Rabu, Julai 04, 2012

MUSA MAHU GURU LEBIH PROAKTIF

Musa mahu guru agama lebih proaktif

KOTA KINABALU 4th July, 2012: Para guru agama di negeri ini digesa bersikap lebih proaktif, efisien dan melengkapkan diri dengan pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Katanya, hanya guru versatile dan berilmu sahaja yang akan dapat menghasilkan generasi pelajar berkualiti dan cemerlang, seterusnya memberi sumbangan bermakna kepada agama, bangsa dan negara.

“Tanggungjawab guru bukan sahaja terhad kepada penguasaan ilmu dan kemahiran, tetapi turut menekankan aspek nilai moral, etika serta jati diri yang mampu menjana modal insan secara menyeluruh,”

katanya dalam teks ucapan sempena Perasmian Majlis Hari Guru Peringkat Ne- geri Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jhe- ains) Tahun 1433H/2012M, di Wisma Muis, di sini, kelma- rin.

Teks ucapannya dibacakan oleh Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Sri Nasir Tun Sakaran yang juga selaku Menteri yang bertangungjawab mengenai hal ehwal agama Islam negeri Sabah.

Musa berkata, oleh itu guru-guru perlu meningkatkan tahap keilmuan di samping memperbaiki pencapaian aka- demik seterusnya melaksanakan agenda penting negara iaitu membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

Sebagai seorang pendidik, katanya, tangungjawab yang besar dan semakin mencabar harus dipikul di dalam mengasuh dan mendidik serta melengkapkan diri para pelajar dalam semua bidang ilmu.

Situasi ini memberi isya- rat jelas bahawa guru pada masa kini bukan sahaja ber- peranan mendidik pelajar dari segi teori tetapi juga dari segi praktikal, katanya.

Justeru, katanya, para pelajar perlu dibimbing dan diasuh berlandaskan matlamat pembangunan negara yang perlu diselarikan dengan kemajuan kerohanian.

Ini bererti penghayatan nilai-nilai murni wajar diterapkan dalam membangunkan modal insan yang berkualiti dan sempurna,katanya.

Katanya, guru juga perlu mempelbagaikan kaedah dan kreativiti di bilik darjah bagi melahirkan pelajar yang ber- pendidikan, berkemahiran, berilmu, bertakwa dan ber- akhlak mulia sekaligus me- ningkatkan lagi mutu pendidikan khususnya dalam bidang keagamaan.

“Selain guru, ibu bapa juga perlu bersama-sama me- mikul tangungjawab ini dengan mendidik dan membentuk sahsiah dan keperibadian yang mulia dalam kalangan anak-anak,” katanya.

Ini penting kerana institusi kekeluargaan merupakan jalan terbaik dan berkesan bagi membantu kejayaan para pelajar sekaligus mengelakkan mereka terjebak dalam aktiviti yang tidak bermanfaat, katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Amri A. Suratman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jheains, merangkap pengerusi sambutan hari guru Jheains Tahun 2012, Saifuddin Daud.

-----------------

Versatile teachers can inspire student excellence – CM

Belia perlu siap sedia hadapi kepesatan pembangunan

Ghapur claims BN candidate sabotage duo were rewarded

25 ulasan:

  1. guru2 agama harus mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi di samping akhlak yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan pula berlaku kes2 yang tidak boleh dijadikan teladan. nanti kerana setitik nila rosak susu sebelanga.

      Padam
  2. Agree with Datuk Musa that we need more proactive and efficient teachers who can deliver better service to the education sector in the state.

    BalasPadam
  3. Good teachers will shape good students, hope that they will bring positive influence to the students so that they can become useful individuals in the future.

    BalasPadam
  4. Semoga Guru-guru akan terus membuktikan yang mereka mampu memberikan pendidik yang mencukupi untuk kanak-kanak kita tidak kira di bandar dan luar bandar.

    BalasPadam
  5. Guru biarlah menjadi role model buat para pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Role model pada pelajar2 yang semakin meningkat usia.

      Padam
  6. Guru2 perlu lebih aktif dan bersemangat dalam setiap pembelajaran.

    BalasPadam
  7. guru2 perlu memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab mereka.. jangan terlibat dengan kempen politik.. kalau mahu berpolitik, berhenti saja dari profesion perguruan..

    BalasPadam
  8. The State Education Department has set eight strategic focuses as its Key Performance Indicator (KPI) in improving the education level in Sabah. Among these include the improvement of management leadership at school level.

    BalasPadam
  9. This is in line with the ‘education for all’ and ‘all for education’ concepts towards producing a quality human capital, and of course this requires an effective mechanism to be set in place.

    BalasPadam
  10. For this purpose, the department of education was committed to implement quality management system based on MS ISO 9001:2008 while at the same time adopting the 5S concept, besides Star Rating system as required by MAMPU.

    BalasPadam
  11. Other focuses include improving the overall performance of public examinations, namely UPSR, PMR, SPM and STPM.

    BalasPadam
  12. Close cooperation between various parties, such as parents, the community, private sector and local leaders is essential in ensuring excellent education services.

    BalasPadam
  13. The development and upgrading of school infrastructures and facilities, compliance of the financial procedures at all levels and implementation of the Standard Primary School Curriculum (KSSR).

    BalasPadam
  14. The Education department would also give attention to reducing the backlog of disciplinary cases, reducing absenteeism among students and achieving the sub-NKRA (National Key Results Area) that had been adopted by the Ministry of Education.

    BalasPadam
  15. There were 499,684 students with 40,276 teachers and 6,654 supporting staff at 1,070 primary and 213 secondary schools in Sabah.

    BalasPadam
  16. The element of recognition at workplace was becoming more important nowadays as shown by studies on the contributing factors to individual motivation and work performance.

    BalasPadam
  17. Besides salary and incentives, workers also desire respect, to be entrusted to have autonomy in carrying out their duties as well as social and moral support.
    x

    BalasPadam
  18. Besides salary and incentives, workers also desire respect, to be entrusted to have autonomy in carrying out their duties as well as social and moral support.

    BalasPadam
  19. In this respect, recognition such as the APC could help in bringing out the best in the individual worker.

    BalasPadam
  20. The ministry had high hopes on education practitioners in Sabah to play their part as a medium for generating development in the country through education in the various fields.

    BalasPadam
  21. In today’s globalised world, the task of an educator in guiding the younger generation into a competitive, innovative and creative human capital that has high integrity values and patriotism has become more challenging and complicated.

    Teachers, therefore must possess not only sound knowledge in education but also charismatic and able to be a role model that help mould the next generation.

    BalasPadam
  22. In today’s globalised world, the task of an educator in guiding the younger generation into a competitive, innovative and creative human capital that has high integrity values and patriotism has become more challenging and complicated.

    BalasPadam
  23. Teachers, therefore must possess not only sound knowledge in education but also charismatic and able to be a role model that help mould the next generation.

    BalasPadam