Khamis, Februari 25, 2010

“SETELAH DISIASAT SECARA MENYELURUH, KITA MENDAPATI MEREKA (BELIA-BELIA) BUKANLAH TERKANDAS SEPERTI YANG DILAPORKAN TETAPI MEREKA TIDAK MAMPU MEMBAYAR SEWA RUMAH ATAUPUN BILIK KERANA TERLALU MAHAL KERANA TIADA PEKERJAAN YANG TETAP,”

PEMUDA UMNO SABAH BANTU BELIA TERKANDAS DI KL

image

KANDAS….Jamawi berdiri kanan, manakala Azman ketiga dari kiri bersama sebahagian belia dan beliawanis Sabah yang terkandas.

Oleh: MAIL MATHEW

PERGERAKAN Pemuda Umno Sabah bersedia membantu belia-belia yang dikatakan terkandas di Kuala Lumpur sepertimana yang dilaporkan media sebelum ini dengan menawarkan tiket penerbangan balik ke Sabah atau memilih untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin di sana.

Ekoran laporan media baru-baru ini berhubung isu tersebut, dua pemimpin Pergerakan Pemuda Umno Sabah telah turun padang untuk menemui dan menemubual belia-belia terbabit secara bersemuka di rumah kebajikan AOHOD untuk membuat penyelesaian.

Demikian diberitahu Jamawi Jaafar Exco Pergerakan Pemuda Umno Pusat dan Azman Haji Ruslan, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah ketika memberitahu Sabahkini. net.

Jamawi yang bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan, manakala Azman yang bertugas di Pejabat Perhubungan Umno Sabah telah bergegas ke situ setelah menerima maklumat daripada akhbar tempatan yang melaporkan isu-isu belia yang terkandas masih belum diselesaikan.

“Setelah disiasat secara menyeluruh, kita mendapati mereka (belia-belia) bukanlah terkandas seperti yang dilaporkan tetapi mereka tidak mampu membayar sewa rumah ataupun bilik kerana terlalu mahal kerana tiada pekerjaan yang tetap,” jelas Jamawi.

Tegasnya lagi, mereka tidur di rumah ibadat atau hentian bas di sebelah malam, manakala ketika siang mereka menjalankan kerja-kerja sambilan dan apabila rehat tengah hari mereka menumpang makan di rumah kebajikan AOHOD.

Sehubungan itu, Pergerakan Pemuda Umno Sabah di bawah teraju kepimpinan Azman, telah menawarkan bantuan tiket kapal terbang balik ke Sabah kepada mereka yang memerlukan.

Di samping itu tegas Azman, mereka juga boleh memilih bantuan lain seperti mahu mendapatkan pekerjaan yang lebih terjamin di KL dengan mempastikan majikan akan menyediakan kemudahan hostel kepada mereka kelak.

Dalam pada itu Jamawi menegaskan bahawa, usaha Pergerakan Pemuda Umno Sabah untuk menubuhkan persatuan juga sedang diusahakan agar ‘database’ yang lengkap bagi belia-belia yang bekerja di Semenanjung dapat disediakan dengan lengkap untuk memudahkan memantau dan membantu kebajikan mereka.

Justeru, Pemuda Umno Sabah akan menyediakan laporan lengkap berkenaan perkara ini dan akan dikemukakan kepada pihak kerajaan agar bantuan dan kemudahan dapat disediakan kepada yg berkenaan.

---

A DAILY EXPRESS CHECK IN KUALA LUMPUR CONFIRMED MANY HOMELESS AND JOBLESS SABAHANS THERE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan