Selasa, April 24, 2012

GARA-GARA DIEJEK, LELAKI INDON MATI DITIKAM RAKAN SENEGARA

Diejek tidak pandai menoreh, lelaki ditikam dalam pergaduhan

KENINGAU 23 April - Gara-gara dituduh tidak pandai menoreh getah, seorang lelaki warga Indonesia maut akibat ditikam rakan senegaranya dalam satu pergaduhan di Kampung Kebulu Sook, di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Andi Jumadi Page, 31, ditikam dengan senjata tajam di dada kiri dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Hospital Keningau memaklumkan terdapat seorang lelaki mati akibat ditikam.

"Sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau bergegas ke hospital dan mendapati terdapat satu kesan tikaman sedalam dua sentimeter di dada kiri mangsa dipercayai menggunakan objek tajam," katanya di sini hari ini.

--------------

l 'Ulat' jam tiruan dapat RM20,000 sebulan

KEBANYAKAN 'ulat' jam tiruan menjadikan pelancong Arab sebagai mangsa di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Pulangan lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan menyebabkan semakin ramai ‘ulat’ jam tiruan bermaharajalela di Bukit Bintang di sini sejak kebelakangan ini.

Tinjauan mendapati kehadiran kira-kira 20 daripada mereka yang dipercayai orang Sabah dan warga Filipina itu mencemari kawasan segi tiga emas negara yang menjadi tumpuan ramai pelancong luar negara.

‘Ulat-ulat’ tersebut gemar mendekati pelancong terutama mereka dari negara Asia Barat yang dikatakan mudah terpedaya dengan taktik mereka.

 

----------------

Warga asing tauke ubat haram

pemilik gudang warga asing itu bukan saja menjadi pembekal ubat-ubatan dan jamu tradisional sekitar Lembah Klang dan Selangor, malah di seluruh negara termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Pahang.

ubat dan jamu diimport dari negara jiran itu sudah dicampur dengan racun berjadual mengikut jenis produk bagi memberikan kesan yang cepat dan konon lebih mujarab.

“Produk seksual biasanya mengandungi racun Sildenafil dan Sibutramine yang digunakan untuk meningkatkan nafsu manakala produk kecantikan pula dicampur racun Hydroquinone bagi memutihkan dan menghaluskan kulit,”

Difahamkan, syarikat berkenaan menggajikan pekerja warga asing dengan gaji lumayan kira-kira RM3,500 sebulan untuk menjaga gudang selain menjual secara langsung kepada pelanggan.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi kementerian itu, Kamarul Azhar Kamaruddin

----------------

13 ulasan:

  1. Inilah apa yang terjadi bila satu negara terlalu bergantung pada pekerja asing, tetapi kalau tidak membawa mereka masuk, kebanyakan industri dalam negara kita akan tumpas kerana tidak ada pekerja yang mencukupi.

    BalasPadam
  2. Diharapkan pihak immigrasi akan megenakan syarat kemasukan yang lebih tegas supaya pekerja asing yang memasuki negara kita tidak bermasalah.

    BalasPadam
  3. Pendatang asing ni tidak habis2 timbulkan masalah dan buat jenayah! Ganyang mereka!

    BalasPadam
  4. Kalau sesama rakan senegara pun boleh berbunuh, apa lagi dengan orang tempatan. Sikit pun mereka tidak takut. Apa macamlah ni.

    BalasPadam
  5. Pendatang ni panas baran juga. perkara kecil pun boleh sampai kes bunuh.

    BalasPadam
  6. Mungkin beginilah budaya di negara asal mereka.

    BalasPadam
  7. Semuanya warga asing...bikin masalah saja di Sabah.

    BalasPadam
  8. warga asing mmg begitu, kerana prkara kecil ja nak membunuh.

    BalasPadam
  9. Inilah kuasa lidah. Kerana mulut badan binasa.

    BalasPadam
  10. Jangan la tiru perbuatan seperti ini.

    BalasPadam
  11. Kita lihat memang warga asing ini lebih berani melakukan pelbagai jenayah yang sangat teruk di Negara kita.

    BalasPadam
  12. bila datang secara haram, maka haram juga la cara mereka mencari rezeki di negara ini..

    BalasPadam