Selasa, Mei 01, 2012

HATI-HATI DENGAN GAMBAR YANG DI ‘UPLOAD’ KE FACEBOOK

Terkejut foto dalam laman porno

SINGAPURA: Selepas diberitahu seorang teman, seorang suri rumah, Jules Rahim baru-baru ini terkejut menemui fotonya dipaparkan dalam laman web porno.

Menurut The Straits Times, foto yang menunjukkan dia berbikini itu ditemui dalam laman web mencari pasangan. Di bawah gambar itu tertulis nombor telefon untuk dihubungi dan jumlah kos untuk bersembang.

Gambar itu diambil daripada akaun Facebook milik Jules. Dia memuat naik foto itu tiga tahun lalu.

Ibu kepada empat anak itu memberitahu akhbar berkenaan, pengambilan fotonya daripada Facebook amat memalukan. “Orang mungkin memikirkan yang bukan-bukan mengenai saya,” katanya. Berikutan itu, dia membuat dua laporan polis. Dia juga bercadang untuk memfailkan aduan ke mahkamah atas dakwaan pencerobohan disengajakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan