KENAPA MANGSAKAN RAKYAT MISKIN?
Sebuah rumah PPRT yang roboh terletak di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari Pekan Semporna.
3/10/2012: DILAPORKAN sebuah lagi rumah PPRT yang dibina Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tumbang menyembah laut di Pulau Menampilik, 20 kilometer dari pekan Semporna.
Pulau berkenaan yang terletak dalam DUN Senallang yang diwakili Datuk Nasir Tun Sakaran. Malangnya, mengikut maklumat yang diterima, Nasir tidak kelihatan melawat mangsa kemalangan yang berlaku di tempat permainannya di zaman kanak-kanak kerana keluarganya pernah tinggal di pulau ini.
Sebelum ini pada April 2012, Sabahkini.Net telah melaporkan mengenai masa hadapan penghuni rumah PPRT di ambang maut melalui artikel bertajuk 'PBR Maut Lambang Kejatuhan Shafie?'.
ALI BABA.....Inilah kualiti jambatan kayu yang dibina secara Ali Baba. Mangsanya adalah rakyat jelata yang miskin.
Manakala wakil USNO Sulabayan, Abdul Karim Ahmad telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan bagi meninjau peristiwa tersebut dan rakamannya telah diuploadkan ke YOUTUBE http://www.youtube.com/watch?v=vCVxT26fI1E.
Selepas peristiwa di Semporna, sebuah lagi rumah PPRT yang dibina KKLW tumbang di Kampung Bokara, Sandakan pada awal bulan September 2012 dan seterusnya tidak sampai sebulan; kejadian rumah PPRT tumbang kembali lagi ke Semporna; iaitu kampung asal mantan Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Askalani Abdul Rahim.
Wakil USNO Dun Senallang, Mamat bin Balhana telah mendapat maklumat telah mengadakan lawatan segera ke kawasan itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih dekat; bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.
Mamat berjanji akan terus berkhidmat untuk rakyat kawasan itu walaupun USNO belum mendapat kelulusan pendaftarannya; namun tetap akan menurunkan calonnya di Dun Senallang kerana Wakil Rakyat BN gagal menjalankan tugas.
Oleh : MEDIA USNO
Who is the contractor? they the one should be blame not the Government as a whole. This is not fair to blame the whole Government.
BalasPadamIni sebenarnya salah kontaktor juga yang mementingkan keuntungan semata-mata.
PadamSiasatan harus dibuat agar tindakan yang wajar dapat diambil.
PadamAda kemungkinan bahan2 yang digunakan untuk membina rumah itu kena dititik beratkan dan harus mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
BalasPadamMungkin juga sudah lama rumah itu didirikan dan tidak lagi bertahan.
PadamTidak perlu salahkan Kerajaan sepenuhnya, harus tanya kontraktor yng bertanggungjawab juga.
PadamTidak hairan rumah atas air ni boleh roboh. lagipun tiangnya hanya kayu. mana tahan.
BalasPadamJanganlah bina rumah atas air kalau menjangka ada masalah seperti ini.
PadamMungkin rumah ini sudah lama, dan tiada orang tingal lagi, pasal itu roboh.
PadamWR harus turun padang dan mengambil langkah yang wajar untuk memberi penetapan sementara dan mengambil tindakan untuk membian semula atau berpindah.
PadamJangan berumahkan atas air kalau tau risikonya memang besar. pembangkang ni pun satu, timbulkan isu ni untuk salahkan kerajaan demi kepentingan politik mereka.
BalasPadamIsu ini tidak perlu di perbesarkan, pasti kerajaan ada jalan penyelesaian nya nanti.
PadamLebih tu rumah PPRT dibina atas tanah, bahaya kalau di air.
PadamBarisan Nasional (BN) leaders have joined Malaysians in their demand for cheaper homes particularly to cater to the country’s growing middle-income population as property prices begin to soar past income levels.
BalasPadamTopping their list of wishes for Budget 2013 was affordable housing, followed by improvements to public transportation, a more structured, needs-based subsidy system, better allocation for education and welfare aid.
BalasPadamHope to see more affordable housing for first time home buyers, low and medium wage earners and young professionals...
BalasPadamrumah PPRT perlu dibina sebaik mungkin supaya tidak membahayakan nyawa penghuni.
BalasPadamTidak perlu buat andaian, buatlah siasatan yang wajar.
BalasPadamAmbil tindakan yang wajar terlebih dahulu, segala siasatan dan tindakan boleh dibuat selepas nanti.
BalasPadamLebih baik jika menetap di dasar tanah.
BalasPadam