Khamis, April 26, 2012

GURU JANGAN CAMPUR POLITIK

Guru jangan campur politik

KOTA KINABALU April 26, 2012: Mana-mana guru di negeri ini diingatkan untuk menghentikan kegiatan mengeluarkan kenyataan berkaitan politik terutamanya melalui laman sosial yang boleh melanggar peraturan dan diambil tindakan.

Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Dr Muhyiddin Yusin, berkata sebagai kakitangan kerajaan, profesion guru itu tertakluk kepada peraturan.

Menurutnya, sebagai ketua jabatan beliau berhak mengenakan tindakan keatas guru yang dibuktikan melanggar peraturan.

“Ini dikhuatiri setiap kenyataan yang dikeluarkan akan membawa kontroversi kepada diri mereka sebagai kakitangan kerajaan.

“Selain itu, orang akan mempersoalkan kedudukan mereka yang mana keadaan ini boleh membawa suasana yang tidak baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Menengah Sabah Ke-36 di sini kelmarin.

Muhyiddin berkata dari semasa ke semasa pihak jabatan menerima banyak aduan berkaitan isu ini.

Namun, pihaknya tidak dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana kebanyakan aduan itu diterima secara lisan.

“Mungkin benar ada guru yang mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang bertentangan dengan fungsi mereka sebagai guru atau penjawat awam.

“Justeru, saya nasihatkan mana-mana guru yang terlibat agar menghentikan segera tindakan mereka ini sebelum tindakan diambil.

“Tugas guru adalah untuk mengajar murid dan tidak perlulah terlibat dengan politik kerana jika mereka keluar melaksanakan kerja diluar daripada tugas mereka pada waktu yang sepatutnya mereka berada di sekolah atau kawasan tempat bertugas, itu pasti mengganggu tugas sebagai guru,” jelasnya.

----------------

“TAK SALAH GURU NAK BERPOLITIK, TETAPI BIAR IA DILAKUKAN DI LUAR WAKTU SEKOLAH,” - PUAD

“Kerajaan tidak menghalang, malah membenarkan mana-mana guru terutama yang berijazah bukan saja untuk bergiat aktif, tetapi turut dibolehkan memegang jawatan dalam politik.

“Namun, dua tanggungjawab terbabit tidak boleh dicampur aduk. Ini bermakna setiap urusan berkaitan politik perlu dipastikan tidak dibawa ke kawasan sekolah kerana khuatir ia menjejaskan keutamaan terhadap kualiti pendidikan,”

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi

14 ulasan:

  1. Guru-guru yang terlibat dalam politik perlulah bertanggungjawab bila membuat kenyataan, ini untuk memastikan tiada kontroversi akan timbul.

    BalasPadam
  2. Walaupun guru-guru dibenarkan berpolitik, tetapi mereka haruslah memastikan itu tidak akan menjejaskan tugas mereka sebagai pengajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan menanam sesuatu yang tidak sepatutnya kepada pelajar2

      Padam
  3. sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur politik itu tidak menjadi masalah selagi tidak mengganggu tugas mereka sebagai guru.. lain la jika guru2 ini turut serta dalam aktiviti kempen,, barulah layak dikenakan tindakan..

    BalasPadam
  4. bagi saya, tidak perlulah halang mana2 guru untuk membuat kenyataan atau pandangan berkenaan dengan politik.. sebagai kerajaan yang mendukung konsep demokrasi, eloklah mereka bertindak selaras dengan konsep itu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang benar ada kebebasan tapi kenalah digunakan dengan baik dan jangan sampai menimbulkan isu2 negatif.pelajar pun akan menjadi mangsa pula nanti.

      Padam
  5. Diharap guru tu tidak membawa unsur2 politik dalam pembelajaran disekolah.

    BalasPadam
  6. Kalau guru2 teringin sangat mahu berpolitik sampai dalam embelajaran di sekolah pun mereka terbawa2, tinggalkan saja sekolah dan jadi orang politik.itulah yang terbaik.

    BalasPadam
  7. guru2 seharusnya utamakan peranan mereka sebagai pendidik, tak digalakkan terlibat dalam politik.

    BalasPadam
  8. Kepada guru2 yang ingin berkecimpung dalam politik harus berhenti dari berkhidmat sebagai guru.

    BalasPadam
  9. Pasti keadaan akan bertambah teruk jika guru berpolitik.

    BalasPadam
  10. Tapi jika dilihat dengan teliti, guru lebih bijak untuk menilai dan mengawal keadaan agar tidak mencampur adukkan politik dengan kerjaya mereka.

    BalasPadam
  11. Guru2 seharusnya matang dalam mengawal tindakan mereka agar tidak melampaui batas.

    BalasPadam
  12. Mengenai guru menyertai politik rasanya tidak ada salahnya. Yang penting tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang guru.

    BalasPadam