Rabu, September 09, 2009

INKUES TEO – SAKSI DAKWA DI DERA PEGAWAI SPRM

/index.php/malaysia/37278-graft-busters-beat-me-up-says-new-witness-"Ketika saya didera, saya hanya memakai seluar dalam sahaja dan dalam keadaan tangan bergari di belakang. Saya turut ditendang dan ditumbuk seluruh badan oleh 10 hingga 15 orang pegawai.

"Pada satu ketika, seorang pegawai menyuruh saya memakai semula baju kerana Timbalan Pengarah SPRM turut berada di situ, bagaimanapun timbalan pengarah yang dikatakan itu berkata "Teruskan saja, kenapa, takut ke?"

"Ketika ditempatkan dalam sebuah bilik, seorang pegawai SPRM bernama Mohan berkata dalam Bahasa Tamil jika saya tidak bercakap benar tempat ini akan menjadi neraka. Saya juga diarahkan untuk menandatangani surat tahanan dan tangkapan, bagaimanapun saya enggan berbuat demikian kerana pada mulanya saya diberitahu hanya untuk membantu siasatan bukannya ditahan.

"Saya kemudian ditampar oleh seorang pegawai lain kerana masih enggan menandatangani surat berkenaan. Pada masa itu lah pegawai tersebut menyuruh saya membuka baju dan hanya memakai seluar dalam,"

"Pada hari kedua juga saya turut ditumbuk perut, punggung, kepala dan dilempang oleh seorang pegawai di koridor pejabat SPRM. Apabila ada pegawai lain memberitahu timbalan pengarah ada di situ, pegawai itu tidak mengendahkannya sambil berkata : "Semalam pun dia bagi (mendera mangsa)".

"Selepas dipukul pada hari kedua saya diberikan panadol dan minyak sapu. Apabila dibebaskan saya membuat laporan polis yang ditaip oleh bapa saudara saya iaitu Muthiah. Pegawai polis dikenali sebagai Inspektor Firdaus memberikan surat supaya saya membuat pemeriksaan di klinik,"

T. Sivanesan, 23, yang mendakwa didera secara fizikal oleh 10 hingga 15 pegawai (SPRM) Selangor

-----------

Lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Mohd Ashraf Mohd Yunus yang merupakan seorang saksi di dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini Rabu.

"Kita menafikan kita ada mendera suspek, kenyataan yang dibuat di dalam inkues adalah berniat jahat dan ingin menjatuhkan reputasi SPRM,"

Pengarah SPRM Selangor Jaafar Mahad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan