Mabuk: Lelaki warga Filipina mengamuk, bunuh dua wanita
SALAH sorang mangsa yang mati dibunuh oleh suspek dalam kejadian berkenaan.
KOTA KINABALUAugust 29, 2012: Gara-gara mabuk minuman keras, seorang lelaki warga Filipina bertindak ganas sehingga tergamak membu nuh dua wanita tidak berdosa dalam satu insiden berdarah di Kampung Cenderakasih, Kolombong dekat sini kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam itu, suspek berusia 30an dikatakan mengganas setelah ditegur oleh sepasang suami isteri kerana tingkahlakunya meminum minuman keras di kawasan kejiranan terbabit.
Berang ditegur, suspek yang difahamkan di bawah pengaruh alkohol itu kemudiannya bertindak menikam leher isteri pasangan itu dikenali sebagai Bibia Daud, 40, di dalam bilik mereka.
Suami mangsa, 52, kemudiannya mengejar suspek dan berlaku pergelutan di dalam rumah berkenaan.
Suspek yang berjaya melepaskan diri daripada pergelutan kemudiannya menikam seorang lagi mangsa, Jalijah Jalin, 30, yang ketika itu ingin memasuki rumah terbabit.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata suspek dilaporkan tinggal serumah dengan pasangan suami isteri terbabit.
Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek ditegur oleh pasangan suami isteri berkenaan kerana banyak meminum minuman keras pada jam 7 malam itu.
Sementara itu, katanya, suspek dan suami mangsa pertama yang mengalami kecederaan kerana bergaduh kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth (QEH).
Jauteh berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung tindakan suspek menikam mangsa kedua iaitu Jalijah, tetapi ia dipercayai dilakukan atas faktor mabuk.
Tambahnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
by RUZAINI ZULKIFLI
-------------
Two women murdered, two men injured
Hopefully the case will be investigated by the police and the murder will be given due punishment for his crime.
BalasPadamCondolence to the two innocent victims family. Justice will prevail.
BalasPadamBertabiat betul warga asing ni. harap kena hukuman gantung sampai mati.
BalasPadamwarga asing mmg begitu, kerana perkara kecil nak bunuh orang.
BalasPadamdalam kes2 macam ini baik jangan tegur.. jika kawasan perumahan itu ada pengawal keselamatan, laporkan saja kepada pengawal keselamatan.. jika tidak ada, buat laporan terus kepada pihak polis..
BalasPadam