Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.
Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini.
“Kupon ini sama seperti wang tunai. Jadi tidak ada sebab kenapa ia tidak diterima (oleh peruncit) dan untuk mendapatkan wang tunai peruncit hanya perlu menyerahkan kupon kepada pemborong dan mereka akan diberikan wang tunai,”
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan