Sabtu, April 21, 2012

PINDAAN AUKU DILULUS, PELAJAR BEBAS PEGANG JAWATAN

Pindaan Auku dilulus, pelajar bebas pegang jawatan

sidang parlimen

KUALA LUMPUR 20 April 2012 - Persidangan Dewan Rakyat malam tadi meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, dengan pindaan yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus.

Perenggan 15(2)(c) telah digugurkan yang dicadangkan melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik.

Larangan itu bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang telah mencadangkan untuk menggugurkan subseksyen itu berkata sekatan tersebut akan memberi ruang yang sangat besar kepada pihak tertentu untuk terus mengkritik kerajaan.

Katanya, mereka akan memberikan hujah yang mengatakan kerajaan tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada mahasiswa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menggulung perbahasan rang undang-undang tersebut berkata, kementerian bersetuju supaya subseksyen tersebut digugurkan berikutan hujah yang diberikan adalah meyakinkan.

Mengulas mengenai kebimbangan ahli-ahli Parlimen sama ada pindaan tersebut boleh menjejaskan peranan universiti dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian, beliau berkata, perkara tersebut telah diberi pertimbangan oleh kepimpinan negara apabila bersetuju untuk melakukan pindaan terhadap akta berkenaan.

Katanya, pindaan itu adalah bagi mencapai keseimbangan antara soal kebebasan politik dan juga bagi mencapai matlamat pendidikan.

Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman (BN-Lipis) melahirkan kebimbangan jika idelogi parti dan agenda politik kepartian yang bersifat memihak atau partisan politik menular di dalam kampus.

Katanya, beliau bimbang ia akan menimbulkan masalah jika tidak dapat dikawal.

Bagaimanapun, katanya, beliau berharap mahasiswa menggunakan peluang yang telah terbuka dan diberikan oleh kerajaan itu sebaik-baiknya untuk menunjukkan yang mereka sudah cukup matang dan bersedia menggunakan kebebasan yang diberikan tanpa menjejaskan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar universiti yang berilmu dan berjaya.

"Saya berharap mahasiswa bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan pilihan bagi memastikan mereka tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab utama.

"Harapan ibu bapa dan komitmen penaja pengajian, keharmonian kampus dan hak pelajar lain yang ingin belajar dengan tenang tanpa terlalu diganggu dengan soal berpolitik yang melampau dalam kampus," katanya.

Katanya, beliau berharap pentadbiran universiti dapat menasihati pelajar untuk menggunakan kebebasan dengan sebaik-baiknya dan jangan mudah diperalatkan oleh mana-mana pihak.

25 ulasan:

  1. Pastikan pelajar tidak menghabiskan semua masa pada politik sehingga pendidikan terabai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akhirnya pelajar pun diberikan kebebasan untuk berpolitik. kita lihatlah bagaimana prestasi pelajaran mereka nanti.

      Padam
    2. Tiada gunanya kuat berpolitik tetapi pelajaran terbengkalai.

      Padam
    3. Kenalah membahagikan masa dengan bijak dan berguna.

      Padam
  2. Sepatutnya para pelajar meletakkan pendidikan mereka pada tempat pertama kerana itu apa yang diharapkan oleh ibu-bapa yang bersusah payah menghantar mereka ke Universiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la ba yang sepatutnya, tapi ni pelajar2 semakin canggih sebab tu banyak permintaannya.

      Padam
    2. Kebebasan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan kepercayaan sepenuhnya diberikan kepada para mahasiswa. harap mereka tidak akan menyalahgunakannya.

      Padam
    3. Saya rasa kebanyakan ibu-bapa idak akan bersetuju anak-anak mereka berpolitik. Setiap ibu-bapa mahu anak mereka belajar bersungguh-sungguh.

      Padam
    4. Harap mereka akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Pelajaran adalah lebih penting.

      Padam
  3. Aktiviti luar kampus jangan terlalu asyik sehingga pelajran terabai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terpulanglah kepada para mahasiswa bagaimana pembahagian masa dibuat. Kalau pelajaran terabai, sendiri juga yang rugi nanti.

      Padam
  4. w/pun, pelajaran harus diberikan keutamaan dan bukannya sibuk berpanjangan dengan aktiviti di luar kampus terutama aktiviti politik..

    BalasPadam
  5. Apa gunanya ada banyak ahli politik tetapi prestasi pendidikan mereka tidak cukup baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

      Padam
    2. Harap mereka akan membahagikan masa dengan baik.

      Padam
  6. Pelajar kena bijak bahagikan masa mereka dan beri komitmen terhadap pelajaran dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika tidak, kedua-dua ini pun tidak dibuat dengan baik pada akhirnya.

      Padam
  7. walaupun pelajar diberi kebebasan tersebut, tapi sebaiknya utamakan pada pelajaran.

    BalasPadam
  8. Semua harus berpengetahuan dalam dua perkara ini. tapi kena balance lah...

    BalasPadam
  9. baguslah. Tapi sebaiknya berikan keutamaan kepada pembelajaran sebagai seorang pelajar.

    BalasPadam
  10. Gunakan pindaan ini sebaik yang mungkin.

    BalasPadam
  11. jangan salah guna kebenaran yang telah diberikan.

    BalasPadam
  12. ba sama2 la kita tunggu apa hasilnya bila pelajar2 kita dibenarkan aktif berpolitik..

    BalasPadam
  13. bayangkan jika pelajar aktif berpolitik dan pensyarah juga aktif berpolitik.. apa akan jadi jika kedua2 kumpulan ini mempunyai saluran politik yang berbeza??

    BalasPadam
  14. apa2pun syabas kepada kerajaan kerana mendengar permintaan rakyat dan sekiranya berlaku apa2 masalah dikemudian hari ekoran keputusan ini, jangan salahkan kerajaan..

    BalasPadam