Selasa, April 10, 2012

KES PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) DI SABAH MENINGKAT LEBIH 100 PERATUS DALAM SEMINGGU

Kes HFMD Di Sabah Meningkat Lebih 100 Peratus Dalam Seminggu

KOTA KINABALU, 9 April (Bernama) -- Kes-kes terbaru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah meningkat lebih sekali ganda (112.5 peratus) dalam tempoh seminggu berakhir semalam kepada 68 berbanding 32 kes minggu sebelumnya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata jumlah kes setakat ini sejak awal tahun ini adalah seperti berikut:

Penampang mencatatkan kes tertinggi dengan 106, diikuti Kota Kinabalu (71), Tambunan (56), Keningau (45), Tuaran (38), Tenom (30), Putatan (26), Beaufort (20), Pitas (14), Papar (11), Kuala Penyu (lapan), Kudat (enam), Beluran dan Tawau masing-masing lima kes, Sipitang (empat), Semporna (tiga) dan Kota Marudu (tiga) dan satu kes di Nabawan.

"Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan akibat HFMD," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Rosnah berkata jumlah mereka yang dimasukkan wad setakat ini sebanyak 26 orang iaitu lapan kes di Hospital Likas, lima di Hospital Papar, masing-masing empat kes di Hospital Beaufort dan Hospital Kudat, dua di Hospital Tawau dan satu masing-masing di Hospital Tenom, Hospital Pitas dan Hospital Sipitang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan