K'jaan diminta laksana projek penanaman getah di Nabawan
8th December, 2010 KOTA KINABALU: Penduduk pedalaman khususnya Nabawan mahu kerajaan negeri melaksanakan projek penanaman getah secara besar- besaran di kawasan itu bagi membantu mengurangkan kadar kemis- kinan.
Wakil penduduk kampung yang juga Pegawai Bahagian Zon Pedalaman Atas (Keningau) Juruperunding Hal Ehwal Kepenggunaan Alam Sekitar dan Hak Asasi Manusia, Alexsius Mangka berkata, ini kerana Nabawan adalah antara kawasan yang mempunyai ramai penduduk tergolong dalam miskin tegar.
Beliau berkata, antara langkah terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan penanaman getah secara besar-besaran.
“Saya difahamkan, setakat ini Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) Nabawan sedang menunggu peruntukan untuk penanaman getah secara berkelompok di kawasan Nabawan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke pejabat New Sabah Times, di sini, kelmarin
Alexsius berkata, ramai penduduk kawasan itu berminat untuk menanam getah apatah lagi harga kepingan getah meningkat hampir RM7 ketika ini.
“Setakat ini seramai 30 pemohon (tidak termasuk pemohon individu) telah mengemukakan permohonan untuk penanaman getah secara berkelompok sejak empat tahun yang lalu tetapi belum lagi dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan,” katanya.
Sehubungan itu, Alexsius berharap projek penananam getah secara ber- kelompok dan secara individu di kawasan Nabawan dapat dilaksanakan melalui peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan iaitu peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Parlimen dan pembangunan luar bandar.
“Kami amat mengharapkan agar kawasan Nabawan diberi pertimbangan sewajarnya tahun depan untuk penanaman getah secara berkelompok dan individu.
“Ini salah satu cara untuk membasmi kemiskinan luar bandar selain Program Penduduk Rakyat Termiskin (PPRT), tambahan pula kawasan Nabawan amat sesuai untuk penanaman getah,” katanya.
Sementara itu, berkenaan dengan bantuan bencana alam untuk para petani di kawasan Nabawan, Alexsius mendakwa para petani yang mengalami kerugian daripada bencana alam kemarau pada tahun lalu masih belum menerima bantuan daripada pihak Jabatan Pertanian.
Oleh itu beliau berharap, pihak berkenaan dapat mempercepatkan proses pemberian bantuan untuk para petani yang mengalami kerugian akibat kemarau.
Mengenai pemilihan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) beliau turut berharap apabila tamat tempoh jawatan seseorang pengerusi JKKK, pemilihan itu akan diserahkan kepada rakyat di kawasan itu untuk pemilihan semula.
“Pelantikan dan pemilihan seseorang JKKK melalui suara rakyat di kawasan berkenaan adalah lebih baik daripada lantikan pihak tertentu,” katanya.
I hope the government will consider the people's plea for assistance.
BalasPadamlantikan JKKK haruslah melalui suara rakyat kawasan berkenaan..ianya adalah lebih demokrasi..
BalasPadampenanaman getah adalah antara cara yang baik untuk membasmi kemiskinan..kerajaan harus mempertimbangkan cadangan baik ini..
BalasPadamdiharap peruntukan akan disalurkan untuk melaksanakan projek ini yang menguntungkan rakyat..
BalasPadampenanaman getah harus dibangunkan kerana ia boleh menjadi sumber pendapatan utama penduduk.,
BalasPadamjika penanaman getah dapat membantu mengurangkan kemiskinan tidak salah jika projek penanaman getah di kawasan berkenaan dijalankan.
BalasPadamperlaksanaan projek yang dapat mengurangkan kemiskinan memang diperlukan oleh rakyat. diharapkan usaha terus dapat dilakukan bagi membolehkan rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.
BalasPadamIni adalah satu projek yang bagus kerana ia dapat mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar.
BalasPadamDiharapkan kerajaan akan bertimbang cadangan peduduk pedalaman.
BalasPadampenyelesaian kepada masalah penduduk yang tergolong dalam miskin tegar dikawasan berkenaan telah pun ada penyelesaiannya, hanya perlukan tindakan sahaja dipihak kerajaan. jangan tangguh perkara ini dan selesaikannya segera.
BalasPadambantuan bencana alam sepatutnya disalurkan tepat pada masanya, tidak perlu tunggu setahun atau menunggu aduan dari penduduk yang terjejas. saya harap pihak yang berkenaan sensitif dengan masalah rakyat seperti ini yang bersungguh2 ingin mendapatkan bantuan dari kerajaan.
BalasPadamcadangan ni patut dipertimbangkan jika mampu memabawa keuntugan kepada penduduk.
BalasPadamJika projek ni dapat dilaksanakan saya yakin pasti dapat membantu mengurangkan kadar kemiskinan.
BalasPadamSetuju ben. Dengan terlaksananya projek ni, saya yakin banyak pasti taraf kehidupan penduduk dapat ditingkatkan.
BalasPadamSemoga peruntukan dapat disalurkan bagi memastikan projek ini dapat direalisasikan.
BalasPadamApapun saya yakin kerajaan pasti akan membantu rakyat seadanya. Justeru kita tunggu dan lihat sajalah nanti k.
BalasPadamPenduduk di sana mengemukakan cadangan ini untuk tujuan mengeluarkan diri daripada kemiskinan, semangat ini patut digalakkan. Jika kerajaan memberi bantuan kepada mereka, saya harap mereka akan berusaha mengurus ladang getah ini.
BalasPadamIni memang satu cadangan yang baik untuk membantu penduduk mencari mata pencarian untuk menampung hidup.
BalasPadamPenanaman getah secara besar-besaran ini akan dapat membantu pengeluaran getah negara dan sambil itu memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk untuk menyara hidup mereka dan pada masa sama akan mengurangkan kadar kemiskinan dinegeri kita ini.
BalasPadammengenai pelantikkan JKKK itu memang lebih baik dengan suara ramai dan bukan dengan perlantikan terpilih saja. Kita mesti mempunyai seorang JKKK yang dipercayai oleh setiap orang, maka dengan suara ramai ini adalah yang terbaik.
BalasPadamCadangan ini amat baik kerana ia dapat membantu meminimakan kadar kemiskinan serta kebergantungan kepada kerajaan.
BalasPadamRubber planting will enhance the state's economy in a long run.
BalasPadamKerajaan tempatan harus mengambil cadangan tersebut untuk mengurang kebergantungan sama kerajaan pusat.
BalasPadamI think this is a brilliant idea. Rubber sector has been pumping lots of dollars here. I guess this is not a hard thing to do.
BalasPadamPenanaman getah secara komersil dapat membantu mereka, meningkatkan taraf hidup mereka.
BalasPadamSaya berpendapat, bagi menangani masalah kemiskinan di negeri ini adalah dengan cara menggalakkan penduduk kampung dengan mengusahakan jenis tanaman yang yang boleh memberi sumber pendapatan yang berterusan.
BalasPadamPenanaman Kelapa sawit dan getah mampu memberi sumber pendapatan yang berterusan. Disamping itu juga tanaman kontang turut digalakkan sebagai tanaman sampingan samada untuk dipasarkan mahupun kegunaan sendiri.
BalasPadam“Kami amat mengharapkan agar kawasan Nabawan diberi pertimbangan sewajarnya tahun depan untuk penanaman getah secara berkelompok dan individu.
BalasPadamDiharapkan permintaan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak kerajaan untuk melaksanakan tanaman getah atau tanaman lain yang disarankan oleh Jabatan Pertanian, pada masa sama ia bertujuan bagi memenuhi keperluan pasaran.
Selain dari menanam pokok getah, penternakan lembu tenusu harus digalakkan, bukan sahaja di daerah Nabawan tetapi semua pengusaha yang memiliki sebidang tanah. Keperluan susu lembu adalah kritikal diperlukan bukan sahaja di sabah tapi di seluruh malaysia. Perusahaan ini tidak hanya dapat membasmi kemiskinan teger di negeri ini tetapi juga mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
BalasPadamSebarang peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan diharap dapat disasarkan kepada semua penduduk kampung yang sangat-sangat memerlukannya.
BalasPadamSatu usaha yang bagus dan sangat relevan. Dengan adanya usaha ini saya rasa kadar penganguran juga akan berkurangan disamping mencipta pendapatan kepada mereka yang tidak bernasib baik untuk pergi ke bandar dan mendapatkan pekerjaan.
BalasPadamgilaaaaaaaaaaaa
BalasPadamKerajaan tidak akan mensia2kan rakyat kerana tanpa rakyat siapalah kerajaan...
BalasPadam