Raja Muda Puji Hasrat Kaji Semula Kaedah Nilai Pelajar
IPOH, 1 Julai (Bernama) -- Hasrat kerajaan mengkaji semula kaedah penilaian pelajar sekolah sangat bertepatan dan dapat membantu melahirkan barisan warga muda yang lebih inovatif dan lebih kreatif, titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah.
Baginda bertitah hasrat untuk menerokai formula yang difikirkan dapat membantu melahirkan barisan warga muda yang lebih inovatif dan kreatif, membenarkan berlakunya perkembangan pemikiran lateral serta mengiktiraf bahawa anak-anak mempunyai pelbagai bakat dan minat.
"Minat dan bakat itu kini diakui wajib dibantu pertumbuhannya. Pemikiran itu sangatlah bertepatan. Sekolah hendaklah menjadi tapak semaian yang membolehkan semua pohon dapat membesar dan semua bakat dapat berkembang," titah baginda semasa merasmikan Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya, Hulu Kinta di sini pada Khamis.
Raja Dr Nazrin bertitah dalam hasrat melakukan pembaharuan amatlah penting ia dilaksana dengan kaedah yang betul dan disusuli persiapan yang lengkap.
"Amatlah penting diambil pengajaran dari kesilapan masa lalu supaya pisang tidak berbuah dua kali...beberapa tahun lalu hasrat untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris adalah hasrat yang betul namun apabila ia tidak dilaksanakan dengan kaedah yang betul dan persiapan yang lengkap, maka berlakulah percanggahan yang membawa penentangan," titah baginda.
Baginda bertitah pelajar yang inovatif, kreatif dan berfikiran lateral tidak mungkin dapat dicanai di bawah asuhan tenaga pengajar yang tidak berfikiran demikian, yang tidak berfikiran terbuka, "regimented" serta yang melalui proses belajar dan mengajar yang terlalu rigid dan terlalu berstruktur.
"Perancangan yang rapi adalah penting sementara pelaksanaan pula biarlah dilakukan secara berperingkat dan bukannya terlalu terburu-buru," titah baginda.
Baginda bertitah anak-anak dan ibu bapa wajib dilindungi daripada menjadi mangsa kepada perancangan yang kurang masak dan tenaga pelaksanaan yang kurang lengkap.
"Biarlah kita bersedia mengamalkan semangat berjagung-jagung dahulu sementara menantikan pada masak, sikit-sikit akhirnya jadi bukit," titah baginda.
Raja Dr Nazrin juga bertitah program pelajaran anak-anak adalah terlalu penting untuk membolehkan kesilapan berlaku.
"Satu kesilapan di peringkat atas akan menjejaskan ribuan insan di peringkat bawah. Biasanya yang menjadi mangsa utama adalah golongan rakyat berpendapatan rendah yang meletakkan sepenuh harapan serta setinggi kepercayaan kepada kerajaan. Kepentingan mereka dan masa depan anak-anak mereka wajib dilindungi setiap masa," tegas baginda.
----
PPSMI (19 Julai 2002 - 8 Julai 2009)
Isu Kewajaran UPSR Dan PMR Diputuskan Tahun Ini, Kata Muhyiddin
diharapkan kerajaan tidak tergesa-gesa melaksanakan cadangan ini.. kerajaan perlu mengkaji dan membuat perancangan yang teliti bagi memastikan cadangan ini benar-benar berkesan.
BalasPadamMore considerations should be made. And an advice to the government, don't make too much changes at one time, we must take caution in making changes and have constant monitoring to ensure that it is working well.
BalasPadamIt is all up to the government to do what is best for the country.
BalasPadamkerajaan kena meneliti perkara ini dngn mendalam sebelum memansuhkan UPSR dan PMR, diharap jika ia dilaksanakan ia tidak seperti pelaksanaan PPSMI. ia haruslah berterusan.
BalasPadamAnak dia, dia antar p luar negara pas tu rakyat dia belajar saja d malaysia. jadi kenapa mau sibuk2 pasal pendidikan d cni nie muhiddin???? Baik ko ka c peruntukan yang banyak untuk bina sekolah daripada ko bising2 mau hapus itu ini yang selama ini tidak pun ada effek negative!!!! apa hal dia tiba2 mau mansuh oooo???? olang macam ini pun ada ka? susah la macam ini. Sudah tidak ada kerja lain terlampau free mau fikir benda yang tidak banyak effek sama urang2 kampung... kamu lihat la olang2 kita jadi palui2 belaka 2 nanti...
BalasPadamif this is the way to improve the effectiveness of our education, why not.. we will never know the result if we never try to do it..
BalasPadamGovernment will need to take into consideration of all sides in order to avoid conflict. There's no need to rush into making decision. I trust the government will make the right decision.
BalasPadamkerajaan sudah pasti akan membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. oleh itu, cadangan dan sebagainya boleh dikemukan untuk kerajaan dan kerajaan cuba untuk mempertimbangkannya.
BalasPadamMalaysian students are used to exams so it will be very hard to scrap the both exams.
BalasPadamkerajaan cuma mahu membuat keputusan yang terbaik untuk rakyatnya. sekiranya bantahan terlalu banyak mungkin keputusan memang susah untuk dilaksanakan.
BalasPadamI think the government should know what they want from all of this. Don't just consider and think about it. Try and find the best solution for all of this.
BalasPadamAnything can be change, but the thing is there are too many things need to be consider. I have no problem to this matter but better if review it again.
BalasPadamItu harus dijdikan iktibar. Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.
BalasPadamSaya berharap agar kerajaan kaji hal ni sedalam mungkin sebelum membuat sesuatu keputusan. saya sememangnya menyokong setiap pilihan kerajaan asalkan ia adalah yg terbaik utk semua pihak :)
BalasPadamApapun sama2 lah kita tengok apa kejadiannya nanti. Saya yakin kerajaan pasti akan dgr dan mempertimbangkan suara rakyat sebelum memutuskan sebarang keputusan:)
BalasPadampemansuhan pmr dan upsr adalah berpatutan kerana telah banyak bukti menunjukkan bahawa ujian besar ini hanya berupaya melahirkan insan yang 'menghafal'dan ia langsung tidak menghargai mereka yang aktif bersukan dsb. dan ramai juga yang aktif sukan...kecundang dalam pelajaran. saya setuju jika pelajar seawal dari peringkat rendah diajar untuk lebih kreatif dan berinovasi.
BalasPadamsemua pelajar ipta yang terhasil sekarang ini adalah tidak kreatif, kebanyakan lemah dalam bahasa inggeris dan tidak memiliki 'soft skills'. dan ia memberi implikasi besar terhadap peluang pekerjaan pelajar yang sekarang ni memerlukan demand yang tinggi terhadap mereka yang memiliki kebolehan dalam akademik tetapi juga memiliki kebolehan lain seperti 'leadership', 'team work', 'independent' dsb...semua ini memerlukan perancangan seawal peringkat rendah...
BalasPadamPengajian serta pertimbangan perlu dilakukan dahulu sebelum apa-apa cadangan dilaksanakan.
BalasPadamI just want to wait for the final decision. I'm tired of discussing this issue.
BalasPadam