Ahad, Mac 22, 2009

PENGUSAHA KERETA SEWA DIGESA PELAJARI ASAS BAHASA ASING – DATUK EWON

ewon_ebin RANAU: Pengusaha dan pemandu kereta sewa disaran mempelajari sekurang-kurangnya peringkat as-as mana-mana bahasa asing bagi memudahkan komunikasi kepada pengguna atau pelancong luar yang memerlukan perkhidmatan mereka.

Menteri Pembangunan Perindus-trian Datuk Dr Ewon Ebin berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agong Persa-tuan Pengusaha dan Pemandu Kereta Sewa/Bas Bumiputera daerah Ranau (Pakas) di rumah rehat dekat sini.

“Sesuai dengan kedudukan daerah Ranau yang terkenal dengan banyak destinasi pelancongan men-arik seperti Gunung Kinabalu, Taman Air Panas Poring, Taman Kinabalu, Ladang Teh Sabah, Tugu Peringatan Perang dan sebagainya, ahli Pakas harus mempunyai ilmu sedemikian,” tambahnya.

Pada majlis itu Ewon turut meluluskan peruntukan sebanyakRM15,000 sebagai dana pendidikan kepada ahli-ahli persatuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan