PRU13: Kempen minimum 10 hari, kata SPR
PUTRAJAYA 20 April 2012 - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan syor supaya tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah tidak kurang dari 10 hari.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dicapai hasil mesyuarat khas SPR kelmarin mengenai setiap syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
"Mesyuarat turut menerima supaya proses pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota SPR dikaji semula secara teliti untuk memberi keyakinan bahawa badan itu benar-benar bebas daripada pengaruh Eksekutif dan Legislatif," katanya.
Beliau berkata, pihaknya juga bersetuju penstrukturan semula badan itu dilaksana dengan memberi kuasa perundangan sewajarnya.
Selain itu Abdul Aziz berkata, SPR menyambut baik usaha memperkasa kedudukan badan itu di sisi perundangan serta kedudukan struktur fungsi SPR sebagai sebuah badan bebas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pilihan raya.
Dalam kajian penambahbaikan itu, beliau berkata, sebanyak 22 syor telah dikemukakan untuk dikaji dan diambil tindakan mengikut kesesuaian dan keupayaan.
Tujuh daripada 10 syor akan dilaksanakan termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota tentera dan polis, pembersihan daftar pemilih,
memansuhkan proses bantahan terhadap kertas pencalonan pada hari penamaan calon dan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar sebagai pemilih untuk mengundi secara pos.
Selain itu, Abdul Aziz berkata, SPR akan mengambil segala tindakan yang perlu secara berterusan bagi memastikan Daftar Pemilih yang bersih sebagaimana yang disyorkan PSC.
"SPR juga bersetuju untuk bekerjasama secara berterusan dengan agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis dan Mimos dalam usaha membersihkan Daftar Pemilih," katanya.
Beliau berkata untuk pembersihan secara berterusan, SPR akan menjalankan urusan itu berdasarkan Peraturan 10 dan Peraturan 25 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Mengenai cadangan agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengawasi pelaksanaan kerja SPR dan urusan berkaitan daftar pemilih, Abdul Aziz berkata, ia bercanggah dengan kedudukan dan kebebasan SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Manakala berhubung cadangan pendaftaran secara automatik pula, Abdul Aziz berkata, SPR perlu membuat kajian terperinci dari pelbagai sudut dan implikasi kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
"SPR sebagai sebuah badan bebas bertanggungjawab melaksanakan fungsi dan tanggungjawabnya berdasarkan tiga fungsi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
"SPR akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab itu secara adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam pilihan raya," katanya.
Bersih 2.0 meminta hari kempen tidak kurang daripada 21 hari, SPR sanggup berkompromi untuk meletakkan minimum 10 hari.
BalasPadamsesuailah itu. tidak perlu ambil masa yang lama untuk berkempen. biar masa singkat dan padat.
PadamBuat apa kempen lama2. Orang pun mahu kerja. Bazir kertas, poster saja. Sampah pun akan bertambah terutamanya lepas ceramah kempen diadakan.
PadamDiharapkan SPR akan melakukan yang terbaik untuk menambah baik sistem dan proses pilihan raya dalam negara.
BalasPadamSudah kira baik kerana beberap cadangan daripada Bersih 2.0 seperti penggunaan dakwat kekal sudah diterima oleh SPR. Dan PSC juga bersetuju dengan 18 daripada 22 cadangan dan ia bakal dilaksanakan pada PRU-13 nanti.
BalasPadamwakil2 pembangkang pun ada dalam PSC, sudah tentu suara2 mereka didengari. Pasti sudah dibincangkan.
PadamSepatutnya Bersih 3.0 tidak perlu dilaksanakan. kalau buat sampai semua pihak berpuas hati memang sukarlah. lagipun masa semakin singkat sekarang. tidak perlulah layan sangat dengan kemahuan mereka tu.
PadamBetul tu, Bersih patut berbincang dengan SPR tentang apapa cadangan untuk membersihkan sistem pilihanraya, tidak perlulah mengadakan demonstrasi.
Padam10 hari berkempen cukup la, tidak payah lama2 nanti basi..
BalasPadamnampaknya SPR komited untuk memastikan pilihanraya yang akan diadakan nanti berjalan dengan lancar, jujur dan bersih..
BalasPadamKerjasama semua pihak penting barulah semuanya berjalan dengan baik. penyelewengan dan manipulasi perlu dielakkan.
PadamDiharapkan SPR akan berusaha memastikan PRU-13 ini berjalan lancar, bersih dan adil.
PadamHopefully we will have a fair and clean election.
BalasPadamMasalah utama sekarang ini adalah pembersihan senarai nama pengundi. Jika tidak dapat diatasi sebelum PRU13, akan jadi isu besar.
BalasPadammasa berkempen tak perlu lama sangat, nnti macam2 timbul dalam tempoh tersebut.
BalasPadamlagipun pembangkang hari2 berkempen.. tidak cukup berkempen, dia anjurkan lagi perhimpunan haram..
PadamIkut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Ini bagi menggelak perkara yang tidak diingini berlaku.
BalasPadamBerkempenlah sepuasnya.
BalasPadamkempen dengan cara yang bersih dan bukannya ada unsur menipu.
BalasPadambagaimana pula dengan lapan tuntutan Bersih?? kalaupun tuntutan mereka itu tidak dapat dilaksanakan, sekurang2nya tampillah memberikan penjelasan apa rasionalnya tuntutan itu tidak dapat dilaksanakan..
BalasPadam