Selasa, Jun 01, 2010

MAXIS CATAT KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI SUKU PERTAMA RM765 JUTA

Maxis Catat Keuntungan Sebelum Cukai Suku Pertama RM765 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Maxis Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM765 juta dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2010, berbanding kerugian sebelum cukai RM17.0 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan syarikat itu meningkat kepada RM2.152 bilion daripada RM1.778 bilion sebelumnya.

"Kami melebarkan penerajuan pasaran kami dengan bahagian penambahan bersih kira-kira 46 peratus bagi suku tersebut yang membawa bahagian pasaran terkumpul kami kepada 40.9 peratus," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Sandip Das dalam satu kenyataan hari Isnin.

Beliau berkata momentum pertumbuhan Maxis dalam pendapatan bukan suara berterusan apabila pengguna internet mudah alih meningkat 1.2 juta kepada 6.4 juta dalam suku pertama, dengan peningkatan besar dalam bahagian pelanggan mengakses internet daripada peranti mudah alih.

"Keseluruhan permintaan bagi jalur lebar terus menggalakkan dan kami menyelaraskan perniagaan dan organisasi kami untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi bersepadu dan penyelesaian sehenti kepada pelanggan kami pada nilai baik," katanya.

Jumlah langganan mudah alih syarikat itu berkembang sebanyak 1.4 juta atau 13 peratus kepada 12.7 juta pada 31 Mac, 2010.

Pertumbuhan itu terdiri terutamanya penambahan prabayar 1.2 juta atau 14 peratus, dan penambahan jalur lebar wayarles yang lebih daripada berganda kepada hampir 313,000.

Maxis menjangkakan pada separuh kedua tahun ini, perbelanjaan modal meningkat sejajar dengan komitmen untuk meluaskan rangkaian gentian optik ketika ini, dan meningkatkan penembusan jalur lebar wayarles ke lebih banyak kawasan termasuk Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Syarikat itu memperuntukkan RM1.4 bilion tahun ini bagi menambah baik rangkaian termasuk meningkatkan liputan jalur lebar wayarles kelajuan tingginya daripada 57 peratus kepada 80 peratus daripada penduduk.

6 ulasan:

  1. The consumers paid for it, they should provide good service to the consumers.

    BalasPadam
  2. bila lagi maxis ingin memperluaskan lagi jalur lebar ke kawasan luar bandar. biar ada lawan dengan celcom dan digi. sekarang ni, celcom yang paling luas dan mahal..kalau maxis ada bolehlah fight dengan celcom!

    BalasPadam
  3. tahniah maxis! bila lagi ingin melebarkan sayap ke kawasan LD, SDK, TWU, SEMPORNA, KUNAK DLL?

    BalasPadam
  4. saya menunggu maxis di sabah..

    BalasPadam
  5. Who knows they can provide the best service for the customers?

    BalasPadam
  6. I think Maxis might not be the best...
    Maybe other band can defeat it...

    BalasPadam