"Tidak. Kita dalam Umno semua dididik untuk meletakkan kepentingan ramai lebih penting dan kedua, semalam saya tengok (dalam televisyen) tidak ada muka-muka yang saya cam macam orang Umno, tetapi muka pembangkang ramai," kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Adalah tidak tepat sekiranya penyelesaian isu bahasa dilengah-lengahkan dan menteri berkenaan perlu beri kata dua dalam menyelesaikan masalah ini. Apa pun keputusan akan dikaitkan dengan Umno dan ini memberi kesan negatif terhadap parti yang selama ini dianggap pembela orang Melayu," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Mereka (Anggota Parlimen) mahu menunjukkan bahawa mereka ini adalah pejuang Melayu dan Bahasa Malaysia. Mereka berharap untuk meraih sokongan politik. Ia tiada kena mengena dengan apa yang praktikal," Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
"Saya rasa perkara ini telah dipertimbangkan, seperti lapan tahun lepas, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkannya semasa beliau menjadi Perdana Menteri.
"Semua bantahan yang kita dengar hari ini, adalah yang telah dibincangkan kira-kira lapan tahun lepas.” Tan Sri Bernard Dompok.
"Kita mesti lihat bidang pendidikan untuk anak dan cucu kita pada masa hadapan," kata Datuk Alimuddin Mohd Dom.
"MCA telah menyatakan pendiriannya berulang kali dan kami berpegang teguh kepada pendirian itu. Lazimnya, Kabinet akan membuat keputusan selepas menteri berkenaan mengemukakan memorandum kepada Kabinet," kata Datuk Seri Ong Tee Keat.
"Mereka tidak dapat menguasai bahasa itu di universiti. Ramai yang gagal dalam temuduga kerana penguasaan bahasa itu teruk.
"Ini bukan mengenai politik tetapi berkaitan masa depan anak-anak kita, bukankah kita telah banyak merosakkan anak-anak kita di sekolah?," Datuk Seri Wong Chun Wai.
PENDAPAT IBUBAPA PULA:
"Kerajaan sebagai pihak berwajib mestilah memainkan peranannya dalam memastikan Malaysia mempunyai satu generasi warganegara yang menjadi kebanggaan negara kerana mereka mampu, berkeyakinan diri tanpa kurang rasa rendah diri yang bukan-bukan.
Tanpa penguasaan dalam bahasa Inggeris yang baik, graduan Malaysia akan ketinggalan.
"Inikah yang dipanggil "Pejuang Bahasa dan Bangsa" yang mahukan untuk generasi kita akan datang? Di sini siapakah patriotik Melayu sebenar?," mereka menyoal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan