Ananda Krishnan Luang Masa Bertemu Anaknya
GEORGE TOWN April 24, 2012: Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera di sini, Isnin.
Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong itu dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.
Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.
Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.
Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.
Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu.
Menurut penduduk di situ, Ananda Krishnan membeli sebuah bangunan yang mempunyai 30 bilik itu tiga tahun.
Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya.
Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.
Ananda Krishnan dilihat meninggalkan kawasan itu pada tengah hari manakala anaknya dan beberapa yang lain berlepas ke Thailand pada sebelah petang.
Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.
Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.
Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro).
Rupanya anak Ananda Krishnan merupakan seorang sami.
BalasPadamAnanda Krishnan adalah salah satu jutawan di Malaysia, pencapaian beliau amat dikagumi.
BalasPadamBestnya jadi billionaire!
BalasPadamPerkahwinan pertama AK dengan wanita Thai ka? Unik nama anaknya.
BalasPadamRupanya lebih dari sekali berkahwin. tapi tidak kisahlah kalau jutawan kan..
PadamMungkin anak Ananda boleh mewarisi kekayaannya tapi sanggup lagi jadi sami Buddha dan tinggalkan hal2 tentang kekayaan.
BalasPadamitu pilihan anak dia untuk menjadi sami.
BalasPadamAnak jutawan menjadi sami. Selama-lamanya jadi sami atau ada tempoh masa
BalasPadamBagusnya kaya tapi masih lagi memberi perhatian kepada anaknya.
BalasPadamIni menjadi contoh terbaik
BalasPadamTeruskan mengekalkan hubungan kekeluargaan yang ada.
BalasPadamwah.. jauh beza anak dengan bapa.. ingatkan anak orang kaya seperti Ven Siripanyo akan menikmati segala kemewahan dan tinggal di kawasan bandar..
BalasPadam