Jabatan Tanah Sabah Digesa Bertindak Ke Atas Syarikat Ceroboh Tanah
KOTA MARUDU, 13 Ogos (Bernama) -- Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menggesa Jabatan Tanah dan Ukur Sabah agar bertindak segera terhadap aduan sebuah syarikat menceroboh dan memusnahkan tanah milik penduduk kampung di sini.
Ongkili berkata tanah adat itu diusahakan 150 keluarga sejak sekian lama dan ditanam pokok getah serta tanaman lain yang kini mengeluarkan hasil.
"Kini tanah itu dicerobohi oleh sebuah syarikat yang mendakwa mendapat kebenaran untuk membangunkan tanah seluas 1,768 hektar tersebut.
"Saya gesa jabatan tanah ambil tindakan sewajarnya secepat mungkin kerana laporan mengenai kes ini telah dibuat sejak setahun lepas," katanya kepada Bernama di sini.
Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian selepas melawat kawasan terbabit meliputi Kampung Soniton Ulu, Kampung Lingkobungan 1 dan Kampung Bombong 1 di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata isu itu timbul kerana tanah adat tersebut bertindih dengan satu kawasan lain yang didakwa telah diluluskan untuk pembangunan, menyebabkan syarikat berkenaan membersihkan kawasan terbabit bagi membuka ladang kelapa sawit.
Ongkili berkata pemaju juga sewajarnya mempertimbangkan kebajikan penduduk kampung yang bergantung hidup kepada tanah berkenaan.
"Saya harap masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin dan penduduk tidak harus berkorban untuk sesuatu yang sememangnya hak mereka," kata beliau.
----
Dept urged to act against intruding firm
"The land has been toiled for years by about 150 families.
However, it has been intruded by the company which claims it has been given approval to develop 1,768 acres.
"I call on the Land and Survey Department to take the necessary action as the case has been reported to it one year ago when surveying was being done.
However, no action has been taken,"
Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
tanah adat harus menjadi hak penduduk setempat yang telah mengusahakan tanah tersebut bertahun-tahun. ia tak harus diserahkan kepada mana pihak atau syarikat dgn begitu mudah, kepentingan penduduk setempat harus diambil kira, harap jabatan tabah dan ukur akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kebajikan penduduk setempat terjaga.
BalasPadamjabatan tanah harus bertindak jika benar terdapat pencerobohan seperti yang dikatakan.
BalasPadamtanah adat yang diusahakan oleh penduduk adalah hak penduduk. lagipun ianya melibatkan banyak keluarga. kepentingan penduduk patut menjadi keutamaan.harap langkah sewajarnya dapat diambil.
BalasPadampenduduk kampung lebih berhak keatas tanah itu, saya harap wakil rakyat, pegawai daerah dan pihak jabatan tanah dan ukur campur tangan dalam hal ini dan mengambil langkah segera bagi melindungi kepentingan penduduk yang terlibat.
BalasPadamsekiranya tanah itu belum dibangunkan, ambil tindakan segera untuk merampas semula tanah itu. tetapi sekiranya telah dibangunkan, syarikat itu wajib membayar pampasan tanah dan tanaman kepada setiap penduduk kampung yang terlibat.
BalasPadamPerkara ini memerlukan tindakan serta merta, dan diharapkan semuanya berjalan lancar.
BalasPadamFurther investigation is needed and hopefully it can all be solved peacefully. Maybe a win-win situation can be negotiated between them.
BalasPadamJabatan Tanah dan Ukur mesti menyelesaikan masalah ini secepat yang mungkin. Betulkah kelulusan telah diberikan kepada syarikat penceroboh itu. Siasatan perlu dilakukan secepatnya, kerana ini melibatkan 150 keluarga yang telah mengusahakan tanh tersebut sudah sekian lama seperti penanaman getah dan juga memberikan hasil kepada mereka.
BalasPadamPemaju itu seharusnya mempunyai perasaan mempertimbangkan kebajikan penduduk kampung yang bergantung hidup kepada tanah berkenaan. Ini Pemaju itu rakus dengan ketamakan mereka tanpa memikirkan hal penduduk kawasan tersebut.
BalasPadamJika ada cara lembut gunakan cara lembut untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak bermoral seperti pergaduhan yang melibatkan nyawa, perbincangan adalah antara cara terbaik.
BalasPadamamat mengewakan jika penduduk yang telah bertahun mengusahakan tanah tersebut tiba2 tanah mereka dirampas oleh syarikat pemaju. ini adalah satu ketidak adilan, pihak berkuasa perlu ambil tindakan dan kepentingan penduduk perlu dijaga, mereka lebih berhak terhadap tanah tersebut.
BalasPadampekara ini perlu disiasat. tanah adat amat penting kepada penduduk. tanah tersebut telah pun diusahakan oleh penduduk dan sewajarnya kepentingan penduduk dijaga.
BalasPadammemandangkan masalah ini telah lama berlarutan, diharapkan dengan tersiarnya kenyataan ini akan dapat menarik perhatian pihak yang berkenaan dan seterusnya mengambil langkah2 penyelesaian segara yang menyebelahi tuntutan penduduk kampung.
BalasPadamCome on, where are the rules?
BalasPadamLaporan mengenai kes ini telah dibuat sejak setahun lepas, kenapa jabatan tanah masih belum sebarang tindakan mengenai kes ini?Diharapkan pihak yang bertanggung jawab mengambil perhatian terhadap kes ini.
BalasPadamApa yang berlaku menggambarkan sikap acuh tak acuh sesetengah pihak. Hal ini harus dibendung dengan segera.
BalasPadamMana-mana syarikat tidak patut mencerobohi tanah sesuka hati. Saya harap masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin.
BalasPadamhal ini perlu diambil tindakan segera, ia melibatkan kepentingan penduduk yang telah lama mendiami tanah tersebut. takkn nak biarkan tanah itu dirampas sewenang-wenangnya.
BalasPadam....beliau berkata isu itu timbul kerana tanah adat tersebut bertindih dengan satu kawasan lain yang didakwa telah diluluskan untuk pembangunan, menyebabkan syarikat berkenaan membersihkan kawasan terbabit bagi membuka ladang kelapa sawit...
BalasPadamIsu ini perlu disiasat dengan lebih teliti. Diharapkan isu ini tidak biarkan lama.Selesaikan isu ini secepat mungkin.
Land trespassing is a serious offense. Land And Survey Dept should investigate if such thing ever happen instead of turning a blind eye.
BalasPadamJabatan tanah dan ukur telah mengesahkan bahawa memang wujudnya pencerobohan tanah di situ.
BalasPadamI hope the culprit will be executed.
BalasPadamKebenaran telah terungkai.Tahniah.
BalasPadam