Khamis, Julai 23, 2009

KURA-KURA TERBANG ?

image CHENG CHENG hilang ingatan selepas dihempap seekor kura-kura.

CHONGQING - Seorang budak perempuan di China iaitu Cheng Cheng hilang ingatan dan terpaksa dibawa ke sebuah hospital setelah dia dihempap seekor kura-kura yang sedang bunting, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut ibu saudaranya iaitu Ling Lang, ketika berjalan, dia mendengar Cheng Cheng menjerit dan apabila menoleh ke belakang budak perempuan itu terbaring dan kepalanya dilumuri darah.

"Terdapat seekor kura-kura dekat tubuhnya," katanya.

Dr. Zhuo Xuan yang merawatnya berkata: "Dia tidak dapat mengingati apa yang telah berlaku kepadanya.

"Kami percaya, dia menghidap amnesia bagi tempoh jangak pendek."

image Menurut seorang anggota polis, kura-kura itu dicampak dari sebuah flat.

"Kami sudah menyoal siasat penghuni flat yang menafikan melakukan perbuatan itu,"katanya.

Bagaimanapun, kura-kura itu mati selepas dibuang dari ketinggian tinggi dan bangkainya dibekukan bagi tujuan pemeriksaan forensik.

p.s. Jangan buang sembarangan jika timggal di atas bangunan yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan