Rabu, Disember 26, 2012

PENURUNAN HARGA CPO - MPOB WUJUDKAN HOTLINE PERMUDAH PENJUALAN BUAH TANDAN KELAPA SAWIT SEGAR SABAH

Hotline permudah penjualan buah tandan segar Sabah diwujudkan

KUALA LUMPUR 26/12/2012: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah pun melaksanakan beberapa langkah bagi memperkukuhkan harga minyak sawit mentah (Crude Palm Oil –CPO) berikutan penurunan harga sejak bulan September 2012. Ini termasuk mengurangkan duti eksport CPO di antara 4.5 hingga 8.5 peratus dan menggantung pemberian kuota CPO tanpa duti mulai 1 Januari 2013.

Senario penurunan harga CPO telah menyebabkan berlakunya kes-kes dimana kilang-kilang sawit tidak membeli buah tandan segar (Fresh Fruit Bunch – FFB). Perkara ini telah dilaporkan di Sabah dan telah menjejaskan penjualan FFB oleh para pengusaha tanaman sawit terutamanya oleh pekebun kecil.

MPIC memandang serius perkara ini dan kesannya kepada pendapatan penanam sawit.

Sehubungan itu, MPOB telahpun menubuhkan hotline bagi membolehkan para pengusaha tanaman sawit yang menghadapi masalah penjualan FFB menghubung dan mendapatkan maklumat di mana FFB boleh dihantar ke kilang-kilang sawit. Talian hotline mengikut kawasan adalah seperti berikut:

Kota Kinabalu – 088-493700

Sandakan – 089-224248

Tawau – 089-777611

Lahad Datu – 089-867545

Pengusaha-pengusaha tanaman sawit adalah digalakkan menghubungi nombor-nombor tersebut mengikut kawasan sekiranya menghadapi sebarang masalah bagi menjual FFB. Dalam hal ini, MPIC bersama-sama dengan MPOB akan terus memantau masalah penjualan FFB dan mengambil tindakan susulan bagi memudahkan urusan ini tidak tergendala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan