Kementerian Dalam Negeri Teliti Kes Penduaan MyKad Di Sabah
KOTA KINABALU, 12 Jun (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti isu penduaan MyKad di Sabah walaupun bilangan kes seperti itu dilaporkan tidak serius.
Ketua Setiausahnya Datuk Seri Mahmood Adam, ketika mendedahkan perkara itu, berkata wujud insiden di mana berbilang individu didapati memiliki lebih daripada satu kad pengenalan Malaysia yang sah dengan nombor identiti yang sama.
"Di Sabah, isu bukan pemalsuan MyKad tetapi ada beberapa kes di mana kad pengenalan sama dimiliki oleh lebih seorang individu dan kita tidak dapat pastikan siapa pemilik asal.
"Kami tidak tahu apa yang berlaku dan bagaimana perkara ini terjadi tetapi kami sedang menyiasat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dialog mengenai Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di sini.
Mahmood berkata pihkanya menjalankan satu operasi untuk menyeklesaikan isu itu dan pihak berkuasa relevan sudah mula mengumpul data mengenai pemilik MyKad yang terbabit.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sehingga tahun ini, kerajaan telah memebelanjakan sejumlah RM10 bilion untuk mengeluarkan MyKad sejak kad pintar berteknoloji cip itu diperkenalkan pada tahun 2000.
Kecanggihan MyKad itu adalah antara kad pengenalan diri terbaik di dunia di mana negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom belum mempunyai sistem tersebut.
Dalam perkembangan lain, katanya sejak pengumuman Januari lalu bahawa 250,000 rakyat Malaysia berusia 12 tahun ke atas masih belum memohon MyKad, namum tidak ramai yang tampil untuk memohon kad pengenalan diri itu.
Mahmood berkata kementerian telah mengambil langkah mendapatkan bantuan pemimpin komuniti tempatan seperti ketua kampung dan tuai rumah panjang serta mengadakan lawatan ke sekolah bagi mendaftar pelajar yang masih belum memohon MyKad.
Ditanya sama ada pihak berkuasa bercadang mengenakan denda kepada mereka ang belum memohon MyKad mengikut masa, katanya langkah seperti itu bertentangan dengan slogan "Rakyat Didahulukan.
Masyarakat dan kerajaan lebih suka kepada pendekatan mesra, katanya.
saya belum pernah dengar kes seperti ini di Sabah. namun sekiranya telah ada aduan, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa kes ini telahpun berlaku.
BalasPadamdiharapakan pihak berkuasa giat menjalankan siasatan bagi menjejaki pihak yang bertanggungjawab melakukan aktiviti2 pengklonan. jika ini berterusan, lebih ramai PATI yang bakal memiliki MyKad yang sah.
BalasPadamsaya harap pihak berkuasa dan JPN dapat berkerjasama bagi menangani masalah ini dengan kadar segera. berkenaan dengan rakyat tempatan yang masih belum memiliki MyKad, diharapkan pemimpin komuniti dapat memainkan peranan seperti yang telah disarankan oleh kementerian.
BalasPadampenduaan myKad di sabah merupakan satu kes yang serius..hal ini boleh mengundang masalah2 lain seperti pemalsuan identiti, jenayah dan sebagainya..pemilik sebenar nombor kad pengenalan harus dipastikan kesahihannya..diharap siasatan daripada pihak berkenaan akan dapat menyelesaikan masalah ini...
BalasPadamkerjasama di antara pihak JPN serta pemimpin2 komuniti tempatan dan institusi lain seperti sekolah adalah perlu bagi membolehkan mereka yang belum memohon MyKad atas sebab2 tertentu seperti jauh dari pusat JPN terdekat, dapat didaftarkan..semoga kerjasama seumpama dipanjangkan untuk mengatasi masalah2 lain yang dihadapi oleh komuniti tempatan khasnya di kawasan pedalaman..
BalasPadampemalsuan mykad ini lazimnya dilakukan oleh PATI di Sabah. siasatan perlu dilakukan bagi menjejaki pihak yang trlibat dalam aktiviti ini. walaupun ia belum lagi serius di sabah. ia perlu dibendung lebih awal
BalasPadamdalam kes ini, pihak berkuasa haruslah memantau dan mengambil lebih serius dalam menangani kes ini.
BalasPadamkerjasama antara semua pihak adalah amat diperlukan untuk menangani masalah serius ini. jangan masaalh ini akan menjadi masalah yang besar kepada negara kelak. oleh itu, pemantauan haruslah di buat untuk memastikan kebenaran dalam hal ini.
BalasPadammasalah Mykad ini memang patut ditangani. kenapa ada 2 mykad atas 1 nama???jadi siapa yang salah di sini. oleh itu, pihak berkuasa haruslah mengambil serius dalam hal ini. terutamanya JPN yang menguruskan pengeluaran Mykad ini. harap kerajaan dan pihak berkuasa dapat menyelesaikan masalah ini.
BalasPadamperkara ini belum serius lagi di sabah, tapi harap perkara ini dapat ditangani dengan cepat dan cakap sebelum ia menjadi satu perkara yang sangat serius pada masa akan datang.
BalasPadammengklon mykad ni adalah satu kesalahan, siasatan perlu dibuat bagi mengenalpasti mengapa ia trjadi dan adakah wujud sindiket seperti ini di Sabah. bagi yang belum memohon mykad tu.. pohonlah dengan segera!
BalasPadamIni suatu kesalahan yang amat serius, kerajaan perlu menyiasat dan mangambil tindakan terhadap kes seperti ini.
BalasPadamwalaupun isu pengklonan mykad ini belum serius di Sabah, ia perlu dipantau dan dibendung dengan segera. ia boleh mendorong kepada pelbagai masalah.
BalasPadamSurveillance and monitoring on this matter should be done by now and at least by doing so, it can be controlled before it cause more troubles and problems and getting out of hand.
BalasPadamHurm, saya rasa dalang disebalik pengklonan MyKad patut dicari, disiasat dan dipenjarakan. Orang sebegini adalah pengkhianat bukan setakat terhadap negeri, malah terhadap negara juga.
BalasPadamThis is a serious issue and requires immediate actions.
BalasPadamSemakin-hari, semakin teruk, harap tindakan tegas akan diambil secepat mungkin.
BalasPadamReally?Show me.
BalasPadamMyKad klon? Setahu saya, warga2 PTI di Tawau pandai berbuat demikian.
BalasPadamThis issue is yet to put to rest. Thorough investigation is needed, indeed. I don't want PTI to be labeled as SABAHANS, for god's sake.
BalasPadamMohon dicepatkan penyiasatannya.
BalasPadammaybe we need to be more careful when giving our ic no to anyone which is suspicious looking. everything can be cloned even human being.
BalasPadamSemenjak Mahkamah mengambil alih proses pendaftaran lewat sijil lahir (Endorsment) khususnya di Sabah, ramai PATI2 yg telah dikesan memalsukan dokumen dan telah didakwa di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001 dan 2007). "Sesiapa yang memiliki dan menggunakan MyKad palsu mengikut peraturan 25 (1) boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun ATAU denda tidak melebihi RM20,000 ATAU kedua-duanya sekali."
BalasPadamInilah masalah yang asyik membebani Sabah.
BalasPadamjpn sabah patut lebih tegas dlm hal ni jgn ambil ringan adik spupu sya adalah salah sorg mangsa kes. ni umur dia dah24thskrg ni masi tiada jwpan dari jpn bosan suda kami mengurusnya
BalasPadamHarap-harap masalah MyKad Klon ini dapat diselesaikan.
BalasPadam