Jabatan Kesihatan Sabah diminta jalankan siasatan terperinci
KOTA KINABALU 27/12/2012: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diminta untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung berikutan insiden yang berlaku di hospital Lahad Datu, dimana pesakit warga tua telah dibekalkan ubat yang telah luput tempoh penggunaannya.
“Perkara seperti ini sepatutnya tidak akan berlaku dan ini harus dipandang serius oleh Jabatan berkenaan kerana ianya melibatkan kesihatan pengguna. Ubat yang digunakan selepas tarikh luput berkemungkinan besar bertukar menjadi bahan yang berbahaya yang boleh memudaratkan kepada kesihatan manusia,” kata Presiden Pertubuhan Hal Ehwal dan Perlindungan Pengguna Sabah (CAPS), James Baga .
Katanya, CAPS memandang berat kejadian tersebut dan merasa amat kesal lebih lebih lagi ianya berlaku di hospital kerajaan yang sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada hospital atau klinik-klinik swasta di negeri ini.
Menurutnya, kejadian seumpama ini juga telah berlaku di hospital Jerantut Pahang pada bulan Julai tahun lalu dimana seorang kerani sekolah Mohd Fahmi Zulkifli, 26, telah mengalami sakit kepala, muntah muntah dan cirit birit setelah meminum ubat batuk yang sudah luput tempoh yang dibekalkan oleh hospital berkenaan kepadanya.
“Apabila kerani tersebut melapor kan kepada petugas hospital, dia diberitahu bahawa ubat yang sudah luput tidak ada kesan sampingan cuma kurang berkesan tetapi tidak memudaratkan. Susulan daripada itu, pengarah hospital Jerantut telah menziarahi mangsa di rumah kediamannya untuk memohon maaf,” tegasnya.
Beliau berkata kejadian seumpama ini menunjukkan Jabatan Kesihatan di peringkat negeri kurang mengambil perhatian terhadap hospital dibawah kelolaan mereka yang menjadi tumpuan utama pesakit kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan.
“CAPS khuatir perkara yang sama berlaku di lain-lain tempat cuma tanpa disedari oleh masyarakat pengguna yang lazimnya meletakkan kepercayaan dan keyakinan sepenuhnya kepada pihak hospital,” tambahnya.
Justeru itu, beliau meminta pihak Kementerian Kesihatan perlu membuat pemantauan terhadap kesemua hospital kerajaan di seluruh negara dan melupuskan segala ubat yang sudah luput tempohnya untuk mempastikan kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.
Insiden tersebut bukan sahaja membawa implikasi buruk kepada kesihatan malah ianya amat mengecewakan kepada masyarakat pengguna di negara ini yang mana akhirnya akan membuat mereka hilang kepercayaan terhadap intergriti jabatan berkenaan.
“CAPS menasihati pengguna supaya sentiasa meneliti label tarikh luput bagi setiap ubat yang dibeli ataupun diberi sebelum mengambilnya. Gunakan hak anda sebagai pengguna untuk bertanya tarikh luput sekiranya tidak terdapat label tersebut untuk mengelak penyesalan di kemudian hari,” tambahnya.
Ubat tarikh luput diberikan kepada pesakit. Nampaknya masalah ini perlu disiasat oleh pihak kementerian kesihatan.
BalasPadamPihak hospital juga sepatutnya membuat pemantauan kerap terhadap stok ubatan mereka untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku.
PadamHarap peristiwa ini tidak akan berlaku lagi, takut nanti ada perkara yang tidak di ingini berlaku.
PadamKenapa perkara ini boleh berlaku? Tidakkah pihak hospital memeriksa akan masalah ubat luput tempoh.
BalasPadamKementerian Kesihatan patut membuat pemantauan segera terhadap kesemua hospital kerajaan di seluruh negara dan melupuskan segala ubat yang sudah luput tempohnya.
PadamPegawai hospital sepatutnya lebih cermat dengan keadaan macam ini.
BalasPadamInsiden ini boleh menyebabkan rakyat tidak lagi percaya dengan pihak hospital, mereka haruslah mendapatkan semua keyakinan orang ramai.
BalasPadamMasalah ini sememangnya perlu dipantau oleh pihak kementerian kesihatan.
BalasPadamKesihatan dan keselamatan pesakit haruslah diutamakan sepanjang masa.
BalasPadamPemberian ubat seperti ini akan menjejaskan lagi kesihatan pesakit itu sendiri.
BalasPadamHarap pihak kementerian akan menjelaskan perkara ini dan akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi.
BalasPadamBeware of those expired medicines.
BalasPadamThe Health Department should be cautious.
BalasPadamJabatan Kesihatan harus peka.
BalasPadamKesihatan pesakit tidak harus jadi taruhan.
BalasPadamSiasatan terperinci harus ada.
BalasPadamJangan biarkan pesakit termakan ubat terlarang.
BalasPadamThis is serious thing.
BalasPadamUpgrading the medical knowledge among health officers.
BalasPadamHarus ada siasatan terperinci nanti susah.
BalasPadamThis is to ensure less complaints received.
BalasPadamWe are dealing with humans and not robot.
BalasPadamInsiden luput tarikh ubat? Tak ble jadi ni.
BalasPadamKes ni tidak seharusnya berlaku.
BalasPadamKelalaian kakitangan hospital ni boleh disaman oleh keluarga pesakit. mujurlah b elum berlaku perkara yang lebih buruk.
BalasPadamPerkara ni perlu ada penjelasan dari pihak yang menguruskan bahagian ubat2an di hospital.
BalasPadamPekerja di jabatan awam sepatutnya menunjukkan sepenuhnya komitmen dan tanggungjawab terhadap tugas mereka. perlu diingat bukan selama2nya mereka berada di zon yang selesa kalau kerja tidak dilaksanakan dengan baik.
BalasPadamPemantauan harus di buat bagi memastikan ubat-ubat yang terdapat di mana-mana farmasi di hospital dapat di pantau dan di kawal.
BalasPadamSiasatan juga harus di buat bagi memastikan bagaimana kejadian ini boleh berlaku dan untuk memperbaiki lagi sisitem sedia ada.
BalasPadamTimbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) telah menetapkan ubat-ubatan yang berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki oleh orang ramai dapat diperoleh secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
BalasPadamPada tahun lepas, perbelanjaan membiayai ubat-ubatan pesakit mencecah hampir RM1.8 bilion namun rakyat tetap dibekalkan ubat secara percuma di semua fasiliti kementerian
BalasPadamkementerian akan terus memastikan setiap rakyat mendapat akses kepada kesihatan yang berkualiti secara adil dan saksama.
BalasPadamdakwaan pembangkang itu membuktikan mereka sanggup menyatakanapa sahaja demi meraih undi walaupun ia fitnah semata-mata.
BalasPadamSaya percaya bahawa rakyat bijak menilai antara kaca dan permata. Satu Malaysia menolak fitnah
BalasPadamKementerian Kesihatan mempertimbang melaksanakan peraturan lebih tegas seperti hukuman penjara terhadap mereka yang didapati bersalah menjual ubat tidak berdaftar dan berisiko kepada orang ramai
BalasPadamkementerian sedang meminda beberapa peraturan berkaitan akta ubat-ubatan bagi melindungi pengguna dan mengambil tindakan yang lebih tegas itu.
BalasPadamubat-ubatan tersebut boleh mendatangkan implikasi kepada orang ramai, pada masa sama juga bagi amaran pada orang ramai supaya tidak sesuka hati menjual ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian di pasaran
BalasPadamakta yang melindungi pengguna daripada ubat-ubatan berisiko termasuk Akta Pendaftaran Farmasi 1951, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Racun dan Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956.
BalasPadamKlinik 1Malaysia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
BalasPadam