Ketua Kampung Di Sabah Peroleh Elaun Bulanan RM650 Mulai Bulan Depan
KOTA KINABALU, 21 Okt 21 (Bernama) -- Ketua-ketua Kampung di Sabah akan memperoleh elaun bulanan yang baru berjumlah RM650 mulai bulan depan, demikian diumumkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor Jumaat.
Beliau berkata pembayaran elaun itu dipersetujui Kabinet negeri dalam mesyuaratnya dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, baru-baru ini.
Bercakap kepada pemberita pada satu perhimpunan di kementerian itu di sini, beliau berkata jumlah pembayaran itu berbeza dengan pembayaran elaun ketua kampung sebanyak RM800 di Semenanjung.
"Ini kerana di Semenanjung, Ketua Kampung adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Dalam lain perkataan, beliau melakukan dua kerja dan adalah adil untuk Ketua Kampung di Semenanjung memperoleh RM800.
"Tetapi di Sabah, keadaannya berbeza kerana Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK adalah orang yang berlainan. Yang demikian, sebelum elaun ini dinaikkan Ketua Kampung hanya mendapat RM450, dengan RM400 dibiayai Kerajaan Persekutuan dan RM50 oleh Kerajaan Negeri.
"Dengan elaun yang baru, Ketua Kampung di Sabah akan mendapat RM650, dengan RM600 datang daripada Kerajaan Persekutuan dan RM50 oleh Kerajaan Negeri. Ini merupakan kenaikan RM200 sebulan bagi Ketua Kampung di Sabah," katanya.
Hajiji berkata berikutan perbezaan sistem di Sabah, Ketua Menteri telah membangkitkan hal ini dengan Kerajaan Persekutuan, dan akhirnya diputuskan kedua-dua Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Sabah mendapat tambahan elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.
Katanya dengan itu, Pengerusi JKKK akan menerima elaun bulanan baru RM400.
Hajiji berharap elaun baru berkenaan akan memberi motivasi kepada Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK di Sabah untuk melaksanakan kerja dengan lebih baik.
"Kedua-dua Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK adalah tokoh penting di kampung dan kedua-dua mereka memainkan peranan penting sebagai "mata dan telinga" kerajaan.
"Mereka seharusnya bekerja keras bukan sahaja untuk membawa pembangunan, keamanan, keselamatan, perpaduan dan keharmonian kampung tetapi juga membantu merealisasikan Hala Tuju Ketua Menteri dan menjadikan Sabah sebuah tempat yang selesa didiami untuk semua," katanya.
diharap dgn kenaikan ini, mutu kerja ketua kampung dan JKKK akan meningkat.
BalasPadamJika ada elaun pastikan kerja dijalankan dengan penuh ikhlas.
BalasPadamHarap2 kata2 harapan CM akan sampai ke ketua2 kampung di Sabah.
BalasPadamsaya harap penjelasan ini cukup untuk menjawab persoalan kenapa elaun ketua kampung di semenanjung berbeza dengan ketua kampung di Sabah..
BalasPadamkenaikan ini pasti akan mendorong Ketua Kampung dan JKKK untuk lebih fokus kepada tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.
BalasPadamsemoga KK dan JKKK menjadi mata dan telinga kerajaan yang peka dan terbaik.
BalasPadampengumuman seperti ini sudah tentu menjadi berita gembira kepada penerima, oleh itu pastikan apa yang diumumkan ini akan benar2 dilaksanakan tepat pada masa yang telah ditentukan..
BalasPadamSyukur ada sudah kenaikan elaun..rajin2 buat kerja lepas ni ok
BalasPadamContinue to voice out what should be done in Sabah, what should the Sabahans deserve.
BalasPadam"Dengan elaun yang baru, Ketua Kampung di Sabah akan mendapat RM650, dengan RM600 datang daripada Kerajaan Persekutuan dan RM50 oleh Kerajaan Negeri. Ini merupakan kenaikan RM200 sebulan bagi Ketua Kampung di Sabah,"
BalasPadamPenjelasan telah diberi harus diterima. Kenaikan elaun harus diterima dengan hati ynag terbuka juga.
Elaun telah tambah, tugas dan tanggung jawab juga perlu diperbaiki dan dinaik taraf.
BalasPadamPertambahan elaun memberi motivasi kepada mereka untuk berkhidmat dan melaksanakan kerja dengan lebih baik. Teruskan usaha dan memainkan peranan sebagai mata & telinga kepada kerajaan.
BalasPadamThe people of Sabah needed to voice out your need and wants. I'm sure government hearing your concern too.
BalasPadamkualiti kerja harus diperbaiki dari masa ke semasa.
BalasPadamsatu berita gembira kepada para ketua kampung dan pengerusi JKKK di sabah..
BalasPadamini bukti yang menunjukkan kerajaan negeri prihatin dan mendengar suara ketua2 kampung dan pengerusi JKKK di seluruh sabah..
BalasPadamapa jua permasalahan rakyat, kerajaan mendengarnya..janganlah rakyat cepat terpengaruh dengan pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan pekak dan buta kerana terbukti kerajaan negeri adalah kerajaan yang sensitif dengan permasalahan rakyat sabah.
BalasPadamsudah naik elaun jadi selepas ini, ketua kampung dan pengerusi JKKK di seluruh sabah harus menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan sebagai mata dan telinga kerajaan agar apa jua masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung akan segera dapat diselesaikan oleh kerajaan.
BalasPadam"Mereka seharusnya bekerja keras bukan sahaja untuk membawa pembangunan, keamanan, keselamatan, perpaduan dan keharmonian kampung tetapi juga membantu merealisasikan Hala Tuju Ketua Menteri dan menjadikan Sabah sebuah tempat yang selesa didiami untuk semua,"
BalasPadamkualiti kerja yang lebih baik harus dilakukan oleh KK dan pengerusi JKKK sebagai pemimpin akar umbi untuk membantu merealisasikan misi dan visi kerajaan untuk menjadikan sabah sebagai sebuah tempat yang selesa untuk didiami.
Ini kalilah saya paling cepat buat komplen kalau ketua kampun atak pengerusi JKKK di kg saya malas.. Kalau ada keramaian tu ketua kampubng kami lah yang paling duluan mabuk.
BalasPadamTapi ada sesiapa di sini yang tahu mahu komplen sama siapa? DO ka?
BalasPadamKerajaan menunaikan permintaan Ketua Kampung dan JKKK, seharus juga Ketua Kampung dan JKKK menunaikan tugas dan tanggung jawab mereka dengan berkesan and efektif.
BalasPadamClarification given given, needed to accept with open heart. Case closed with the increment of the allowances. At least the government do his part to take care of these Ketua Kampung & JKKK.
BalasPadamPerkara yang tidak adil seharus dikemukakan untuk mendapatkan tindakan yang wajar.
BalasPadamHarap tindakan kerajaan ini bukan disebabkan PRU akan datang. Keikhlasan terhadap perkara yang tidak adil harus diperbaiki. Semoga hak & kepentingan penduduk diutamakan.
BalasPadamElaun ditambah, kualiti kerja juga harus bertambah.
BalasPadamSemoga dengan kenaikan elaun ini kualiti perkhidmatan ketua kampung dan pengerusi JKKK dapat ditingkatkan.
BalasPadamIni adalah bukti kerajaan prihatin so pastikan keprihatinan itu juga disalurkan kepada rakyat menerusi peningkatan perkhidamatan yang baik:)
BalasPadamApapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti:)
BalasPadamHope that they will work harder to serve the people.
BalasPadamini pasti memberikan kegembiraan kepada ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK.
BalasPadamketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK harus lebih bekerja keras dan gigih untuk menjalankan tnggungjawab mereka.
BalasPadamBaguslah kalau macam itu. Yang penting ada penjelasan kepada ada perbezaan ketua kampung di Sabah dan semenanjung berbeza.
BalasPadamAda kenaikan RM200 untuk ketua kampung? Dari RM450 kepada RM650. Kenaikkan yang baik untuk tugas ketua kampung.
BalasPadamSemenanjung RM800 ada sebab kenapa ketua kampung sana dapat RM800. Sebab mereka buat dua kerja satu nama. Ketua kampung dan JKKK. Tapi di Sabah Ketua kampung dan JKKK adalah orang yang berlainan. Sebab itulah Ketua kampung di Sabah cuma dapat RM650.
BalasPadamPihak kerajaan prihatin dengan ketua kampung dan JKKK kampung... harap selepas ini tiada lagi cakap2 kosong untuk panaskan cerita ini..
BalasPadamharap dengan kenaikan ini jg ketua kampung akan lebih bersemangat dan meningkat mutu kerja..
BalasPadamhope they will not complain with the amount of salary they get..
BalasPadamJanganlah memanaskan hati orang dengan menuduh orang lain ==
BalasPadamjumlah gaji itu dah baik untuk mereka.
BalasPadamGood news.
BalasPadamIni boleh membantu mereka membantu orang kampung.
BalasPadamBut still problems arise.
BalasPadamone berkata...
BalasPadamBut still problems arise.
Jumaat, Oktober 28, 2011 9:31:00 AM
Masalah memang selalu akan timbul.
I hope the matter will be solved asap.
BalasPadamTahniah kepada ketua-ketua kampung. tapi jika dilihat dari sudut tanggungjawab, elaun ini tidak adil bagi pengerusi JKKK memandangkan tanggungjawab / peranan pengerusi JKKK lebih banyak berbanding ketua kampung. malah ada ketua kampung yang menyerahkan tugasannya kepada pengerusi JKKK. Pandangan rakyat terhadap kerajaan banyak berkaitrapat dengan peranan JKKK. Ini bukan bercakap soal elaun semata-mata tetapi lebih kepada persoalan sejauh mana penghargaan kerajaan kepada peranan para pengerusi JKKK.
BalasPadamSaya setuju kepada Tanpa Nama. Oleh itu, saya cadangkan agar tanggungjawab pentadbiran kampung diserahkan kembali kepada ketua kampung sahaja.
BalasPadamkalau di sarawak macam mana..? tak ada kenaikan ker..?
BalasPadam