Selasa, April 24, 2012

KEMISKINAN PUNCA URUSAN PENGKEBUMIAN IBU & ANAK TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN

Tiada wang punca rahsia kematian

(GH) MIRI 2012/04/24: Ketiadaan wang untuk urusan pengebumian dipercayai antara punca kematian seorang ibu bersama anak perempuannya dirahsiakan selama lima tahun oleh seorang lagi anak perempuan mereka yang pernah tinggal bersama mereka.

Perkara itu terbongkar apabila tulang dan tengkorak ibu serta anak perempuannya itu ditemui di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Lutong Baru, di sini, Ahad lalu.

Seorang lagi anak perempuan mangsa berusia 40-an yang pernah tinggal bersama, merahsiakan kematian mereka atas permintaan ibunya sebelum meninggal dunia.

Ini menyebabkan wanita itu membiarkan mayat ibu dan kakaknya diletakkan dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah menunjukkan kedua-dua mangsa dibunuh, malah mangsa dipercayai meninggal dunia hampir lima tahun lalu.

Beliau berkata, bagi mengelak kematian itu terbongkar, mayat si mati diletakkan dalam bilik berkenaan dengan tingkap ditutup rapat, bagi mengelak bau busuk dikesan termasuk oleh jiran berdekatan.

“Bagaimanapun, setakat ini kita tidak dapat mengesahkan punca kematian sebenar atau jika ada motif lain di sebalik kejadian itu.

“Polis masih menyiasat termasuk membabitkan anak perempuan mangsa dan anak saudara yang pernah tinggal di rumah berkenaan,” katanya.

Mengulas tindakan anak mangsa yang merahsiakan kematian itu, beliau berkata, sama ada wujud unsur pemujaan atau sebaliknya, polis belum dapat mengesahkannya sehingga hasil siasatan lengkap diperoleh.

Kelmarin, dua rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun ditemui di sebuah bilik oleh seorang lagi anak perempuan mangsa bersama suaminya ketika mahu menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu.

------------------

Jumpa rangka ibu

MIRI APRIL 23, 2012: Kepulangan seorang anak untuk menjenguk ibunya yang tidak ditemui sejak hampir lima tahun lalu bertukar pilu apabila hanya menjumpai tulang dan tengkorak dua ahli keluarganya di dalam bilik rumah mereka di Kampung Pangkalan Lopeng Baru di sini, kelmarin.

Rangka wanita berusia 79 tahun dan anak perempuannya berusia 49 tahun itu ditemui dalam sebuah bilik dipenuhi sarang labah-labah dan mereka dipercayai meninggal dunia sejak hampir setahun lalu.

Dua mayat itu ditemui kira-kira jam 3.30 petang oleh seorang anak perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an bersama suami ketika mahu menjenguk ibu dan kakaknya.

Mereka dikatakan sudah lama tidak pulang kerana dihalang seorang lagi anak perempuan mangsa, juga berusia 40-an yang turut mendiami rumah itu.

Difahamkan, rumah berkenaan turut didiami anak saudara lelaki mangsa berusia lewat 30-an yang juga orang kelainan upaya (OKU).

------------------

Wealthy who 'steal' power for their homes

KUCHING 24 April 2012: A check on the average monthly electricity bill of this posh home by officers of state power company, Syarikat Sesco Bhd, found it was between RM100 and RM200 per month, an "unrealistically low average".

This raised suspicion, prompting Sesco to inspect the house.

They uncovered one of the biggest thefts of electricity in a residential area in the city.

But what surprised them most was the residential area, in Stampin Tengah, is home to some of the city's more affluent residents.

A quarter of them were stealing electricity, Sesco charged.

In a statement, Sesco said the percentage of meter tampering detected at "a well-known high-end housing area occupied by affluent and wealthy customers, is 25 per cent, which is alarmingly high for a residential area".

Apart from that area, Sesco said "a high percentage" of electricity theft was also discovered in two other affluent neighbourhoods -- homes of politicians, wealthy businessmen, lawyers and senior civil servants.

"Sesco will monitor the situation and analyse the electricity consumption pattern closely.

"Any abnormality detected will trigger further inspection on site."

Sesco said the other areas inspected during the one-week exercise were the residential areas of Tabuan Dayak, Stutong, Taman Gita, Kampung Tupong Ulu and Siol Kandis -- homes to the city's less affluent.

12 ulasan:

  1. I can imagine how shocking this is to the daughter when she visit her mother. Hopefully a proper burial will be made.

    BalasPadam
  2. SESCO should make further investigation regarding electricity theif and meter tampering.

    BalasPadam
  3. Kesiannya. Syukurlah kepada yang berkemampuan. Di luar sana ada orang lain yang hidup dalam daif.

    BalasPadam
  4. Berani juga mereka tinggal dengan mayat di rumah.

    BalasPadam
  5. Jarang berlaku perkara macam ni sekarang.

    BalasPadam
  6. Rasanya bukan berpunca dari kemiskinan.mesti ada sebab lain.

    BalasPadam
  7. nak buat pengebumian tak perlu belanja besar pun.

    BalasPadam
  8. Kesian juga tu. Tinggal tengkorak baru dijumpai

    BalasPadam
  9. pastikan siasatan dilakukan.

    BalasPadam
  10. Benarkah kerana tidak berkemampuan menyebabkan tidak ada pengkebumian dilakukan.

    BalasPadam
  11. kalaupun mayat itu tidak dapat dikebumikan akibat masalah kemiskinan, kenapa perlu dirahsiahkan?? mana la tau adik beradik yang lain atau saudara mara boleh membantu??

    BalasPadam