KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini mengekalkan jawatannya sebagai Presiden MIC bagi penggal ke-11 apabila pencalonan jawatan Presiden parti itu di ibu pejabat parti ditutup tengah hari ini.
Samy Vellu mendapat 455 pencalonan manakala pencabarnya bekas Naib Presiden MIC Datuk M. Muthupalaniappan hanya mendapat lima pencalonan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua cawangan, bahagian dan pengerusi perhubungan negeri yang telah bekerja kuat bagi memastikan kemenangan saya. Ini bukan sahaja kemenangan saya tetapi juga kemenangan bagi semua pemimpin akar umbi.
"Mandat ini akan dipelihara dan usaha kita bagi membina semula parti, yang kini sedang berjalan akan diteruskan. Kita juga akan bekerja kuat bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam tiga pilihan raya kecil terutama di Bukit Selambau," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan