Jumaat, Mei 29, 2009

JENAYAH SEKSUAL TERHADAP WANITA DAN KANAK-KANAK MENINGKAT SETIAP TAHUN

image “Pada tahun 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931, diikuti cabul 973 dan liwat sebanyak 71 kes. Manakala pada tahun 2006 pula kes rogol meningkat kepada 2,041 kes, cabul (1,066 kes) dan liwat 71 kes.

image “Pada tahun 2007, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan meningkat kepada 3,405 kes pada tahun lalu, cabul 2,228 kes (2007) dan 2,107 kes (2008). Manakala kes liwat sebanyak 101 kes (2007) dan 130 kes (2008),”

image “Setiap antara kita mempunyai peranan dalam menangani masalah ini terutamanya kaum lelaki. Mereka seharusnya dilibatkan sama dalam seminar-seminar seumpama ini bagi memberi kesedaran kepada mereka.

image “Ibu bapa juga berperanan untuk mendidik anak-anak mereka bahawa keganasan merupakan perkara yang tidak boleh diterima dalam masyarakat dan mereka perlu didik supaya saling hormat menghormati antara lelaki dan perempuan,”

-

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Dato’Dr. Noorul Ainur Mohd Nur

Tiada ulasan:

Catat Ulasan