Rabu, Mei 05, 2010

LPKP SABAH TAWAR LESEN BAS MINI KEPADA PENGUSAHA 'TEKSI SAPU'

LPKP Sabah Tawar Lesen Bas Mini Kepada Pengusaha 'Teksi Sapu'

DSC00036-1 KOTA KINABALU, 5 Mei (Bernama) -- Penawaran permit pengangkutan awam oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah kepada pengusaha 'teksi sapu' hanya tertumpu di kawasan luar bandar atau pekan kecil sahaja di mana aktiviti itu didapati berleluasa.

Bagaimanapun, program penawaran permit itu tidak tertakluk untuk kawasan bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, kata Pengerusi LPKP Sabah, Ir Datuk Edmund Chong Ket Wah.

Katanya LPKP hanya akan menawarkan lesen pengangkutan bas mini kepada pengusaha 'teksi sapu' dan operasi laluan dihadkan dari pekan ke kampung di kawasan sekitar sahaja.

"Hasil aduan yang diterima, kebanyakan laluan daripada pekan ke kawasan kampung tidak mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang mencukupi," katanya pada sidang akhbar di pejabat LPKP di sini pada Rabu.

Chong memperjelaskan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Jumaat lepas, bahawa LPKP Sabah akan menawarkan permit perkhidmatan pengangkutan awam kepada pengusaha 'teksi sapu' di kawasan luar bandar di negeri itu.

Katanya kelonggaran itu dibuka kepada pengusaha 'teksi sapu' sepenuh masa yang beroperasi dengan menggunakan kereta dan van bagi membolehkan mereka menjalankan perkhidmatan secara sah mulai Isnin lalu.

Chong berkata operasi pemutihan akan dilaksanakan bulan ini bagi memastikan pengusaha menjalankan perkhidmatan secara sah serta merampas 'teksi sapu' yang beroperasi di bandar.

Program operasi pemutihan itu akan melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Ketika ini, terdapat kira-kira 2,500 kereta sapu yang menjalankan aktiviti di negeri itu dengan Lahad Datu mencatatkan jumlah terbanyak iaitu antara 500 dan 700 kenderaan.

-- BERNAMA

28 ulasan:

  1. rasanya penawaran lesen kepada 'teksi sapu' ini merupakan satu langkah di mana bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan2 luar bandar dan pedalaman..langkah ini bukan sahaja menyelesaikan masalah teksi tidak berlesen atau berpermit, malah menyelesaikan masalah kekurangan pengangkutan di luar bandar/pedalaman...

    BalasPadam
  2. keselamatan penumpang lebih terjamin sebab 'teksi sapu' yang diberikan lesen mesti mematuhi ciri2 keselamatan kenderaan dan menggunakan kenderaan yang lebih sesuai dan selesa. lepas ni tiada suda kancil sebagai 'teksi sapu'.

    BalasPadam
  3. I truly understand this situation. Let me give you a concrete example.There are no buses to go to Inobong, Penampang and we can see lots of teksi sapus are flooded in Donggongon. To those taxi drivers, we can't afford to take a ride on you. In fact, if the association is truly madly deeply pissed off on this, they should have been creating huge buses.Why have to yell like hell,babies?

    BalasPadam
  4. Saya setuju dengan lesen diberi namun cuma untuk pengusaha tempatan sahaja.Jangan biarkan orang asing yang bergoyang kaki mendapatkan permit.Ini tidak adil.

    BalasPadam
  5. mana2 agensi perkhidmatan pengangkutan yang sedia ada tidak perlu melihat usaha kerajaan ini sebagai ancaman periuk nasi mereka kerana ianya hanya tertumpu di kawasan luar bandar dan pekan kecil. malah dengan adanya usaha sebegini, pengusaha 'teksi sapu' di sabah akan dapat dikurangkan.

    BalasPadam
  6. usaha sebegini dapat menyelamatkan industri ini dari terus dimonopoli oleh 'teksi sapu' terutamanya di Lahad Datu.

    BalasPadam
  7. Yes,it should be made available only for local operators.

    BalasPadam
  8. Pengangkutan teksi sapu masih tidak dicukupi? Kerajaan mestilah mengalakkan rakyat untuk mendapatkan lesen bas mini tersebut untuk mengurangkan kehendak rakyat yang mengadu bahawa pengangkutan tidak dicukupi.

    BalasPadam
  9. Baguslah kalau macam tu. Masalah kekurangan kenderaan pada pedalaman boleh diatasai dengan cara ini.

    BalasPadam
  10. sebelum memberikan lesen, harus dilakukan penapisan seperti keadaan kenderaan yang digunakan serta latar belakang si pemandu/pengusaha...keutamaan harus kepada penduduk tempatan...pihak berkenaan jg harus memantau agar warga asing tidak mengambil kesempatan ini dengan merampas 'periuk nasi' orang tempatan...apa pun, langkah ini adalah amat baik sekali...caya la govt!!!

    BalasPadam
  11. Diorang pun cari makan lagipun ada tempat yang memang susah mau dapat bus..cam di Papar.Mau naik bus sapu masuk kg lagi.

    BalasPadam
  12. Kadar tambang juga perlu di tetapkan agar ia tidak membebenkan penumpang.

    BalasPadam
  13. Saya setuju penawaran permit pengangkutan awam oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah kepada pengusaha 'teksi sapu' dan hanya beroperasi di kawasan luar bandar atau pekan kecil sahaja. Jarak yang dibenerkan juga hanya dari pekan ke kampung2 dan sekitarnya.

    BalasPadam
  14. Saya rasa teksi sapu ini digunakan sementara waktu sebelum kenderaan awam boleh disediakan.

    BalasPadam
  15. This is a good move actually. It is clearly stated that this method is only applicable for rural areas.

    BalasPadam
  16. This can bring more convenience to the passengers.

    BalasPadam
  17. Make sure the drivers adhere to all the rules and regulations to prevent abuse of their permits.

    BalasPadam
  18. At least they are trying to solve the lack of public transport services in rural areas. The villagers would appreciate this gesture.

    BalasPadam
  19. 'teksi sapu' di kawasan luar bandar/pedalaman kini boleh memohon lesen dan tidak perlu bimbang lagi akan disaman hehehe....ambil lah peluang ini untuk berdaftar dan mendapatkan lesen....

    BalasPadam
  20. Any moves are better than none, at least there are more convenience for the people now.

    BalasPadam
  21. Memang la bah.Bukan senang tau orang2 kg kalau mau pigi bandar kalau teda keta.Ada yang terpaksa mau jalan p luar gara2 tiada jalan.

    BalasPadam
  22. Many of these drivers have no permit, now that license are offered, hopefully they will take this opportunity to apply for a legal permit, so that they could take in passengers legally.

    BalasPadam
  23. Saya rasa lebih selamat kalau teksi sapu ini ditawarkan lesen. Sudah pasti pemandu dan van perlu memenuhi syarat-syarat sebelum diberi lesen. Ini boleh menjamin keselamatan and mengurangkan kemalangan. Kalau ada lesan, ada apa-apa yang berlaku at least boleh mengadu.

    BalasPadam
  24. walau pa pun, langkah LPKP memberikan lesen kepada teksi sapu adalah satu langkah yang bijak dan tepat...

    BalasPadam
  25. The Sabah Taxi Association stands firm to object.

    BalasPadam
  26. Masih banyak yang menentang pemberian lesen kepada teksi sapu ini.

    BalasPadam
  27. 沙巴德士会坚持不要把正牌给了他们。我想这件事必定会让他们心烦。

    BalasPadam
  28. ini adalah langkah penyelesaian pengangkutan awam di kawasan2 luar bandar/ kampung2...langkah ini adalah wajar berikutan kekurangan pengangkutan awam di kawasan kampung...walau bagaimanapun, pemantauan harus dilakukan agar lesen yang diberikan tidak disalahgunakan...

    BalasPadam