MP BN beri bayangan: 'Ada ubi, ada batas'
2/10/2012: Seorang MP Sabah memberi bayangan bahawa sokongan kepada kerajaan pemerintah bergantung kepada cara kerajaan mengambil maklum dan bertindak ke atas masalah pembangunan di negeri Malaysia Timur itu.
"Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas," kata Siringan Gubat (BN-Ranau) dalam ucapannya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menambah, pantunnya itu ada kena mengena dengan pilihan raya umum akan datang.
Siringan berkata, beliau meminta kerajaan membina 26 batang seperti yang dimintanya, selain menaiktaraf 13 jalan sedia ada di kawasan Ranau.
Kesemua 39 jalan itu penting untuk membawa pembangunan ke kawasan luar bandar berkenaan, termasuk kawasannya, kata Siringan.
Dua MP Sabah dari parti BN bertindak keluar parti baru-baru ini, antaranya atas bantahan ke atas tahap pembangunan di negeri tersebut.
Hazlan Zakaria
Semuanya kena ada balasan. biarlah berkidmat dengan jujur dan amanah tanpa mengharapkan pembalasan.
BalasPadamMemang benar penduduk Sabah menilai sendiri apa yang dilakukan oleh kerajaan BN kepada mereka. Jadi pastikan apa yang dijanjikan akan ditunaikan sepenuhnya.
PadamHope the promises made can come truth.
PadamDifirkan sebaik mungkin apa yang terbaik untuk semua.
BalasPadamjanganlah jadi pemimpin yang lompat parti seperti mereka ni.
BalasPadamLompat parti tidak akan membawa apa2 perubahan
PadamApa salahnya lompat parti, lompat parti dan masih giat untuk memperjuangkan hak & kepentingan rakyat, memang amat digalakkan.
Padamharap kerajaan akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.
BalasPadamRakyat pasti akan mengundi mengikut pencapai wakil rakyat di kawasan masing2
BalasPadamBN semakin menghadapi cabaran yang kuat tambahan lagi adanya melompat parti.
BalasPadamAgenda mereka tidak bersehaluan, tidak hairan mereka akan keluar parti.
BalasPadamYang penting, mereka masih bersama rakyat dan sedia memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
BalasPadam