CYBERJAYA, 23 Julai (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah menubuhkan pasukan khas atau "Flying Squad" bagi memantau pelaksanaan projek perumahan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pasukan khas tersebut diberi tanggungjawab memastikan projek perumahan itu berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan bagi memenuhi keperluan masyarakat.
"Kita nak melihat dari segi keberkesanan bukannya dari segi kelemahan mana-mana pihak (dalam menjayakan projek ini)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan ahli exco luar bandar (Mexclub), di sini, Khamis.
Mohd Shafie berkata pasukan khas itu akan mengkoordinasi agensi peringkat negeri bagi mencapai matlamat tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (Felcra).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan