Ahad, Mac 08, 2009

ISU PPSMI : POLIS TERPAKSA LEPASKAN GAS PEMEDIH MATA

psmi5   d8a67d20a335e0a527fbdddd556fe0de   protest-march7  6fc58b20c9fd273b1702f15156d5c23fKUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lapan orang ditahan di sekitar Masjid Negara dan berhampiran Istana Negara kerana menyertai perhimpunan yang tidak mendapat permit polis di sini hari ini.

Selain itu polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata serta menyembur air ke arah peserta perhimpunan, di samping memeriksa 119 orang lagi kerana ingkar arahan bersurai.

Perhimpunan itu bertujuan mengesa kerajaan memansuhkan pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), serta menghantar memorandum kepada Istana Negara.

Memorandum itu kemudiannya diserahkan oleh Hassan dan A.Samad kepada wakil istana yang juga Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini pada pukul 2.50 petang.

Datuk Hassan ketika ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum itu berkata beliau tidak menyangka perhimpunan yang pada dasarnya dalam kelompok kecil menjadi begitu besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan