NEW DELHI, 29 Mei (Bernama) -- Gara-gara menghidangkan capati yang didakwa basi, seorang suami mengetuk isterinya dengan tukul dan kemudian mencampak mangsa dari tingkat pertama rumah mereka di sini.
Kejadian itu berlaku di timur Delhi, dekat sini, semalam, apabila jurufoto Sanjay Singh pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan meminta isterinya Manju, 34, menghidangkan makanan.
Menurut akhbar Asian Age hari ini, Sanjay meradang dengan sajian capati itu dan mecetus perbalahan antara pasangan itu.
Menurut tiga orang anaknya yang menyaksikan kejadian itu, Sanjay mengambil tukul besi dan memukul Manju di bahagian dada, kepala dan bahu sebelum mencampaknya dari tingkap atas.
Polis berkata ibu Sanjay mengejar Manju ke hospital berdekatan di mana keadaannya dilaporkan kritikal sebelum membuat laporan polis.
Suami berusia 37 tahun itu kemudian melarikan diri dan polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh.
Awal bulan ini, seorang peniaga di wilayah Rajasthan, mengetuk paku ke atas kepala isterinya yang mengandung kerana gagal membawa dowri yang secukupnya selepas perkahwinan mereka.
Hasil pemeriksaan X-ray, doktor mendapati paku berukuran tiga sentimeter terbenam dalam tengkorak isteri berusia 24 tahun itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan