PUTRAJAYA, 22 Mac (Bernama) -- Hanya dua minggu selepas membentangkan pakej rangsangan ekonomi kedua di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah memberikan projek-projek bernilai RM3.202 bilion minggu ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu RM1.3 bilion diberi kepada kontraktor bagi menambahbaik, meningkat dan memajukan kemudahan dan infrastruktur di 322 sekolah di seluruh negara.
"Pemberian projek-projek yang begitu cepat dibuat selepas bajet mini dibentangkan di Parlimen menunjukkan betapa seriusnya pihak berkuasa bagi menangani krisis global yang juga memberi kesan kepada Malaysia,"
"Setakat ini 16,386 projek bernilai RM1.67 bilion di bawah pakej rangsangan pertama telah diberi dan dilaksanakan. Ini termasuk projek bagi membangun dan memajukan modal insan, demi kepentingan rakyat dan meningkatkan daya saing,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan