumah ibadat. Isu ini adalah isu sensitif yang telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini," katanya.
Yeow berkata beliau merasa bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan.
"Demi perpaduan kaum, saya telah mengatur pertemuan ini agar mereka yang terlibat memohon maaf. Perkara ini berlaku kerana empat suspek terbabit tidak faham dan tidak sangka perkara ini sensitif. Ini adalah satu pengajaran agar kita sentiasa meningkatkan perpaduan di antara kaum," katanya.
Yeow berkata MCA akan menganjurkan majlis berbuka puasa Jumaat ini di surau tersebut di mana kira-kira 500 jemputan dari pelbagai kaum dijangka hadir.
Selasa lepas, polis menahan empat remaja berusia 16 dan 18 tahun untuk membantu siasatan polis berhubung kejadian itu. Mereka kini ditahan reman selama empat hari.
Marilah kita sama2 menyemarakkan 1Malaysia, dan hidup dengan harmoninya.
BalasPadamItu yang penting bermaaf-maafan kita antara satu sama yang lain. itu adalah tindakkan yang terbaik untuk semua.
BalasPadamharap ini pengajar kepada 4 remaja 16 hingga 18 tersebut. jangan ulangi lagi perkara sebegini, dan ibu bapa haruslah mendidik mereka kejalan yang benar.
BalasPadamperpaduan kaum perlu dipelihara. adalah menjadi tanggungjawab setiap warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan negara. semoga selepas ini tiada lagi kes seperti ini berlaku.
BalasPadamsoal agama ini adalah begitu sensitif. Oleh itu, jangan permainkan agama orang dan hormatilah dengan agama orang lain walaupun itu bukan agama kita.
BalasPadaminilah adat Malaysia yang patut ditonjolkan. mengakui kesilapan dan saling memaafkan antara satu sama lain..
BalasPadamBerani buat berani tanggung dan berani bersuara...
BalasPadamJika pergaduhan ini berterusan tidak ada yang untung jadi sikap bermaaf-maafan ini harus dicontohi...tidak kira kita berada di mana pun
BalasPadammemaafkan kesalahan orang lain itu perkara mulia, harap ini menjadi pengajaran kepada kita agar jgn melakukan sesuatu yang menyinggung agama lain. kita kena saling hormat menghormati.
BalasPadamMemang perlu berubah sikap mereka. Masih begitu muda lagi sudah bersikap begitu.
BalasPadamOrang Cina pulak berbuat begitu. Manalah semangat 1Malaysia??
BalasPadamKenapalah nak buat begitu? Bukankah Malaysia negara yang bebas beragama??
BalasPadamDuii nakal betul budak zaman sekarang ni... Kesian dengan parents dorang, terpaksa tanggung malu. huhuhu
BalasPadamAdii ba si Tanpa Nama... Jangan la bah kasi kait sama bangsa... Semua orang pun buat silap ba, tak kira apapun bangsa dorang asalkan dorang sanggup minta maaf kira OK la tu.
BalasPadamSedangkan Nabi pun ampunkan umatNya; inikan pula kita sebagai manusia biasa ka. hehe
Saya puji juga la parents dorang yang sanggup tampil minta maaf. Harap hal ni jadi pengajaran.
BalasPadamBerani meminta maaf dan kesanggupan untuk memaafkan memang sikap terpuja :)
BalasPadamMalaysia juga la. hehhee
Semoga hal ni tak diperbesarkan lagi. Yang da lepas tu, biarkan ja berlalu k.
BalasPadambegitulah yang sebaik-baiknya...memohon maaf adalah amalan yang mulia..
BalasPadamtindakan ibu bapa remaja terbabit adalah satu tindakan yang rasional..kita haruslah bertindak dengan rasional dan bukan berdasarkan kepada emosi.
BalasPadamapa yang penting adalah keharmonian antara pelbagai kaum dan agama di negara kita harus dijaga...bukan sahaja golongan pemimpin tetapi juga rakyat jelata..
BalasPadamdiharapkan agar setiap rakyat di negara kita faham akan perkara2 yang dikategorikan sebagai sensitif...perkara2 sensitif tidak seharusnya dipandang ringan kerana boleh memudaratkan rakyat dan negara..
BalasPadamdiharapkan juga agar perkara seumpama tidak berulang lagi..adalah tidak wajar dan tidak patut dilakukan perbuatan sedemikian pada mana2 rumah ibadat bagi mana2 agama...
BalasPadamsemoga peristiwa tersebut menjadi teladan bagi kita semua..harus diingat bahawa masyarakat kita mempunyai latar belakang yang berbeza...perbezaan ini seharusnya kita jadikan sebagai kekuatan kita seiring dengan konsep 1Malaysia..
BalasPadamsyukurlah jika perkara ini telah selesai, harap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. setiap kaum dan agama kena saling hormat dan menyayangi.
BalasPadamThink before you act. I'm so sorry for the parents.
BalasPadamPerkara ini bukan sengaja nak membangkit isu sensitif perkauman, hanya perbuatan nakal daripada beberapa orang budak sahaja. Sakarang ibu-bapa dah meminta maaf, maka tidak perlulah terus membesarkan isu ini.
BalasPadamAlahai, budak budak semua tu cuma nak perhatian saja. Tapi yang parah adalah ibu bapa mereka. Anak anak muda skrg memang patut diajar dengan lebih keras.
BalasPadamForgive and forget.. that's how it suppose to be. Hopefully these teenagers will learn from their lesson.
BalasPadamDiharapkan perkara menyimbah cat pada surau tidak akan diulangi lagi oleh sesiapa sahaja kerana ia hanya akan membangkitkan isu perkauman dan agama.
BalasPadamGlad this issue is solve. Everyone should practice 1Malaysia concept. All races should unite and live in harmony. Learn to tolerate and respect each other race and religion.
BalasPadamDon't worry. It will be gone unless no one is there to fire this issue up again.
BalasPadamTindakan bodoh hanya memudaratkan orang yang di sisi anda.Cari lah hobi yang sesuai dan bukannya merosakkan harta benda awam.
BalasPadamIt's tarnishing their goodwill.
BalasPadamsaya harap tidak ada ahli2 politik yang mengambil kesempatan atas isu ini. isu yang sudah selesai biarkan berlalu..
BalasPadamAt least the parents apologize on behalf of their kids unlike some, denial mode is on.
BalasPadam