Sabtu, Mac 07, 2009

RM202 JUTA BINA RUMAH BARU KELUARGA MISKIN SABAH, SARAWAK

n_13taibKUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Sebanyak 5,050 unit rumah baru, termasuk rumah panjang, yang lebih selesa akan dibina untuk keluarga miskin tegar di Sabah dan Sarawak di bawah peruntukkan RM202 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata “2,500 unit membabitkan RM100 juta akan dibina di Sabah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).”

"Setiap rumah berharga RM40,000 seunit,”

“kementerian itu juga meminta kerajaan negeri termasuk yang dikuasai pembangkang membantu menyediakan tanah untuk tapak bagi membina rumah golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah RM720 sebulan.”

“meminta semua wakil rakyat mengemukakan maklumat terperinci mengenai keluarga termiskin di kawasan mereka, termasuk gambar dan status rumah berkenaan untuk tujuan tersebut.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan