Isnin, Mei 16, 2011

"SAYA INGIN RAKYAT BERSEDIA. SAYA TIDAK MAHU NANTI RAKYAT TERKEJUT, KATA HARGA MINYAK TIDAK NAIK TETAPI AKHIRNYA NAIK JUGA," - SABRI

Rakyat Diminta Bersedia Kemungkinan Harga RON95 Naik

 

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Rakyat perlu bersedia kemungkinan berlaku kenaikan harga petrol RON95, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka akan dibuat sekali lagi bulan depan.

"Saya ingin rakyat bersedia. Saya tidak mahu nanti rakyat terkejut, kata harga minyak tidak naik tetapi akhirnya naik juga," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar baru-baru ini bahawa harga bahan mentah itu tidak akan naik buat masa ini.

Ismail Sabri berkata kenyataan tidak akan naik buat masa ini tidak bererti harga bahan mentah itu tidak akan naik.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember tahun lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter.

39 ulasan:

  1. Harap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga RON 95.

    BalasPadam
  2. Jika kerajaan dapat melakukan sesuatu agar kenaikkan ini tidak membebankan rakyat saya rasa itu sudah cukup baik. Saya juga berpendapat bahawa gaji pekerja dinaikan agar ini selaras dengan kenaikkan harga barang di Pasaran.

    BalasPadam
  3. Rakyat sepatutnya bersiap sedia dari segi mental, jika tidak ada rakyat serupa gambar kartun di atas.

    BalasPadam
  4. Rakyat berpendapatan rendah yang akan sangat terbeban dengan kenaikkan harga minyak. Jika di SM mereka ada pelbagai kemudahan seperti monorel tetapi disabah, naik bus pun xda aircon...

    BalasPadam
  5. Bersiap sedia.....gaji sikit harga petrol melambung ??? di mana area yang kita mahu bersiap sedia???? sedang kan di SM mereka ada pelbagai kemudahan selain kereta... Di sabah ada apa????

    BalasPadam
  6. Majikan seharusnya bersedia untuk menaikkan gaji para pekerjanya..

    BalasPadam
  7. rakyat mmg tau bahawa harga minyak akan sentiasa naik. apapun, kenaikan itu biarlah selaras dgn kemampuan dan pendapatan rakyat.

    BalasPadam
  8. rakyat tidak terkejut dengan kenaikan harga minyak. rakyat cuma bimbang bagaimana untuk menanggung perbelanjaan minyak dan perbelanjaan2 lain jika semua harga barangan semakin meningkat sedangkan gaji tidak pula meningkat.

    BalasPadam
  9. diharap kerajaan dapat mencari alternatif lain agar kenaikan minyak ini tidak terlalu mendesak rakyat.

    BalasPadam
  10. Rakyat bukan bodoh, rakyat tidak terkejut cuma TIDAK TAHAN dengan harga minyak yang tinggi.

    BalasPadam
  11. Terpaksa jualkan kereta dan beli motorsikal.
    Takut juga bahaya pakai motor kerana keadaan jalanraya sekeliling kk teruk.

    BalasPadam
  12. Terkejua saya hari itu beli gas, sudah 32.50 satu tong. Kini minyak naik lagi??

    BalasPadam
  13. Ada pilihan lain dari menaikan harga RON 95??

    BalasPadam
  14. siap sedia apa? siap sedia untuk kos perbelanjaan meingkat

    BalasPadam
  15. Apa lagi rakyat boleh buat selain terima hakikat ini.

    BalasPadam
  16. Cuba bayangkan, jika tiada rasuah atau 'kick back' dalam semua projek kerajaan, cukupkah duit itu digunakan untuk mensubsidi minyak?

    BalasPadam
  17. nampaknya sudah pasti harga minyak RON95 akan naik dalam masa terdekat..

    BalasPadam
  18. rakyat harus bersedia akan kenaikkan harga barang lain..

    BalasPadam
  19. jika harga RON95 naik, sudah pasti beban rakyat akan bertambah disebabkan gaji tidak naik2..gaji minimum apa khabar sudah?

    BalasPadam
  20. kerajaan harus memastikan gaji pekerja di semua sektor dinaikkan bagi menampung beban akibat kenaikkan harga minyak..

    BalasPadam
  21. kadar kemiskinan pasti akan naik semula..keciciran pelajaran pasti akan meningkat jumlahnya..semua gara2 kos hidup yang meningkat tapi kerajaan tidak peduli..

    BalasPadam
  22. Rasanya, rakyat dah terlebih sedia utk berdepan dengan kenaikan harga. Masalahnya kalau gaji hanya cukup makan, mcm mana???

    BalasPadam
  23. Kalau boleh pastikan gaji rakyat dinaikkan dulu bagi membolehkan rakyat terus survive dalam ekonomi sekarang.

    BalasPadam
  24. Apapun, rakyat harus cari jalan juga utk berdepan dengan kemungkinan kenaikan harga.

    BalasPadam
  25. Ketara betul ini hint harga minyak bakal naik lagi. ayoyoyo :(

    BalasPadam
  26. Ready sajalah wahai rakyat. Tak lama lagi semua pun jalan kaki sajalah ni. hahhaha

    BalasPadam
  27. rasanya gaji minimum wajar dilaksanakan secepat mungkin bagi membantu rakyat berhadap dengan kenaikan kos hidup kini.

    BalasPadam
  28. diharapkan kerajaan akan dapat mencari jalan bagi membantu rakyat berdepan dengan semua ini.

    BalasPadam
  29. kerajaan dan rakyat kena bijak dalam kawal perbelanjaan.

    BalasPadam
  30. Apa pun perkara memang tidak dapat dijangka. Harap RON95 dapat dikawal sebaiknya.

    BalasPadam
  31. Rakyat perlu bersedia dengan kemungkinan ini. Kalau harga asyik naik, tapi gaji tidak pernah naik langsung bukankah itu membebankan rakyat. Kalau kerajaan bijak, kenaikan yang berlaku haruslah seimbang.

    BalasPadam
  32. Jika harga minyak naik pasti juga harga barang akan naik. Agak sukar untuk mengawal kewangan dengan kenaikan yang semakin kerap berlaku. Kerana dengan hanya gaji cukup-cukup makan dapatkah rakyat mengawal perbelanjaan dengan harga barang keperluan yang naik.

    BalasPadam
  33. kerajaan juga sepatutnya besedia merancang dan melaksana apa sahaja kaedah yang boleh mengembalikan kuasa beli rakyat kesan dari kenaikan harga minyak ini.

    BalasPadam
  34. sekadar menasihatkan rakyat untuk bersedia bukanlah tindakan profesional sebagai sebuah kerajaan yang sepatutnya bertanggunjawab memastikan rakyat dapat menikmati pembangunan yang dibawa oleh kerajaan pilihan mereka. kenaikan minyak ini mungkin tidak dapat dielakkan, tapi mengarahkan rakyat bersedia menghadapinya bukanlah alasan untuk kerajaan mengelak dari melaksanakan skim gaji minimum..

    fahami rakyat sebelum meminta rakyat memahami kerajaan...

    BalasPadam
  35. The government can't even stop the hiking of everything.

    BalasPadam
  36. Kerajaan mana mungkin dapat mengawal segalanya.

    BalasPadam
  37. I'm not standing in any position but I don't think we should blame the government for this.

    BalasPadam
  38. Kenaikan harga minyak bukan sesuatu yang dijangka.

    BalasPadam
  39. The government will look at the matter before putting its decision.

    BalasPadam