Angkat berat wanita ke Olimpik
KUALA LUMPUR - Skuad angkat berat wanita melakar sejarah apabila kerana buat pertama kali bakal mempunyai wakil pada Sukan Olimpik, Julai ini.
Tiket sulung tersebut ditempah menerusi Kejohanan Asia yang melabuhkan tirainya di Pyeongtaek, Korea Selatan semalam.
Seperti benua yang lain, Kejohanan Asia diiktiraf sebagai pentas kelayakan untuk negara-negara yang masih belum meraih kuota melalui dua acara kelayakan penting iaitu Kejohanan Dunia 2010 dan 2011.
Slot kelayakan ditentukan berdasarkan ranking sesebuah negara dengan jumlah mata yang diraih di Pyeongtaek.
Ini ditambah kepada jumlah mata yang sudah dipungut sepanjang 2010 dan 2011.
Dengan negara kuasa besar Asia seperti China, Thailand, Korea Selatan, Jepun, Vietnam, Taiwan dan Korea Utara telah menempah kuota masing-masing, Kejohanan Asia membuka laluan kepada lain negara merebut baki enam slot yang masih tinggal.
Negara ranking pertama hingga keenam akan meraih satu slot dan Malaysia yang memungut 91 mata berjaya menempatkan diri pada tangga keenam bagi menempah tiket terakhir.
Uzbekistan yang mengungguli ranking pertama diikuti Syria, Indonesia, India dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) juga mengesahkan satu slot.
Mata Malaysia disumbangkan oleh Azizah Fadzil dan Sharifah Inani Najwa (53kg), Frenceay Titus (58kg) dan Nurjannah Batrisya (75kg ke atas).
Azizah Fadzil
Sharifah Inani Najwa
Frenceay Titus
Nurjannah Batrisya
Antara keempat-empat mereka, Nurjannah muncul atlet terbaik negara selepas menyempurnakan angkatan 221kg untuk menamatkan acara di tempat keempat, justeru menjadi penyumbang mata terbanyak.
Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Zafarul Akhbar Kassim ketika dihubungi mengesahkan kejayaan skuad angkat berat wanita menempah slot tersebut.
Namun, katanya pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas keputusan ujian dopingkeluar 10 hari lagi.
"Malaysia sudah mengesahkan satu kuota dalam bahagian wanita, tetapi kita belum boleh meraikannya.
"Kita perlu selama 10 hari lagi sebelum mengetahui keputusan ujian doping," katanya.
Namun skuad lelaki gagal ke Olimpik apabila menamatkan saingan di ranking kesembilan.
Oleh TAN MING WAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan