--------------------------
Kolej KDM Perlu Dijadikan Kolej Minyak Dan Gas - Juruperunding Tenaga Pakar
KOTA KINABALU, 6 Nov (Bernama) -- Sebuah syarikat pengambilan tenaga pakar dalam industri minyak dan gas mencadangkan supaya projek cadangan Kolej Kadazandusun Murut (Kolej KDM), yang akan dibina di Kaingaran, Tambunan, dijadikan kolej minyak dan gas bagi melengkapkan Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTS).
Ketua Pegawai Eksekutif C.N Dumo Consulting Worldwide Sdn Bhd Aminudin Sajadi berpendapat ini merupakan satu pilihan bagi membantu memenuhi keperluan tenaga terlatih dalam industri minyak di Sabah.
"Yang jelas, Sabah masih mengalami kekurangan tenaga terlatih bagi industri minyak dan gas dan saya percaya Kolej KDM yang dicadangkan itu boleh menyumbang atau mengambil kesempatan daripada industri yang sedang berkembang itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga terlatih.
"Lokasi (Kolej KDM yang dicadangkan di Tambunan) itu bukan satu masalah. Apa yang jelas, KTS masih tidak mencukupi kerana kita memerlukan lebih banyak pusat latihan atau kolej bagi melahirkan pekerja atau tenaga kerja terlatih. Selain daripada menawarkan kursus berkaitan industri minyak dan gas bagi satu peringkat sijil, buat permulaan, Kolej KDM mungin boleh menawarkan kursus yang mempunyai permintaan," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Aminuddin, yang menghadiri Forum Minyak dan Gas Sabah, di sini baru-baru ini dan menceburi bidang ini lebih daripada 20 tahun berkata masa depan bagi industri minyak dan gas Sabah adalah cerah dan ini amat baik bagi penduduk tempatan dalam soal peluang pekerjaan.
Pada 22 Mei, tahun ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengumumkan bahawa Kolej KDM akan dibina di Kaingaran di sini.
Pairin dipetik sebagai berkata bahawa beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Tambunan untuk mengenal pasti tapak sesuai untuk kolej itu dan akan memastikan pembinaan kolej itu menjadi satu kenyataan.
Kolej itu diilhamkan oleh Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun dan Murut (Pekadin), sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan soal kebajikan dan pendidikan masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) Sabah.
Usaha itu mendapat sokongan pemimpin KDM yang lain seperti Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Tan Sri Bernard Dompok dan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.
"Kolej KDM yang dicadangkan itu boleh menyumbang atau mengambil kesempatan daripada industri yang sedang berkembang itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga terlatih."
BalasPadamKDM memang memainkan peranan penting untuk melahirkan lebih banyak pekerja terlatih. Peluang diberi kepada semua belia Sabah, yang penting golongan ini harus menyertai program dan training Petronas.
"Pairin dipetik sebagai berkata bahawa beliau telah mengarahkan Pegawai Daerah Tambunan untuk mengenal pasti tapak sesuai untuk kolej itu dan akan memastikan pembinaan kolej itu menjadi satu kenyataan."
BalasPadamIm sure Petronas will make the plan come true and be able to train more hand-on basis candidates to join Petronas.
Perkembagan sektor minyak & gas di Sabah memerlukan usaha dan sokongan semua golongan untuk menjayakannya. Belia harus menghargai peluang yang diberi oleh Petronas dan bersedia menyertai program Petronas.
BalasPadam"Yang jelas, Sabah masih mengalami kekurangan tenaga terlatih bagi industri minyak dan gas"
BalasPadamMasalah telah dikenal pasti, harus memberi lebih banyak kursus dan latihan untuk belia-belia Sabah supaya berkebolehan menjalankan tugas dan tanggungjawab di syarikat Petronas yang berpotensi tinggi ini.
Forum tersebut berjaya memberi informasi yang mencukupi kepada golongan masyarakat berkenaan dengan industri minyak dan gas di Sabah. Semoga perkembanagn industri ini berjaya menarik lebih banyak pelabur asing dalam sektor yang berlainan dan berpotensi sama tinggi seperti minyak & gas.
BalasPadamDatuk Seri Musa Aman akan bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk memastikan bagunan sekolah dan juga institusi pengajian tinggi di Sabah akan ditambah dan kualiti juga akan dinaikkan. Kita harapkan yang terbaik daripada mereka.
BalasPadamHarap kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk sistem pendidikan Sabah supaya dapat menghasilkan pelajar yang lebih berkualiti.
BalasPadamBetul, jika tidak ada pusat latihan yang mencukupi tidak akan ada yang terlatih untuk bekerja dalam bidang itu.
BalasPadamHarap cadangan untuk memperbanyakkan lagi pusat2 latihan akan dipertimbangkan.
BalasPadamBetul kata Urang, sistem pendidikan di Sabah perlu diperbaiki dan dinaik taraf agar lebih banyak golongan pemuda yang berpendidikan dilahirkan. Kursus kemahiran juga memainkan peranan supaya belia sekarang berkemampuan berkhidmat dalam industri yang memerlukan pakar teknikal dan mechanic dll.
BalasPadamSemoga lebih banyak pusat latihan sebegini ditubuhkan di kawasan yang lebih strategik agar lebih banyak golongan muda dapat menyertain program tersebut khas kawasan pedalaman juga.
BalasPadamSyabas usaha Petronas dalam industri minyak & gas di Sabah. Usaha ini pasti mengubah taraf kehidupan orang Sabahan dan perkembangan ekonomi.
BalasPadamPeluang diberi dan terbuka kepada orang Sabahan, masing-masing menyertai program tersebut supaya berkemahiran untuk berkhidmat industri minyak tersebut.
BalasPadam"Sebuah syarikat pengambilan tenaga pakar dalam industri minyak dan gas mencadangkan supaya projek cadangan Kolej Kadazandusun Murut (Kolej KDM), yang akan dibina di Kaingaran, Tambunan, dijadikan kolej minyak dan gas bagi melengkapkan Pusat Latihan Petroleum Kimanis (KTS)."
BalasPadamCadangan ini boleh dipertimbangkan agar lebih banyak pemuda-pemudi yang berkemahiran tinggi menyertain sektor minyak dan memperkembangan industri tersebut. Usaha masing-masing amat diperlukan.
kolej KDM yang dicadangkan diharap akan menajdi kenyataan kerana memberi peluang kepada anak2 KDM khasnya di tambunan untuk menimba ilmu..
BalasPadamcadangan untuk menjadikan kolej KDM menjadi kolej minyak dan gas harus dipertimbangkan..ini kerana ianya akan membuka peluang pekerjaan kepada anak2 KDM dalam industri minyak dan gas selain memberikan manfaat kepada pengusaha2 minyak dan gas untuk mendapatkan tenaga kerja mahir dalam bidang ini.
BalasPadamselain itu, dengan adanya kolej KDM ini akan memacukan lagi ekonomi daerah tambunan.
BalasPadamSabah masih mengalami kekurangan tenaga terlatih bagi industri minyak dan gas dan Kolej KDM yang dicadangkan itu boleh menyumbang atau mengambil kesempatan daripada industri yang sedang berkembang itu bagi melahirkan lebih ramai tenaga terlatih.
BalasPadamKolej KDM menawarkan kursus untuk melahirkan pekerja mahir adalah satu usaha yang mendatangkan manfaat kepada rakyat Sabah.
BalasPadamharap kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk menambah pekerja2 terlatih melalui kursus di kolej2 tempatan.
BalasPadamNampak usaha kerajaan untuk membangunkan Sabah dan juga generasi muda.
BalasPadamSemoga usaha yang dilakuakn membuahkan hasil yang positif sebagaimana yang diharapkan.
BalasPadamJusteru, pastikan semua pihak mainkan peranan masing-masing demi memastikan perancangan yang dibuat berjaya.
BalasPadamDengan adanya kolej KDM pasti dapat melahirkan warga Sabahan yang berwawasan dan berkualiti.
BalasPadamPeluang yang ada harus digunapakai dan jangan biarkan ia terlepas begitu saja. So all the best kepada semua relevant parties:)
BalasPadamDiharapkan kerajaan akan membantu menambah lagi pusat latihan untuk melatih rakyat tempatan Sabah dalam industri ini.
BalasPadamSemoga Sabah akan menjadi negeri yang maju dalam industri minyak dan gas asli.
BalasPadamcadangan penubuhan kolej tersebut disokong bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir di Sabah dalam bidang minyak dan gas.
BalasPadamsemoga kolej tersebut benar2 akan ditubuhkan.
BalasPadamSemoga cadangan ini dipertimbangkan dan lebih banyak perubahan positif yang dapat dicapai pada masa akan datang.
BalasPadamDengan adanya peluang seperti ini, masalah pengangguran dapat dikurangkan. Rakyat Sabah juga harus rebut peluang yang ada.
BalasPadamHave they started building the KDM college?
BalasPadamIf this suggestion will bring benefit to the people, I don't find why this suggestion will be rejected. As long as it if for good cause, go for it.
BalasPadamIni menunjukkan yang pemimpin KDM tidak mengabaikan kaum KDM. Mereka berusaha membawa perubahan kepada kaum KDM melalui pendidikan.
BalasPadamapapun, perlu dengar suara rakyat Sabah samada setuju ka tidak Kolej KDM yang dikatakan akan dibina di Tambunan mendapat persetujuan majoriti. apa kata kaum2 lain yang berada di Sabah?
BalasPadammemang baik jika lebih banyak pusat latihan disediakan bagi melahirkan lebih ramai tenaga terlatih dalam bidang ini.
BalasPadambukankah lebih baik jika kolej minyak dan gas dibina di kawasan KK atau kawasan Kimanis?
BalasPadamcadangan penubuhan kolej tersebut juga baik bagi melahir lebih ramai golongan terlatih kelak.
BalasPadamUMS juga ada menawarkan program sarjana minyak dan gas serta sarjana kejuruteraan minyak dan gas.
BalasPadambest la Sabah kalau macam ni.. selain bakal mempunyai bandar minyak sendiri, kini bakal mempunyai kolej bagi melahirkan pekerja mahir dalam bidang oil and gas.. satu perkembangan dan berita baik untuk seluruh rakyat Sabah..
BalasPadamsaya harap sedikit masa lagi, dibawah pentadbiran ketua menteri sabah Musa Aman, akan berlaku perubahan yang ketara bukan sahaja dalam aspek politik, malah merangkumi sosial dan ekonomi.. misi kerajaan negeri untuk mengubah Sabah menjadi negeri maju pada 2015 bukanlah sesuatu yang mustahil.. teruskan usaha!
BalasPadamItulah yang semestinya..Berikan penduduk Sabah peluang untuk mencaburi diri dalam Minyak dan Gas.
BalasPadammemang tidak ada yang mustahil jika kerajaan benar-benar mahu menjadikan Sabah negeri yang maju pada akan datang.
BalasPadamPendidikan dan pengetahuan dalam Minyak dan Gas perlu untuk Sabah sekarang sebelum pembukaan terminal minyak dan gas di Kimanis Papar itu.
BalasPadamBiarlah kojel itu dibina dekat dengan terminal supaya lebih senang membuat praktikal. Harap kerajaan dan petronas akan mengkaji lebih perkara ini.
BalasPadamJanganlah terlalu banyak pusat latihan..Ikut kesesuaian saja. Nanti terlalu banyak susah pula tenaga pengajar, peserta dan persaingan. Biarlah yang benar-benar dapat memberikan ilmu yang cukup.
BalasPadamIni dapat meningkatkan jumlah pelajar cemerlang di Sabah.
BalasPadamKnowledge is power.
BalasPadamIndeed.
BalasPadamPasti boleh dilakukan.
BalasPadamdengan adanya kolej KDM dapat membantu belia2 tempatan untuk berkembang maju sektor ini..
BalasPadamdiharap kolej KDM yang dicadangkan itu akan menjadi pusat latihan minyak dan gas untuk melahirkan tenaga kerja tempatan yang mahir.
BalasPadamKOlej KDM yg dicadangkan dapat membantu generasi muda untuk lebih maju dalam bidang ini... dan ekonomi pun akan meningkat.
BalasPadamada nya kolej ini dpat la belia2 tempatn kita menaiktaraf kehidupan mereka dimasa akan datang
BalasPadamsangat membantu...taraf ekonomi jg akan semakin baik...
BalasPadam